Kemenangan Maxis dalam ruangan e-Dagang dan pemasaran digital bukti kejayaan dalam memberikan hasil kukuh untuk pelanggan Perusahaan

  • Memenangi anugerah ‘Gold’ dan ‘Local Hero’ untuk ‘Agensi Pemasaran e-Dagang Terbaik’ di Anugerah AOTY dan Anugerah MARKies
  • Pengiktirafan kepada kejayaan Maxis dalam mencapai kecemerlangan dan memberikan hasil kukuh kepada pelanggan dalam dunia digital
  • Komited untuk membawa teknologi terbaik untuk membolehkan perniagaan Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Dalam beberapa tahun yang lalu, Maxis telah menyokong perniagaan tempatan untuk mewujudkan dan mengukuhkan kehadiran digital mereka. Penyelesaian perdagangan saluran omninya termasuk membantu pelanggan dalam industri e-Dagang dengan penyelesaian e-Dagang dan runcit, seperti pembinaan web, pemasaran digital, pengehosan awan, penyelesaian POS – semua ini digabungkan dengan khidmat nasihat perniagaan dan akses ekslusif kepada Hab Pendidikan Maxis Business.

Dalam usaha mengembangkan inisiatifnya, Maxis Business baru-baru ini telah dianugerahkan Agensi Pemasaran e-Dagang Terbaik di Anugerah Agency of the Year (AOTY) A&M dan Anugerah MARKies yang diadakan pada setiap tahun. Ini termasuk anugerah ‘Gold’ dan ‘Local Hero’ dalam kategori e-Dagang bagi AOTY, dan beberapa anugerah MARKies untuk kempen e-Dagang dan pemasaran digital bagi beberapa pelanggan Perusahaannya, seperti XIXILI Intima, Fitness Concept dan Mr. DIY.

“Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan kepada usaha kami dalam membantu pelangaan Perusahaan berkembang maju dalam dunia digital ini. Kemenangan ini penting bagi kami, dan mendorong kami untuk terus berdaya upaya dalam memastikan perniagaan melihat kepentingan pendigitalan, sekaligus membolehkan mereka untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah ini,” kata Claire Featherstone, Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

Berikut merupakan Anugerah MARKies yang dimenangi: 

  1. Perak: Penggunaan Paling Berkesaan – Media Bersepadu: XIXILI Intima 
    • Kempen: 'Championing Body Positivity with The Perfect Fit For All'
  2. Perak: Penggunaan Paling Berkesan – Khalayak Khas: Fitness Concept
    • Kempen: 'Fitspo Redefined: Strengthening the nation one fitness goal at a time'
  3. Perak: Paling Kreatif – Respons Covid-19: MR. DIY
    • Kempen: 'Transcending Borders and Reaching Malaysian Homes with the Power of Digital Innovation'
  4. Gangsa: Paling Kreatif – Digital: MR.DIY
    • Kempen: 'Transcending Borders and Reaching Malaysian Homes with the Power of Digital Innovation'

Ini adalah kemenangan terbesar bagi Maxis sejak penglibatannya dalam Anugerah ini sejak 3 tahun lalu, sekaligus membuktikan prestasi konsisten Maxis dalam mencapai kecemerlangan untuk pelanggan Perusahaannya.

Anugerah AOTY A&M diadakan setiap tahun, dan panel bebas pemasar kanan dilantik untuk mengenal pasti agensi pemasaran Malaysia yang mempunyai prestasi cemerlang. Pengiktirafan sebagai ‘Gold’ dan ‘Local Hero’ di bawah kategori Agensi Pemasaran e-Dagang Terbaik mengukuhkan kedudukan Maxis dalam industri e-Dagang dan pemasaran digital yang sengit. Sementara itu, Anugerah MARKies meraikan kempen pemasaran yang dijalankan dengan efektif oleh jenama, peruncit dan industri tempatan.

Archives
Tags