Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Esok Bermula Hari Ini

Tujuan Di Sebalik Setiap Tindakan Kami

Apa yang jadikan perhubungan itu istimewa?

Adakah ianya tentang pemindahan data berkelajuan tinggi? Atau peranti berteknologi canggih?

Definisi tinggi, latensi rendah, tiada masa lengah, kekal berhubung, setiap masa?

Hakikatnya, perhubungan bermakna lebih daripada itu.

Satu mesej ringkas mampu menjadi lebih daripada sekadar kata-kata; ianya mampu mencetuskan jalinan sepanjang hayat.

Satu soalan mampu menginspirasikan lebih daripada jawapan; ianya mampu membangkitkan keberanian bagi mencuba sesuatu yang lebih besar.

Satu saat sejenak bukan hanya menjadi waktu terhenti; ianya detik untuk menyusun semula langkah dan menghasilkan inspirasi.

Bila bicara berkongsi bakat anda? ianya mampu membuka pintu peluang ke pentas lebih berprestij.

Seperti jualan pertama yang mengubah “bermula daripada pendapatan sampingan” menjadi kisah kejayaan sebenar.

Atau panggilan singkat yang mengingatkannya “saya di sini”, mengubah jarak beribu batu menjadi detik yang tak ternilai.

Setiap perhubungan ada potensinya.

Daripada detik kecil ke pencapaian besar, setiap perhubungan membentuk siapa kita.

Dan tidak kira apa bentuk perhubungan itu, jika ianya penting untuk anda, ianya penting buat kami.

Sebab itulah kami komited untuk memastikan anda sentiasa berhubung: pantas, diyakini dan selamat.

Supaya setiap perhubungan yang anda bina hari ini, mencipta masa depan yang anda impikan esok.


Maxis
Esok Bermula Hari Ini

Ucapan Pimpinan Kami

Di Maxis, aspirasi kami adalah ringkas tetapi penuh bermakna: kami menghubungkan anda kepada dunia lebih kemungkinan.

Ianya bukan sekadar slogan; inilah tujuan kami pergi bekerja setiap hari, dan mengapa kami begitu komited untuk sedia berkhidmat kepada anda.

Kami benar-benar percaya bahawa hari esok bermula hari ini.

Ianya Idea yang berkuasa dan berinspirasi yang telah mendorong kami semua untuk menggenggam masa ini dan memanfaatkan setiap detik sepenuhnya.

Setiap detik yang kita lalui hari ini adalah peluang berharga untuk membentuk masa depan lebih cerah.

Sama ada anda memberanikan diri untuk mengejar minat, memulakan perniagaan inovatif, atau sekadar mengeratkan ikatan bersama insan tersayang — inilah detik-detik yang membina hari esok anda.

Kami amat berbangga dapat bersama di sisi anda, memperkasakan detik-detik terpenting anda dengan rangkaian yang pantas, diyakini dan selamat — rangkaian yang anda sentiasa mampu harapkan.

Beginilah cara kami membantu anda benar-benar berhubung ke perkara paling bermakna.

Terima kasih kerana mempercayai kami untuk bersama anda di sepanjang perjalanan ini. Bersama, ayuh kita terus membina masa depan — bermula hari ini.

Tandatangan Goh Seow EngKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maxis Berhad

Rangkaian Kami

Fast Reliable and Secure
PANTAS
Video dan panggilan HD selancarnya, di mana sahaja anda berada

Video dan panggilan HD selancarnya, di mana sahaja anda berada

Pengalaman gaming yang hebat dengan latensi rendah

Pengalaman gaming yang hebat dengan latensi rendah

DIYAKINI
Menawarkan pengalaman rangkaian konsisten dan diyakini

Menawarkan pengalaman rangkaian konsisten dan diyakini

Liputan rangkaian meluas & dipercayai di seluruh negara

Liputan rangkaian meluas & dipercayai di seluruh negara

SELAMAT
Rangkaian yang canggih dan selamat

Rangkaian yang canggih dan selamat

Peneraju rangkaian 5G yang selamat dengan penyulitan canggih

Peneraju rangkaian 5G yang selamat dengan penyulitan canggih

Rangkaian Maxis yang pantas, diyakini dan selamat menghubungkan anda dengan perkara paling bermakna.

Pengalaman Yang Lancar Bermula Hari Ini

Perlukan bantuan untuk keperluan segera atau peluang mengembangkan perniagaan?
Pakar kami sedia membantu anda 24/7.

Produk Yang Menghubungkan Ke Detik Bermakna Anda