Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hotlink Meraikan Tahun Baru Cina Dengan Para Pelanggan Di Pameran Bergerak Di Seluruh Malaysia

Pameran bergerak (roadshow) Hotlink akan diadakan di pusat membeli-belah dan universiti-universiti terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru sehingga 15 Februari
Peluang untuk memenangi tiket konsert Da Mouth & DJ Tenashar dan peranti Samsung 4G di pameran bergerak
Maxis dan Hotlink menikmati diskaun 15% untuk tiket konser

Hotlink, jenama prabayar Maxis, akan berkunjung ke seluruh negara untuk berkongsi kegembiraan bersama para pelanggannya sebagai sebahagian daripada pameran bergerak (roadshow) Tahun Baru Cina di pusat membeli-belah dan universiti-universiti terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Di lokasi-lokasi tersebut, orang ramai berpeluang untuk mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti-aktiviti menarik seperti pertandingan trivia dan cabaran berasaskan aplikasi untuk peluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif. Ini termasuk memenangi tiket ke konsert khas yang ditaja oleh Hotlink, yang memaparkan Da Mouth, kumpulan hip hop dari Taiwan, dan juga DJ terkenal dari Hong Kong, DJ Tenashar, pada 15 Februari di Surf Beach, Sunway Lagoon. Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menikmati diskaun sebanyak 15% untuk tiket konsert ini, yang boleh dibeli di mana-mana cawangan Rock Corner, The Guitar Store atau Victoria Music. Sebelum diskaun, tiket untuk konsert ini berharga RM128 bagi Gold Zone dan RM68 bagi Silver Zone.

Di pameran-pameran bergerak tersebut, roller bladers Hotlink 4G bersama ‘God of Prosperity’ akan mengedarkan ‘Ang Pow’ khas kepada orang ramai, yang mengandungi tiket cabutan bertuah yang pelanggan perlu bawa ke pameran bergerak terakhir di Sunway Pyramid pada 7 hingga 9 bulan Februari, untuk peluang memenangi peranti Samsung 4G. Ini termasuk Samsung Galaxy Ace 3, Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung Galaxy S4.

Untuk maklumat penuh mengenai lokasi-lokasi pameran bergerak dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran Tahun Baru Cina Hotlink dan Maxis, sila layari www.hotlink.com.my atau www.maxis.com.my

Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis berkata, “Musim perayaan sentiasa membawa kegembiraan di seluruh negara dan kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perayaan bersama para pelanggan kami dengan memberi mereka ganjaran dalam bentuk hadiah-hadiah dan tawaran hebat. Kami menggalakkan khayalak ramai berkunjung ke pameran-pameran bergerak kami dengan keluarga mereka dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik sempena Tahun Baru Cina ini.”

Maxis telah memulakan sambutan Tahun Baru Cina pada 13 Januari lalu dengan pelancaran Hotlink 4G, yang membolehkan pelanggan prabayar untuk menikmati kelajuan internet yang lebih pantas melalui rangkaian 4G yang pertama dan terluas di Malaysia. Pelanggan hanya perlu membeli satu pek SIM #Hotlink pada harga RM8.80, dan menukar kad SIM mereka ke kad SIM 4G di mana-mana Pusat Maxis di seluruh negara. Pelanggan juga perlu melanggan pas internet mudah alih bulanan 1GB atau 3GB, yang masing-masing berharga RM30 dan RM68, untuk mula menikmati kelajuan yang lebih pantas melalui rangkaian 4G Maxis. Untuk melanggan pas tersebut, pelanggan perlu mendail *100# dari telefon mudah alih mereka. Para pelanggan juga akan mendapat 50% lebih banyak data jika mereka membeli pas internet mudah alih bulanan pada bila-bila masa sehingga 28 Februari.

Archives
Tags