Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Apakah itu 5G?

5G adalah rangkaian mudah alih generasi ke-5 yang merujuk kepada piawaian tanpa wayar sedunia, selepas 4G.

Jadi bayangkan rangkaian 4G semasa anda, namun lebih pantas dan efisyen. Rangkaian 5G menghantar data pada kelajuan luar biasa dengan kesesakan laman kegemaran - TANPA LAG.

Ia juga berkuasa dan boleh berhubung dengan lebih peranti pada masa sama memastikan kesalinghubungan selancarnya tanpa gangguan.

Difference between previous mobile networks and 5G?

Apakah beza 4G dan 5G?

Fakta menarik: terdapat 4 rangkaian mudah alih sebelum 5G, dan setiap satu memiliki fungsi unik yang membantu memajukan teknologi mudah alih. Sememangnya menakjubkan untuk melihat perkembangan rangkaian mudah alih sehingga kini, apa pendapat anda?

Generasi pertama 1G wujud dalam tahun 1980an dan menyediakan perkhidmatan panggilan video mudah alih, membawakan kelajuan sehingga 2Kbps.
Generasi ke-2 Kemudian giliran 2G dilancarkan pada 1990an, dengan panggilan suara digital dan SMS pada kelajuan sehingga 64Kbps. Ketika ini, Maxis mula memasuki pasaran, menjadi salah satu syarikat pertama yang membawakan perkhidmatan mudah alih kepada rakyat Malaysia.
Generasi ke-3 Dalam tahun 2000an, 3G telah ditampilkan, meningkatkan kelajuan internet sehingga 2Mbps.
Generasi ke-4 Seterusnya dalam tahun 2010an, 4G LTE telah mengubah landskap dengan membawakan kelajuan jalur lebar mudah alih dan video sehingga 100Mbps. Pencapaian ini telah melakar detik penting buat Maxis, kerana kami telah menerajui revolusi kesalinghubungan dengan memperkenalkan 4G kepada negara.
Generasi ke-5
Memasuki tahun 2020an, 5G akhirnya telah tiba, dan menggegarkan dunia teknologi mudah alih dengan kelajuan sehingga 10Gbps.

1st Generation

1G existed way back in the 1980s providing mobile voice calling services, bringing in speeds of up to 2Kbps.

2nd Generation

Then came 2G in the 1990s, with digital voice calls and SMS at speeds of up to 64Kbps. This is when Maxis entered the scene, being one of the first companies to bring mobile services to Malaysians.

3rd Generation

In the 2000s, 3G made its debut, boasting faster speeds of up to 2Mbps.

4th Generation

Then in the 2010s, 4G LTE changed the game by bringing mobile broadband and video up to speed at a whopping 100Mbps. This milestone also marked a significant moment for Maxis, as we took the lead in revolutionising connectivity by introducing 4G to the nation.

5th Generation

Fast forward to the 2020s, 5G has arrived, and it's shaking up the mobile technology world with speeds of up to 10Gbps.

How does 5G work?

Bagaimana fungsi 5G?

Semuanya bermula dengan rangkaian selular biasa. Setiap rangkaian memiliki menara yang menggunakan gelombang radio untuk menghantar dan menerima isyarat ke dan dari peranti kami, membenarkan kami untuk mengakses internet atau membuat panggilan.

Dengan 5G, transmisi data berlaku lebih pantas dan dalam kuantiti lebih besar, semuanya terima kasih kepada gelombang frekuensi lebih tinggi. Ini mengizinkan kita untuk menikmati aktiviti data tinggi seperti strim video, persidangan, dan bermain game, semuanya secara mudah alih. Dan janganlah kita lupa manfaat besar yang ia bawakan untuk perniagaan dan industri dengan merealisasikan Internet benda (IoT).

How does 5G work?

Apakah kelajuan 5G?

Penambahbaikan dinantikan membuatkan semua orang gemuruh adalah kelajuan mengagumkan 5G. Kita tahu betapa pantasnya 5G, tapi sepantas mana sebenarnya?

Kelajuan 5G boleh mencapai sehingga 10x ke 100x lebih pantas berbanding kelajuan 4G di Malaysia, dengan kelajuan puncak sehingga 1Gbps. Ianya sama seperti memuat turun film penuh HD hanya dalam beberapa saat.

Sumber: DNB

How does 5G work?

Berapa banyak lagi peranti yang 5G boleh hubungkan?

5G memiliki kemampuan untuk menghubungkan lebih mesin secara serentak.

Dengan fungsi mengagumkan, 5G menghubungkan sehingga 1000x lebih mesin berbanding 4G, mencipta laluan untuk ekosistem Internet benda (IoT) berkembang maju. Malah, ianya mampu bekerjasama dengan sehingga 1 juta mesin dalam satu kilometer persegi.

Ini bermaksud ekosistem teknologi tinggi seperti bandar pintar mampu menikmati manfaat daripada kegunaan yang diperkasa, sebanyaknya peranti dan mesin daripada seluruh pelusuk yang kini dengan mudah mampu "berkomunikasi sesama lain".

Sumber: DNB

Will it still lag with 5G?

Adakah akan ada lag lagi dengan 5G?

Waktu menunggu semasa bagi rangkaian 4G sedia ada adalah dalam 0.03 saat. Tapi tahu tak? 5G telah mengubah segalanya. Ianya memindahkan data antara peranti dibawah 0.01 saat, memberikan anda masa lag hampir kosong.

Bagaimana ianya berfungsi? Sebenarnya semuanya bergantung kepada kadar latensi rendah. Ayuh kita rungkai - latensi adalah masa yang diperlukan untuk data bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain. Dengan 5G, latensi menjadi terlalu rendah dan tindak balas menjadi 5x lebih pantas berbanding 4G, dengan lag hampir kosong. Sama ada anda menghantar data ke setiap jalan di seluruh dunia, 5G menghantarnya dalam sekelip masa.

Bagaimana 5G bekerja untuk saya?

Jadi, kita sudah ketahui yang 5G mampu melakukan perkara luar biasa. Bagaimana jika kami beritahu anda yang anda sebenarnya boleh gunakannya untuk perkara yang anda sukai, malah di rumah.

How can 5G work for me?
NIKMATI STRIM TANPA GANGGUAN Suka strim? 5G adalah pencetus evolusi. Anda kini boleh strim sepuasnya rancangan kegemaran anda dengan resolusi sehingga 8K tanpa sebarang momen sekatan.
GAMING TANPA LAG, SELANCARNYA Selami dunia permainan dengan masa tindak balas sepantas kilat tanpa lag yang buat pengalaman gaming anda seperti penipuan (tanpa melanggar peraturan).
PANGGILAN VIDEO DAN PERSIDANGAN DALAM HD Ucapkan selamat tinggal kepada panggilan terse-kat-sekat. Dengan 5G, anda boleh buat panggilan video dan hadiri mesyuarat tanpa sebarang gangguan, semuanya dalam kualiti terhebat.
STRIM SIARAN LANGSUNG DALAM HD Strim seperti pro tanpa sebarang gangguan atau kelewatan. Kini penonton boleh menonton strim siaran langsung anda dalam kualiti HD.

ENJOY UNINTERRUPTED STREAMING

Love streaming? 5G is a game-changer. You can now binge away your favourite shows at up to 8K resolution without a single moment of buffer.

SMOOTH, LAG-FREE GAMING

Get immersed in gaming with lightning fast response times and zero lag that makes your experience feel like cheating (without breaking the rules).

VIDEO CALLING AND CONFERENCING IN HD

Say goodbye to ch-ch-choppy calls. With 5G, you can video call and attend meetings without any interruptions, all in the best quality.

LIVE STREAM IN HD

Stream like a pro with no more interruptions or delays. Now viewers can watch your live streams in HD quality.

Can 5G improve 4K and 8K video viewing experiences?

Mampukah 5G hebatkan pengalaman tontonan video 4K dan 8K?

Dengan kelajuan sepantasnya dan latensi rendah, 5G mengubah pengalaman strim ke tahap baharu. Tapi anda pasti tertanya - bagaimana sebenarnya semuanya berlaku? Mari kami rungkaikan untuk anda.

Bayangkan video menakjubkan 4K dan 8K, yang buat anda kagum. Tapi dengan kesalinghubungan lebih perlahan, pengalaman tersebut jadi tersekat,  jauh bezanya dengan kualiti HD yang diidamkan.

Di sinilah 5G memainkan peranan, memberikan kesalinghubungan kelajuan tinggi 10x sehingga 100x lebih pantas dengan lebar jalur lebih luas. Naik taraf ini meningkatkan kadar kejelasan dan tarikan kandungan 4K dan 8K. Dan, ianya tidak terhad kepada hiburan sahaja - industri seperti pembuatan dan penjagaan kesihatan juga mampu menikmati manfaat kuasa transmisi video tinggi resolusi untuk ketepatan maya.

How does 5G enhance content creation?

Bagaimana 5G hebatkan penciptaan kandungan?

Bagi pencipta kandungan yang selalu ke sana sini, rangkaian mudah alih isyarat kuat adalah penting untuk dimiliki bagi meraih lebih ramai penonton. Fakta: TIada orang suka strim tersekat dan kandungan kurang berkualiti. Sebab itulah 5G memainkan peranan besar dalam gaya hidup sibuk pencipta kandungan kerana dengannya semua boleh membuat strim dalam HD dan kandungan video sejelasnya di mana jua semua berada.

Selain itu, strim siaran langsung adalah tambahan besar dengan 5G. Gergasi media sosial seperti Facebook, Youtube, Linkedln, dan TikTok semuanya memiliki kandungan strim siaran langsung pada hari ini, yang bermaksud kandungan seperti ini menjadi keutamaan. Ianya adalah cara hebat untuk meraih penonton dan membina hubungan secara organik.

How does 5G improve HD video conferencing?

Bagaimana 5G hebatkan persidangan video HD?

Bayangkan anda perlu menilai sesuatu dalam HD dengan pasukan anda, tapi anda bekerja jarak jauh atau di luar kawasan. Walaupun anda memiliki persidangan video HD, tapi jika kesalinghubungan anda lag dan tersekat, tiada gunanya.

Dengan bantuan 5G, kesalinghubungan untuk panggilan persidangan video HD mampu dinaik taraf. Ini akan meningkatkan resolusi sekaligus panggilan persidangan video jadi jelas, seperti tiada skrin antara anda dan rakan anda.

Jadi daripada bergantung kepada penerbangan kos tinggi atau perjalanan memakan masa dari pejabat dan lokasi, persidangan video HD memberikan akses segera teams jarak jauh kepada hubungan manusia lebih bermakna seperti bertembung dalam dunia sebenar dalam setiap interaksi.

How can 5G boost my gaming experience?

Bagaimana 5G hebatkan pengalaman permainan saya?

Pernahkan anda kalah dalam permainan mudah alih kerana lag? Bukankan ianya merosakkan mood anda? Sebenarnya lag berpunca oleh latensi tinggi dan kadar ping tinggi.

Secara pendeknya, ping adalah isyarat yang para pemain hantar ke dalam permainan bila mereka menekan butang untuk karakter mereka bergerak. Untuk menikmati permainan selancarnya, kadar ping mestilah rendah untuk tiada lag, terutamanya dalam persekitaran teknologi canggih seperti permainan VR.

Dengan kelajuan pantas 5G dan kemampuan latensi rendah, pemain boleh menikmati pengalaman permainan selancarnya di mana pergerakan aksi dan karakter bergerak dalam keseragaman sempurna.

How do I access 5G?

Bagaimana cara tukar 4G ke 5G?

Maxis menawarkan kesalinghubungan 5G yang direka untuk memenuhi keperluan meluas pelanggannya, tersesuai untuk pengguna Maxis, Hotlink dan Business. Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Do I need a new SIM card for 5G?

Adakah saya perlukan kad SIM baharu untuk 5G?

Jika anda sudah memiliki kad SIM yang menyokong 4G LTE, penukaran ke 5G akan menjadi semudahnya. Dengan beberapa klik sahaja, anda mampu memiliki akses ke 5G dengan pelan mudah alih terkini kami. Tapi, jika kad SIM anda adalah versi lama, anda perlu menaik taraf ke paling terkini.

Tapi jangan bimbang, terdapat cara lebih mudah untuk menyemak jika anda perlukan naik taraf. Hanya dail 1008*5# dan anda akan ketahui jika anda perlukan kad SIM baharu.

Where can I get 5G?

Di mana boleh saya dapatkan 5G?

5G akan dilancarkan di seluruh Malaysia secara menyeluruh. Periksa penyemak liputan 5G di sini.

Do I need to change or upgrade my plan to get 5G?

Perlukah saya menukar atau menaik taraf pelan saya untuk memiliki 5G?

Anda mampu menikmati 5G selepas anda menaik taraf pelan anda.

Bagi pengguna sedia ada Maxis atau Hotlink, klik sini untuk langkah mudah untuk naik taraf ke pelan 5G.

Bagi pengguna baharu, klik sini.

Will 5G use a lot of data?

Adakah 5G menggunakan banyak data?

Berapa banyak data anda perlukan bergantung kepada tabiat penggunaan peribadi anda. Ambil contoh video strim. Dengan 5G, anda boleh menonton filem dan rancangan kegemaran anda dalam kualiti tertinggi dengan tiada sebarang gangguan - seperti menikmati teater depan mata kini dalam peranti anda sendiri. Sudah semestinya anda mungkin kehilangan banyak data bila anda strim menggunakan 5G, hanya itulah perkara anda perlu ingati.

Nasib baik pelan Pascabayar Maxis serba baharu kami, anda boleh memiliki sehingga 100GB bonus data 5G.

Jadi, tak kira anda adalah seorang penstrim, pemain permainan mudah alih, atau hanya seseorang yang ingin melayari internet web dalam telefon anda, anda boleh rasa tenang kerana kami sudah fikirkan untuk anda dengan pelan 5G baharu kami.

Will 5G drain my device’s battery faster?

Adakah 5G akan kurangkan bateri peranti saya lebih pantas?

Seperti sedia maklum, jangka hayat bateri adalah penting untuk semua, dan tidak pelik sekiranya sesetengah daripada kita rasa bimbang bila gunakan 5G. Jadi inilah kebenarannya, kelajuan muat turun dan muat naik sepantas kilat 5G mungkin bermaksud anda akan menggunakan peranti anda melebihi masa biasa anda guna. Dan akibatnya ianya akan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.

Tapi jangan risau. Dengan peranti 5G terkini, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada kecelakaan pengurangan bateri. Peranti ini kini direka dengan bateri yang mampu tahan lama untuk memberikan anda lebih masa untuk menikmati apa anda sukai tanpa selalu risau tentang jangka hayar bateri anda.

Jadi teruskan strim, tonton secara marathon, atau bergaming sepuas-puasnya, dengan mengetahui bateri anda mampu mengikuti kemampuan hidup anda.

How does 5G help businesses, industries, and governments?

Bagaimana 5G membantu perniagaan, industri, dan kerajaan?

Bayangkan ini: anda dalam mesyuarat dengan pekerja anda dan anda perlu kongsi fail anda semasa dalam pembentangan. Dahulunya, ianya mimpi ngeri, dengan lag dan kelewatan menggangu seluruh aliran. Tapi dengan 5G, perkongsian fail jadi selancarnya. Dan bukan sahaja mesyuarat; 5G boleh mengendalikan pelbagai peranti pada satu masa, menjadikan ia sebagai peneraju evolusi bagi mana-mana industri - daripada kerja pejabat ke pembuatan besar-besaran, malah termasuk industri yang terlibat dengan AI, robotik, dan data besar. Jika dilihat pada manfaatnya, ianya akan membantu menggerakkan ekonomi negara ke arah Revolusi Industri 4.0 (IRS4.0) dengan industri boleh mengambil manfaat penuh kemajuan ini.

Tapi bukan itu sahaja, kemajuan teknologi 5G boleh membantu perniagaan dan badan kerajaan untuk mengikuti arus IoT (Internet Benda). Dengan kuasa 5G, kita mampu mencipta barangan seperti kereta tanpa pemandu, mesin jarak jauh, malah merealisasikan bandar pintar.

How can 5G unleash the full potential of IoT?

Bagaimana 5G membebaskan potensi penuh IoT?

Sebenarnya, "Internet Benda" (atau pendeknya IoT) merupakan konsep menakjubkan yang melibatkan penyambungan pelbagai alatan dan teknologi seperti telefon pintar anda, komputer peribadi, peranti rumah, gadjet boleh dipakai, sehinggalah ke kenderaan, mesin, dan robot pada skala besar.

Selain itu, perkara lain yang menjadikan IoT hebat adalah ianya membenarkan peranti ini untuk ""Bercakap"" kepada satu sama lain. Seperti contoh segera, pernahkah anda menukar siaran TV anda daripada telefon pintar anda? Jadi itu sebenarnya adalah IoT membantu menjadikan gaya hidup anda lebih baik.

Sekarang, cuba letakkan pada skala besar sehingga tahap industri atau komuniti, di mana pembuatan mesin atau pengangkutan awam kini boleh bercakap antara satu sama lain secara jarak jauh - itulah cara IoT berfungsi.

Klik imej untuk besarkan

 

Apakah manfaat lain dan potensi 5G?

5G bukan sahaja membawakan internet pantas, tapi juga dengan kemampuan untuk menyambungkan kepada lebih banyak mesin dalam masa nyata.

Potensi sebenar 5G adalah dalam kemampuannya untuk menyambungkan dan mengemudi mesin secara jitu pada skala besar. Dengan 5G, teknologi terkini seperti kereta pandu sendiri, perkilangan pintar, bandar pintar dan segalanya dibawah Internet Benda (IoT) menjadi realiti.

Kami sedang melakar permulaan untuk merealisasikan potensi sebenar 5G - sebagaimana perniagaan, industri dan komuniti telah menikmati pelbagai manfaat internet mudah alih pantas pada skala besar.

Ketahui lebih lanjut di https://business.maxis.com.my/ms/5g/

Inginkan maklumat lanjut?