Maxis raikan pemacu digital dan pembentuk budaya pada Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini

  • Meraikan semangat rakyat Malaysia yang berani dan progresif dalam memimpin negara untuk menghadapi kemungkinan baharu
  • Bengkel eKelas Usahawan edisi Hari Malaysia akan diadakan pada bulan September
  • Maxis komited dalam memperkasakan belia dan rakyat Malaysia untuk Teguh Bersama di Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia

Maxis telah melancarkan filem bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, “Apalah Generasi ini?” untuk mengiktiraf belia Malaysia sebagai pemimpin kini dan masa depan. Filem ini memberi penghormatan kepada belia sebagai pembentuk budaya dan pemacu ekonomi digital, selain meraikan semangat mereka yang berani dan progresif dalam menghadapi kemungkinan baharu.

“Apalah Generasi ini?” mengikuti cabaran beberapa anak muda tempatan yang cuba mencari pekerjaan dalam masyarakat yang patuh dengan norma baharu. Respons temu duga mereka didedahkan dengan cara yang unik, dan kita akhirnya mendapati bahawa individu-individu ini ialah pencipta kandungan dan pembuat video yang mempunyai kemahiran digital untuk berkembang maju pada masa hadapan. Pendapatan daripada pekerjaan mereka yang bergantung pada Internet pula disumbangkan kepada komuniti B40. Tonton filem itu di sini: https://youtu.be/r-74sXnpmQ0

“Generasi baharu Malaysia telah menginspirasikan kami untuk menerapkan semangat Terus Menerajui, sambil mentakrifkan semula semangat hidup, bekerja dan berhibur dalam dunia digital ini.  Kami berharap untuk menyumbang kepada aspirasi negara untuk Teguh Bersama. Kami komited dalam memperkasakan mereka dengan alat dan kemahiran digital untuk berkembang maju, kerana kami yakin, generasi ini merupakan teras kepada ekonomi digital Malaysia,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran, Maxis.

Bengkel eKelas Usahawan edisi Hari Malaysia

Bersempena dengan sambutan peringkat kebangsaan, Maxis bakal menganjurkan bengkel eKelas Usahawan edisi Hari Malaysia pada 24 September 2022. Berfokuskan usahawan wanita daripada komuniti B40, eKelas Usahawan merangkumi siri bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal dan amali untuk memperkasakan usahawan. Modul-modulnya adalah seperti panduan dan kemahiran asas pemasaran, fotografi digital, penulisan naskah iklan, serta kempen pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial.

Bengkel dalam talian ini terbuka kepada usahawan yang sedia ada, dan bagi mereka yang beraspirasi untuk menjadi usahawan. Dengan kapasiti terhad iaitu 300, kehadiran peserta berdasarkan dasar first come, first serve. Untuk mendaftar, layari https://www.maxis.com.my/hari-malaysia-2022 

Sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka Malaysia, Maxis sentiasa menerima teknologi dan kemungkinan baharu untuk membantu pelanggan, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah. Dalam kesalinghubungan Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia (RKRM) negara, Maxis berkhidmat kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat berdasarkan keperluan mereka melalui sambungan dan penyelesaian konvergen Rangkaian Menyeluruh. RKRM Maxis menghubungkan rangkaian rakyat Malaysia yang berbagai-bagai melalui inisiatif komuniti – dari pembelajaran digital selepas sekolah, pembinaan kehadiran digital bagi usahawan dalam komuniti yang kurang mendapat perhatian, usaha kemanusiaan, serta pelaburan dalam generasi akan datang untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran digital dan alat untuk berkembang maju pada masa hadapan.

Archives
Tags