Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis bantu komuniti B40 kekal selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina

Maxis bantu komuniti B40 kekal selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina
  • Bantuan kepada isi rumah B40 di wilayah Tengah dan Utara, terdiri daripada peralatan lindung diri dan keperluan asas 
  • Sukarelawan Maxis menghulurkan bantuan melalui pemimpin masyarakat secara berperingkat mengikut SOP 
  • Maxis tetap komited dalam usaha kemasyarakatan untuk bantuan COVID-19

Dengan semangat untuk mendorong keluarga untuk tetap sihat bersama di kala musim perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, Maxis memberikan bantuan keperluan penting kepada isi rumah B40 di wilayah Tengah dan Utara. Antaranya termasuk topeng muka, pembersih tangan dan keperluan asas rumah seperti beras, tepung, minyak dan bahan makanan.

Bantuan disalurkan kepada isi rumah di Desa Mentari, Petaling Jaya dan juga di Sungai Rapat, Ipoh melalui Pusat Komuniti Anning. Sukarelawan dari pejabat wilayah Maxis menyerahkan alat bantuan tersebut kepada pemimpin masyarakat secara berperingkat mengikut SOP yang ketat dengan memastikan kehadiran minimum dan jarak fizikal untuk melindungi pekerja Maxis, orang awam dan juga penerima.

“Kami bersyukur dapat membantu dan memberikan semangat perayaan kepada keluarga yang memerlukan. Semoga mereka terus sihat dan selamat dalam masa-masa sukar ini. Kami berharap sumbangan kecil dengan bantuan sukarelawan kami telah membuat perbezaan dalam meringankan beban mereka,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis.

“Inisiatif ini memberi peluang untuk kita bersatu dalam semangat masyarakat dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai jiran. Kami terharu melihat wajah gembira mereka ketika keluarga datang untuk mengambil alat bantuan mereka di balai raya kami. Kami berterima kasih kepada Maxis atas sumbangan mereka yang telah menggembirakan keluarga di sini,” kata Faudzi bin Esbat, Ketua Persatuan Penduduk Desa Mentari.

“Masyarakat di sini amat berterima kasih atas bantuan yang diberikan dan ia melengkapkan apa yang dilakukan Pusat Komuniti Anning untuk golongan kurang mampu di kawasan kami,” kata Yeap Kok Jun, Pengurus Komuniti Anning, dari Pertubuhan Komuniti Anning Ipoh, Perak.

Menyambut perayaan CNY dengan pesan inspirasi kepada semua rakyat Malaysia mengenai pentingnya kesihatan dan kebersamaan keluarga, Maxis sebelumnya melancarkan kempen perayaan dan filem pendeknya, Little Lion. Untuk mengalakkan keluarga aktif dan sihat bersama, Maxis melancarkan pertandingan sosialnya #MaxisHealthyToHuat, yang diilhamkan oleh gerakan tarian singa.

Sepanjang wabak ini, Maxis secara aktif meneruskan program kemasyarakatan dan usaha bantuan COVID-19. Baru-baru ini, syarikat telah menyumbang RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk menyokong bantuan berkaitan COVID-19 melalui pengagihan kira-kira 5,000 kotak makanan kepada masyarakat yang terjejas oleh wabak tersebut, serta peruntukan untuk kawasan yang dilanda banjir. Sumbangan kepada YKN adalah sebahagian daripada RM1 juta yang dijanjikan oleh Maxis melalui GLC / GLIC Disaster Response Network (GDRN) dalam inisiatif “To Malaysia, With Love” yang dilancarkan baru-baru ini yang dipacu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Selain itu, Maxis telah melakukan pendekatan yang pelbagai untuk membantu komuniti yang terjejas oleh banjir dengan inisiatif mitigasi rangkaiannya dan pengedaran 1,000 kotak makanan, serta untuk membantu peniaga kedai Maxis yang terjejas dengan melakukan kerja pembersihan dan pembaikan untuk kedai mereka.

Maxis bantu komuniti B40 kekal selamat sempena perayaan Tahun Baru Cina
Archives
Tags