Hi there, looks like you're browsing on Internet Explorer. For the best viewing experience on our website, switch to the latest version of Microsoft Edge, Google Chrome, or Mozilla Firefox.
Tahniah kepada pemenang Maxis Awards pertama kami!
Ketahui lebih lanjut tentang pemenang-pemenang Maxis Awards serta impak projek mereka dalam memajukan negara.
Food Aid Foundation
Matlamat Pertubuhan Food Aid adalah untuk menamatkan kelaparan dengan menemukan lebihan makanan dalam rantaian bekalan. Menerusi sistem berintegrasi dengan fungsi menyatupadukan logistik dan pengurusan inventori, FAF berfungsi mengurangkan pembaziran makanan serta meningkatkan kadar efisyen untuk mengumpul dan menghantar bekalan makanan. Bersama dengan Maxis, FAF bertekad untuk memanfaatkan peluang dalam inovasi digital dalam mencadangkan skala bagi usaha mereka untuk membantu yang tidak berkemampuan dengan menghasilkan penjadualan sumber berstrategi dan cekap dalam pengedaran makanan
Project ERTH (Electronic Recycling Through Heroes)
Sebagai perkhidmatan pengitaran semula mengikut permintaan pertama di ASEAN, Project ERTH mengerahkan wira dan wirawati di serata rangkaian untuk mengumpul peralatan elektronik yang usang, telah dipakai atau yang tidak lagi diperlukan dari kediaman atau perniagaan warga Malaysia. Bersama Maxis, mereka berharap agar impak ini dapat diluaskan demi menjadikan pengitaran semula e-sisa lebih memudahkan serta memuaskan.
Project Benih, TRCRC (Tropical Rainforest Conversation and Research Centre)
Hanya kerana urbanisasi, biodiversiti di Malaysia kini berada di tahap kritikal dengan jutaan pokok yang ditebang. Walaubagaimanapun, TRCRC percaya ia masih belum terlambat untuk mengurangkan impak ancaman ini terhadap komuniti negara ini. Dengan berbekalkan kehebatan digitalisasi, Project Benih berkerja rapat dengan Maxis untuk melaksanakan penyelesaian jangka panjang melalui projek pemulihan bagi mengatasi kebingkasan iklim serta mengukuhkan masyarakat yang mapan.
Sebagai peneraju sektor teknologi keselamatan dan sistem integrasi, Viva Odyssey terus tekad untuk mengurangkan risiko kemalangan tempat kerja di serata dunia. Dengan kerjasama Maxis, mereka ingin mencipta penyelesaian keselamatan dalam bentuk peranti boleh pakai atau aplikasi mudah alih yang dapat menambah baik keselamatan pekerja.
Sebagai perusaha yang menyediakan perkhidmatan reka bentuk bangunan dan konsultan alam sekitar, SEAD Industries Sdn Bhd ialah syarikat yang kian membangun dengan harapan untuk menjalankan Sustainable Bamboo Harvesting Programme. Mereka berharap dengan kerjasama daripada Maxis dan kerajaan negeri Perak, lombong-lombong yang terbiar di Malaysia dapat dijadikan kawasan penanaman buluh untuk mencipta impak jangka masa panjang yang positif bagi alam sekitar.
Baca lebih lanjut mengenai SEAD Industries di sini.
Maxis Awards. Sumbangan RM5 juta kami untuk memperkasakan Malaysia
Maxis Awards dilahirkan demi menyokong dan mendorong penciptaan idea yang memberi impak dalam kemajuan Malaysia. Sepanjang tempoh 1 tahun, sebanyak RM5 juta akan disumbangkan untuk membangunkan dan mempromosikan 12 projek terpilih.
Pemenang dipilih berdasarkan tiga kriteria di bawah, dan akan menerima geran dan tajaan solusi pelan dan perkhidmatan Maxis Business untuk merealisasikan idea mereka.
Projek yang diperkasakan oleh teknologi digital seperti IoT, Cloud, jaringan rangkaian, AI, data dan analisis.
Adakah perniagaan anda mempunyai idea yang memanfaatkan komuniti?
Maxis bekerjasama dengan SME and Entrepreneurs Business Awards untuk mengenalpasti syarikat-syarikat yang mempunyai idea untuk mendorong perubahan bermakna dalam komuniti agar membantu merealisasikan impian mereka dengan penyelesaian digital dan kepakaran teknikal yang tepat.
Kemukakan cadangan anda bermula hari ini sehingga 11 Oktober 2022.
Sertai kami di sesi taklimat saringan perolehan secara maya pada 14 September 2022:
Ketahui cara untuk mengambil bahagian
Ketahui bagaimana dan apa yang bakal anda menangi
Temui pemenang Maxis Awards sebelum ini
Maxis Awards 2022: Sesi taklimat saringan perolehan
Kami memperkenalkan Maxis Awards demi memperkasakan wira dan wirawati Malaysia
Pada semua anak bangsa Malaysia yang berjiwa perwira- mereka yang mengubah arus dan mereka yang berdiri di barisan penyokong, kami ucapkan terima kasih kerana menginspirasikan perubahan buat negara.
Demi terus menyokong perwira hari ini dan di masa depan, kami memperkenalkan Maxis Awards demi menghargai dan memperkasakan mereka yang telah membantu negara kita terus menerajui.
Disebalik setiap wira, berdirinya sebuah bangsa berjiwa perwira.
Saksikan penghargaan buat Hari Kebangsaan kita.
Francesca Chia
Pengasas, GoGet
Platform dalam talian yang memperkasakan komuniti B40 Malaysia
Vinesh Sinha
Pengasas, FatHopes
Energy Menghijaukan Malaysia dengan bahan api bio
Nadhir Ashafiq
Pengasas, TheLorry
Memandu setiap pemandu lori ke lebih peluang