Penghantaran PERCUMA untuk pembelian online. Beli sekarang.

Penghantaran PERCUMA bila beli online. Beli sekarang.

Kaji Selidik Sukarelawan SKMM, 8 Nov - 31 Dis | Klik

Kaji Selidik Sukarelawan SKMM, 8 Nov - 31 Dis | Klik 

sini.

Idea teknologi berwawasan tinggi menang edisi kedua Maxis Awards

  • Idea sosial dan alam sekitar daripada SEA Industries dan Viva Odyssey muncul pemenang dalam edisi kedua Maxis Awards
  • Kedua-dua pemenang menerima penyelesaian Maxis Business, sokongan pakar serta geran kewangan untuk mendorong idea bagi memberi impak dalam kehidupan
  • Maxis meneruskan pencarian wira keusahawanan tempatan dan menyokong projek inovatif untuk membantu negara dan komuniti untuk Terus Menerajui

Selepas proses semakan dan pemilihan yang ketat, Maxis telah mengumumkan pemenang edisi kedua Maxis Awards.

Program persekitaran yang mampan serta penyelesaian teknologi keselamatan inovatif SEAD Industries (SEAD) dan Viva Odyssey muncul sebagai pemenang terbaru anugerah tersebut. Mereka bakal menerima sehingga RM150,000 penyelesaian Maxis Business, sokongan pakar serta geran kewangan untuk bantu merealisasikan idea berwawasan mereka.

SEAD ialah syarikat pakar dalam reka bentuk bangunan dan perkhidmatan perundingan alam sekitar. Maxis akan membantu syarikat menghidupkan program penuaian buluh yang bakal memulihkan lebih 20 hektar tanah bekas lombong di Batu Gajah, Perak menggunakan kaedah agroforestry secara digital. Sementara itu, Viva Odyssey ialah pembekal teknologi keselamatan dan sistem integrasi untuk pelantar penggerudian dan operasi minyak dan gas. Dengan sokongan Maxis, syarikat tersebut bakal membina system laporan secara langsung serta amaran bahaya automatic untuk membantu pencegahan pembinaan dan mengurangkan kemalangan.

“Sumbangan idea Maxis Awards mengilhamkan kami, dan saya sangat gembira untuk lihat inovasi pemenang edisi ini, terutamanya dengan impak demonstrative kepada masyarakat. Tujuan kami adalah untuk membolehkan rakyat, perniagaan dan negara Terus Menerajui dalam dunia yang semakin berubah, dan hasrat kami adalah untuk membantu salinghubungan serta memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia di Rangkaian Maxis kami. Kami berharap, SEAD dan Viva Odyssey dalam merealisasikan visi mereka untuk membawa impak positif kepada komuniti sasaran,” kata Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis.

“Trend bahan alternatif yang boleh diperbaharui semakin meningkat dan buluh adalah satu-satunya yang boleh ditemui di Malaysia untuk mejadi agen utama dalam memerangi perubahan iklim. Program pemulihan kami merangkumi penanaman buluh untuk menangkap karbon dan memulihkan degradasi tanah mengunakan teknologi agro yang didayakan IoT. Bersama Maxis, kami juga bakal mengunnakan teknologi bersama petani dan penuai buluh, untuk memudahkan kerja mereka, meningkat produktiviti serta mata pencarian seharian,” kata pengasas SEAD, Lucas Loo dan Toh Hua-Jie.

“Kemenangan anugerah ini menggalakkan kami bahawa tiada idea yang kecil, malah tidak layak untuk mendapat peluang berkembang. Kami berterimakasih kepada Maxis kerana mempercayai visi kami untuk meningkatkan sistem keselamatan kakitangan di tempat kerja, dan teruja untuk mempercepatkan pembinaan sistem laporan dan amaran bahaya kami kepada industry minyak dan gas,” kata Jerryson Abraham Doss, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Viva Odyssey.

Untuk berpeluang memenangi Maxis Awards, perusahaan yang mengambil bahagian perlu mengemukakan idea perniagaan mereka, matlamat, mekanik dan kebolehlaksanaannya, bersama-sama dengan impak yang diharapkan kepada masyarakat. Mereka juga dikehendaki menyediakan video pengenalan berdurasi tiga minit tentang pasukan yang menerajui projek serta maklumat latar belakang komuniti dan isu untuk diselesaikan. Pemenang dipilih berdasarkan tiga kriteria utama – nilai kepada komuniti, kesegaran idea dalam mencerminkan tema 'baharu dan lebih baik', serta cara ia boleh didayakan teknologi. Kriteria ketiga memerlukan para finalis untuk membentangkan penggunaan kesalinghubungan rangkaian dan penyelesaian digital Maxis.

Dilancarkan pada tahun lepas, Maxis Awards bertujuan untuk memperkasa, mengiktiraf dan menyokong perusahaan sosial Malaysia yang mempunyai inisiatif dan sumbangan cemerlan dalam memacu impak positif kepada rakyat. Maxis akan menyokong 12 konsep keusahawanan yang cemerlang dan membawa impak sosial kepada komuniti tempatan daripada idea sehingga pelaksanaan, dengan bimbingan dan sokong perusahaan daripada pakar teknikal Maxis serta penyelesaian seperti eDagang, IoT, awan, suara dan kesalinghubungan rangkaian. Selain itu, Maxis akan membantu dari segi pemasaran dan publisiti projek.

Pengumuman edisi pertama Maxis Awards boleh didapati di sini. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.maxis.my/maxisawards

Archives
Tags