Maxis meluaskan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G ke 29 negara

  • Maxis komited untuk menyediakan pengalaman kesalinghubungan terbaik di mana-mana sahaja
  • Pelanggan boleh terus menggunakan perayauan 5G semasa berada di luar negara mengikut pakaj perayauan 4G sedia ada tanpa caj tambahan
  • Lebih banyak negara dijangka untuk termasuk dalam senarai menjelang akhir tahun

Maxis mengumumkan bahawa mereka telah mengembangkan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G ke 29 negara. Dengan ini, lebih ramai pelanggan yang melancong boleh menikmati sambungan berkelajuan tinggi di luar negara.

Ini berikutan pengumuman pada Oktober 2021, di mana Maxis menjadi syarikat telekomunikasi pertama di negara yang menyediakan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G kepada pelanggan di Singapura, Thailand dan Indonesia.

quote

“Kami berbesar hati kerana pelanggan kami dapat menikmati pengalaman 5G terbaik di lebih banyak negara sekarang. Ini tepat pada masanya dengan jangkaan peningkatan pelancong untuk cuti akhir tahun. Bersama-sama dengan rakan perayauan kami, kami komited untuk menyediakan pengalaman kesalinghubungan terbaik di mana sahaja pelanggan kami berada. Kami juga berharap agar dapat mengembangkan lagi perkhidmatan kami ke lebih banyak negara dalam masa terdekat,” - Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perayauan 5G Maxis dan untuk melihat senarai negara di mana pengguna Maxis boleh menikmati perayauan 5G, layari https://www.maxis.my/SRJb.

Perkhidmatan perayauan 5G akan diaktifkan secara automatik di mana-mana peranti yang didayakan oleh 5G, dan akan dikenakan bayaran mengikut pakej perayauan 4G sedia ada. Untuk melanggan, pengguna Maxis hanya perlu mengakses aplikasi Maxis dan klik pada Maxis Roaming dalam tab perkhidmatan untuk melanggan pelan pilihan mereka. Selain itu, pengguna juga boleh melanggan secara manual dengan mendail *100#, pergi ke ‘Roaming’, pilih ‘Country’, dan pilih salah satu pas yang tersedia.

Maxis mempunyai rancangan berterusan untuk memperluaskan lagi perayauan antarabangsa 5G mereka ke lebih banyak negara menjelang akhir tahun 2022.

Archives
Tags