Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis dan sooka bekerjasama bagi membawakan pakej mudah alih unik untuk kandungan sukan dan hiburan terbaik

Maxis and sooka collaborate to bring unique mobile bundles for the best in sports and entertainment
  • Menawarkan pengalaman strim yang terbaik – siaran langsung sukan tanpa gangguan serta kandungan hiburan premium tidak kira di mana sahaja dengan pakej mudah alih mampu milik eksklusif untuk pelanggan Maxis dan Hotlink
  • Nikmati siaran langsung sukan seperti Premier League, F1, BWF Badminton World Championships dan hiburan terbaik tempatan

Maxis kini bekerjasama dengan sooka bagi memudahkan rakyat Malaysia menikmati siaran langsung sukan tanpa gangguan, seperti Premier League, BWF Badminton World Championships, Formula 1 Championships, MotoGP dan banyak lagi, serta kandungan hiburan premium tidak kira di mana sahaja. Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh melayari dan melanggan kandungan melalui platform sehenti untuk menikmati pengalaman menonton yang serba lancar, dengan pakej data mudah alih yang mampu milik dan fleksibel menerusi rangkaian terbaik di negara ini.

sooka ialah penyedia perkhidmatan penstriman terbaru di Malaysia yang menawarkan kandungan hiburan tempatan yang terbaik, siaran langsung aksi sukan antarabangsa dan tempatan, serta pelbagai kandungan Originals dan eksklusif yang disusun khas untuk golongan milenial yang gemar menonton kandungan hiburan melalui peranti mudah alih. sooka menawarkan pelan sukan dan hiburan yang komprehensif dan bersesuaian mengikut cita rasa peribadi yang boleh diakses secara atas permintaan dengan Maxis dan Hotlink.

“Rakyat Malaysia suka menonton video secara berterusan, dan terutamanya untuk kandungan sukan dan hiburan. Mereka mahukan pengalaman terbaik menonton secara langsung tidak kira di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Dengan pengalaman salinghubungan mudah alih kami, kerjasama bersama sooka membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang optimum - iaitu kandungan hiburan terbaik melalui pakej mudah alih yang unik dengan rangkaian terbaik. Kami komited untuk membawa teknologi terbaik bagi membolehkan orang ramai Terus Menerajui dalam dunia digital ini,” kata Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma.

“Perbezaan utama sooka ialah keupayaan kami dalam menyediakan siaran langsung acara sukan untuk tontonan para peminat sukan menggunakan peranti mudah alih mereka, membolehkan mereka menonton mengikut keselesaan mereka. Kami telah menyediakan perancangan kandungan sukan yang mantap pada 2022, dan akan terus mengukuhkan lagi portfolio tersebut agar kami dapat terus membawakan yang terbaik untuk para peminat sukan di Malaysia. Selain sukan, kami turut menawarkan beraneka pilihan siri drama dan filem premium tempatan kegemaran ramai seperti Love Elsa, Abang Long Fadil 1 dan 2, dan Kampung Pisang Bersiri-siri, serta program siaran langsung hiburan realiti seperti akan datang Anugerah MeleTOP Era, dan pelbagai lagi kandungan Originals sooka yang akan dilancarkan pada tahun ini bagi memenuhi cita rasa penonton tempatan.

Sejak sooka dilancarkan pada Jun 2021, pemerhatian kami juga mendapati lebih 2.54 juta penonton telah menikmati kandungan premium sooka. Kerjasama kukuh dengan Maxis menjadi salah satu penanda aras terbaik bagi kami dalam usaha menawarkan kandungan yang lebih hebat kepada semua golongan muda di Malaysia dengan nilai pakej yang istimewa,” kata Ketua sooka, Andy Paterson. 

pricing table

Untuk membeli pas sooka dan mula menikmati pelbagai kandungan terbaik, sila kunjungi https://www.maxis.com.my/sooka/


Archives
Tags