Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Melancarkan Hotlink Edisi Social Untuk Peminat Media Sosial

Syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk melancarkan pelan prabayar berasaskan media sosial
Syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk melancarkan tiga laman rangkaian sosial dalam satu pek
Syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk menawarkan akses percuma tanpa had ke Facebook, Twitter dan WhatsApp

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 18 April 2013

Peminat Media Sosial kini boleh menghantar tweet, berkongsi, ‘like’ dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih bebas, dengan pelancaran Hotlink Edisi Social hari ini. Pelan prabayar terbaru daripada Hotlink, perkhidmatan prabayar no. 1 Malaysia dari Maxis Berhad ("Maxis"), adalah pelan prabayar media social 3-dalam-1 yang pertama untuk dilancarkan dalam pasaran, dan dilengkapi dengan akses percuma ke Facebook, Twitter dan WhatsApp tanpa had. Hotlink Edisi Social juga disediakan untuk pelanggan sedia ada Hotlink, di mana mereka boleh membeli Hot Tiket Edisi Social untuk menikmati perkhidmatan-perkhidmatan ini dan banyak lagi. Majlis pelancaran, yang telah mengambil tempat di hadapan lebih 300 pengedar Hotlink dan media di Kuala Lumpur, dilaksanakan secara serentak di seluruh negara di lima bandar-bandar utama yang lain di Semenanjung Malaysia, iaitu Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, Kuantan dan Alor Setar.
Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, berkata, “Media sosial telah menjangkaui ke setiap pelusuk dunia, dan di Malaysia, kita telah melihat pertumbuhan mendadak pada bilangan pengguna rangkaian sosial yang mana negara kini memiliki lebih 13 juta pengguna Facebook dan lebih dua juta pengguna Twitter . Penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan satu per tiga daripada masa mereka dalam media sosial . Ini adalah statistik yang luar biasa dan jelas menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam rangkaian media sosial, dan para pengguna merentasi pelbagai segmen, tidak kira usia!”

“Semakin ramai pengguna mengakses laman rangkaian sosial kegemaran mereka seperti Facebook dan Twitter menggunakan telefon pintar mereka. Oleh itu, Hotlink Edisi Social adalah pelan yang sesuai untuk memenuhi kehendak pengguna daripada kumpulan umur yang berbeza. Ia akan memberikan mereka akses yang lebih baik untuk terus berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan keluarga, mendapatkan berita-berita terkini dengan pelbagai perkembangan semasa, mendahului dalam perniagaan atau menikmati pelbagai kandungan hebat dalam platform rangkaian sosial popular,” tambah Suren.

Bagaimana Hotlink Edisi Social Berfungsi

Untuk hanya RM10, pek Hotlink Edisi Social baru ini menawarkan pelanggan perkhidmatan berikut dengan nilai keseluruhan sebanyak RM18:
SIM Kad Baru
Akses PERCUMA Tanpa Had ke Facebook, Twitter dan WhatsApp;
Masa berbual bernilai RM5 untuk panggilan & SMS ke semua rangkaian tempatan, serta semua panggilan Panggilan Terus Antarabangsa (International Direct Dialling – IDD) sepanjang hari; dan
Data sepanjang hari sehingga 50MB untuk pelayaran internet.

Untuk mengaktifkan kad SIM Hotlink Edisi Social, pelanggan hanya perlu mendail 122 dari telefon mudah alih mereka untuk mula menikmati perkhidmatan yang disediakan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah sah selama 5 hari.

Sementara itu, untuk pelanggan sedia ada Hotlink, mereka hanya perlu membeli Hot Tiket Edisi Social, juga hanya RM10, untuk menikmati perkhidmatan berikut dengan nilai keseluruhan sebanyak RM20:
Akses PERCUMA Tanpa Had ke Facebook, Twitter dan WhatsApp;
Masa berbual bernilai RM7 ke semua rangkaian tempatan;
Data sepanjang hari sehingga 100MB
Data sebanyak 1GB diantara 2 pagi hingga 7 pagi

Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah sah selama 5 hari.

Akses percuma ke Facebook dan Twitter hanya boleh didapati melalui Aplikasi Java Facebook atau melalui semua pelayar mudah alih di m.facebook.com, m.twitter.com dan pic.twitter.com.
“Dengan asas pelanggan melebihi 14 juta, Maxis terus menginovasi dan pelancaran Hotlink Edisi Social merupakan satu lagi peristiwa penting dalam perjalanan kami untuk memperkayakan kehidupan pelanggan kami dengan menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan gaya hidup mudah alih dan sosial mereka,” tambah Suren.

Hotlink Edisi Social adalah tawaran prabayar inovatif dari Maxis berikutan pelancaran Pelan Hotlink Baru pada bulan April tahun lalu. Pelan Hotlink yang baru ini adalah satu-satunya pelan prabayar semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar yang paling rendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan. Hotlink juga telah melancarkan edisi khas pelan prabayar ini untuk pelanggan di Kelantan dan Terengganu serta pelanggan di Sabah dan Sarawak pada tahun lalu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotlink Edisi Social, para pelanggan boleh melawat pengedar Hotlink mereka yang terdekat atau melawat www.hotlink.com.my
 

- tamat -

Mengenai Maxis Berhad
Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Archives
Tags