Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis sumbang bungkusan makanan kepada masyarakat yang memerlukan melalui program ‘Bersyukur Raya dengan Maxis’

  • Sukarelawan Maxis, M Squad, bergabung tenaga untuk menyediakan dan mengagihkan bungkusan makanan dalam dua fasa untuk 300 keluarga di beberapa wilayah
  • Bungkusan makanan yang terdiri daripada barang keperluan harian dibungkus dan dihantar kepada setiap keluarga menjelang Hari Raya
  • Sebahagian daripada inisiatif amal perayaan Maxis yang sedang berlangsung untuk meringankan beban masyarakat yang memerlukan

Dengan keinginan yang tulus untuk berkhidmat kepada rakyat, Maxis terus komited untuk mewujudkan suasana positif kepada masyarakat dengan berfokus kepada pendidikan, sambutan amal perayaan, bantuan bencana dan keusahawanan.

Berlatarbelakangkan situasi yang belum pernah terjadi sebelumnya, Raya tahun ini tidak menghalang Maxis daripada meneruskan inisiatif sambutan amal perayaannya. Sinonim dengan kempen #KitaSapotKita Maxis untuk menginspirasi semangat positif walaupun dalam keadaan yang mencabar di seluruh negara, nilai memberi dan berkongsi tetap kuat dipraktiskan di bawah 'normal baru'. Dalam program khas ‘Bersyukur Raya Dengan Maxis’, 300 keluarga di beberapa wilayah di Semenanjung Malaysia menerima bungkusan makanan, dengan usaha yang diselaraskan oleh sukarelawan Maxis, M Squad.

Raya festive charity 2020

Sukarelawan menyelaraskan usaha tersebut dengan Ketua Kampung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pihak berkuasa dan rangkaian tempatan untuk mengenal pasti isi rumah yang memerlukan di bandar Batu Pahat, Johor Bahru, Nilai, Tanah Putih, Setiu dan Machang. Bungkusan makanan yang mengandungi tepung gandum, beras putih, minyak masak, mi segera dan pelbagai barangan dalam tin, kemudian dibungkus dan dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran dengan langkah SOP yang ketat kepada setiap penerima.

“Sambil kita merangkul kehidupan dalam 'normal baru', nilai-nilai seperti memberi dan berkongsi tidak boleh dilupakan kerana nilai-nilai tersebut berakar-umbi dalam budaya Malaysia, terutama pada masa yang memerlukan ini. Di Maxis, pekerja kami sama-sama bersemangat untuk membantu menjayakan program ini. Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada keluarga yang menerimanya,” kata Mazlan bin Mokhtar, Ketua Wilayah Selatan Maxis.

“Program ini hanya sekilas dari bagaimana sumbangan yang walaupun kecil, adalah bermakna terutama bagi mereka yang memerlukan. Kami bersyukur kerana kami dapat membantu masyarakat, tidak kira apa keadaannya. Kami berharap dapat terus memperkasakan rakyat Malaysia untuk tetap positif dan terus bersatu,” kata Bhaarthyraja Thanapal, Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis.

M Squad adalah program sukarelawan pekerja Maxis yang memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti khidmat masyarakat dan inisiatif prihatin yang diambil berat oleh mereka, dan untuk menyumbang kepada masyarakat. Tidak seperti aktiviti sambutan amal perayaan Maxis sebelumnya, hanya sejumlah sukarelawan berada di kawasan untuk mematuhi SOP semasa dan garis panduan jarak sosial. Sukarelawan M Squad dilengkapi dengan topeng muka dan pembersih tangan, dan memastikan hubungan minimum ketika bungkusan makanan diedarkan.

Pada bulan Ramadan, Maxis bekerjasama dengan Astro untuk mengedarkan 9,000 paket Bubur Lambuk kepada pekerja barisan hadapan dan rumah amal di seluruh lokasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, termasuk Hospital Kuala Lumpur, IPD Sentul dan Rumah Titian Kasih. Aktiviti di sekitar Bubur Lambuk seperti kuiz Bahasa Inggeris dan pertandingan kreatif juga dianjurkan untuk pelajar eKelas, program komuniti utama Maxis.

Maxis sebelumnya melancarkan kempen #KitaSapotKita untuk menginspirasi semangat positif dengan menjangkau masyarakat melalui pelbagai inisiatif. Kempen itu juga menyaksikan Maxis berkolaborasi dengan seniman tempatan untuk menghasilkan video muzik berjudul 'Make It Through', sebuah lagu inspirasi mengenai kolaborasi positif yang memberi jalan bagi orang ramai untuk secara aktif menyokong sesama rakyat Malaysia dengan mengubah perkongsian sosial menjadi sumbangan untuk mereka yang memerlukan.

Raya festive charity 2020
Archives
Tags