Soalan Lazim

Sebelum Perayauan

International Roaming - Sebelum Perayauan

  • Perayauan Antarabangsa Maxis, ialah perkhidmatan yang membolehkan telefon mudah alih Maxis anda kekal bersambung untuk panggilan, SMS dan data semasa anda berada di luar negara.

  • Perayauan Antarabangsa membolehkan anda bersambung ke mana-mana penyedia rangkaian mudah alih luar negara yang mempunyai kerjasama dengan Maxis (rakan perayauan). Di bawah liputan mereka, pengguna Maxis boleh membuat dan menerima panggilan, menghantar SMS dan menggunakan data mudah alih di kebanyakan negara. 

    Pengaktifan & Akses:

    • Tiada caj pengaktifan atau akses untuk perkhidmatan perayauan
    • Setelah diaktifkan, perkhidmatan akan kekal aktif tanpa bayaran tambahan

     

    Panggilan:

    • Membuat dan menerima panggilan akan dikenakan caj
    • Caj adalah berdasarkan kadar pay-per-use atau pas panggilan & SMS tanpa had (negara terpilih)

     

    SMS:

    • Terima SMS adalah percuma
    • Hantar SMS dikenakan caj atau termasuk dalam pas tanpa had (negara terpilih)

     

    Perayauan Data:

    • Pelbagai pas data disediakan mengikut tempoh dan keperluan penggunaan

     

    Kadar & Pas

     

    ⚠️ Nota Penting (Call Forwarding & Voicemail)

    • Panggilan yang dialihkan ke nombor lain (Call Forwarding) atau peti suara (voicemail) akan dicaj sebagai panggilan masuk
    • Disarankan untuk menutup fungsi ini sebelum roaming
    • Anda akan menerima peringatan melalui SMS semasa pengaktifan

    Cara tutup:

    • Di Maxis app ,
    • Pilih nombor
    • Pilih ‘Lihat Semua’
    • Servis Tambahan → Nyah tanda Call Forwarding
    • Pastikan International Roaming diaktifkan
    • Pastikan negara yang bakal dikunjungi mempunyai rakan perayauan & servis boleh digunakan
       

    Semakan boleh dibuat di Maxis app atau Maxis Care.

    • Pilih nombor
    • Lihat Semua
    • Servis Tambahan
    • Semak kotak Roaming
  • Langkah sama seperti talian utama, melalui Maxis app atau Maxis Care

    • berbeza mengikut negara 
    • rujuk senarai negara & servis di sini.
  • Pastikan:

    • Servis perayauan aktif
    • Talian aktif & had kredit mencukupi
    • Semak kadar dan pas data
    • Telefon serasi dengan rangkaian negara


    Contoh:

    • Australia hanya menyokong 4G/5G dengan VoLTE


    ⚠️ Kawasan Terhad

    Thailand:

    • Kawasan sempadan Thailand–Kemboja
      • Pattani, Yala (Betong), Narathiwat, Songkhla (Chana, Na Thawi, Thepha)

    India:

    • Jammu & Kashmir, Assam
    • Beberapa negeri di timur laut India
    • Tidak semua pas menyokong penggunaan semasa penerbangan atau di kapal persiaran
    • Tutup tetapan Data Roaming atau aktifkan Mod Pesawat

    Kapal Persiaran (Cruise):

    • Kapal persiaran biasanya melalui pelbagai negara dan kawasan pesisir.
    • Peranti anda mungkin secara automatik bersambung ke rangkaian rakan perayauan di negara berbeza sepanjang perjalanan, yang boleh menyebabkan penggunaan data tanpa disedari (contohnya kemas kini aplikasi di latar belakang).
    • Berhati-hati kerana ini boleh mengakibatkan caj perayauan yang tinggi dan tidak dirancang.

    Pemilihan Pas

    • Maxis menawarkan Pas Negara tunggal dan Pas Pelbagai Negara.
    • Jika anda menggunakan Pas Pelbagai Negara, pastikan semua negara persinggahan atau lokasi transit kapal persiaran anda termasuk dalam liputan pas tersebut.
    • Jika terdapat negara yang tidak diliputi, anda mungkin perlu membeli Pas Perayauan Data 1 Hari tambahan untuk kekal bersambung.
    • Rujuk senarai negara & servis di sini.
    • Notifikasi akan dihantar apabila capai had tertentu
    • Had: RM300, RM600, RM900, RM3000
    • Tetapan boleh diubah melalui Khidmat Pelanggan kami di *123#

     

    NOTA:
    Notifikasi akan dihantar apabila caj perayauan anda melebihi had (threshold) yang telah anda tetapkan dalam setiap kitaran bil.

    Untuk Pengguna Tablet:
    Jika anda menggunakan tablet dengan pelan data, anda juga boleh menerima notifikasi had melalui nombor mudah alih CBR (Can Be Reached) anda.

    Untuk menerima notifikasi ini melalui nombor CBR, sila daftarkan nombor tersebut dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami di *123#.

    Jika anda tidak memberikan nombor CBR yang terkini, kami tidak dapat menghantar notifikasi had dan anda mungkin berisiko mengalami bil yang tinggi tanpa disedari (bill shock).

Semasa di Luar Negara

International Roaming - While abroad

  • Panggilan:

    • Panggilan keluar dan masuk semasa roaming akan dikenakan caj
    • Caj berdasarkan kadar pay-per-use atau Pas Panggilan & SMS Tanpa Had (di negara terpilih)

     

    SMS:

    • Terima SMS adalah percuma
    • Hantar SMS akan dikenakan caj atau termasuk dalam pas (negara terpilih)

     

    Perayauan Data:

    • Pelbagai pas data tersedia mengikut tempoh dan keperluan penggunaan

     

    Kadar & Pas:

     

    ⚠️ Nota Penting (Call Forwarding & Voicemail)

    • Panggilan yang dialihkan ke nombor lain atau voicemail akan dicaj sebagai panggilan masuk semasa perayauan
    • Untuk elakkan caj tidak dijangka, disarankan menutup fungsi ini sebelum perayauan
    • Peringatan akan dihantar melalui SMS semasa pengaktifan perayauan
    • Gunakan simbol + atau kod akses antarabangsa (00)
    • Dail: +Kod Negara + Nombor Telefon, kemudian tekan panggil
    • Berfungsi di semua negara selagi Roaming & IDD aktif
  • Gunakan perkhidmatan *Roam 120# untuk penjimatan:

    Dail:

    *120*<kod negara><kod kawasan/prefix><nombor telefon>#
    *Tertakluk kepada sokongan rangkaian tempatan

  • Sebelum mendarat:

    • Aktifkan Mod Pesawat
    • Pastikan tetapan perayauan data ditutup (jika tidak mahu guna data terus)

     

    Selepas mendarat:

    1. Matikan Mod Pesawat
    2. Telefon akan mencari dan bersambung ke rangkaian rakan perayauan Maxis
    3. Anda akan menerima SMS alu-aluan yang mengandungi:
      1. Maklumat perkhidmatan yang tersedia (panggilan, SMS, data)
      2. Maklumat operator/rakan perayauan
      3. Maklumat sokongan 5G
      4. Caj atau pas perayauan data
      5. Cara hubungi Maxis (*123#) secara percuma

     

    Jika hanya guna panggilan & SMS:

    • Kekalkan tetapan Perayauan Data OFF

     

    Jika ingin guna data:

    • Aktifkan Perayauan Data di tetapan telefon
  • Semak perkara berikut:

    • Tetapan Perayauan Data: Pastikan ON
    • Rangkaian: Pastikan sambung ke rangkaian yang betul (rujuk SMS alu-aluan)
    • Akses Perayauan Data:
      • Sesetengah negara (contoh: Myanmar) tidak menyokong perayauan data
      • Sesetengah kawasan (contoh: Selatan Thailand) mungkin ada sekatan
    • Sekatan caj tinggi:
      • Data mungkin disekat secara automatik jika caj terlalu mahal
  • Mulai 28 Oktober 2024:

    • Australia telah menamatkan rangkaian 3G
    • Telefon mesti menyokong 4G (VoLTE) dengan kebolehan untuk panggilan kecemasan (000)
    • Telefon tanpa sokongan 4G/VoLTE mungkin tidak boleh:
      • Membuat panggilan
      • Menerima SMS
    • Data 4G masih boleh digunakan (jika disokong)
  • Semak IMEI di: https://amta.org.au/3g-closure-old/check-my-device/

    Cara cari IMEI:

    • Android: Settings > About Phone
    • iPhone: Settings > General > About
    • Tidak boleh guna panggilan/SMS biasa
    • Boleh guna aplikasi internet seperti WhatsApp (jika ada WiFi atau data)
    • Pilih pas data terbaik melalui, Maxis app atau Maxis Care.
    • Jika tiada pas → matikan tetapan Perayauan Data
    • Elakkan panggilan & SMS tidak penting
    • Elakkan menjawab panggilan tidak penting (panggilan tersebut akan dicaj)
    • Matikan tetapan Perayauan Data Roaming sepanjang pernerbangan atau perjalanan kapal / kapal persiaran
    • Terima SMS adalah percuma

     

    👉 Ketahui lebih lanjut: https://www.maxis.com.my/en/discovery/travel/be-a-smart-roamer/

  • Dial *123# (percuma)

Selepas Roaming

International Roaming - After Roam

  • Sila tonton video penerangan untuk memahami pecahan caj perayauan dalam bil anda

    • Matikan tetapan Perayauan Data apabila tidak diperlukan
    • Aktifkan semula voicemail & call forwarding (jika telah ditutup sebelum ini)

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Ingin bercakap dengan kami?

Hubungi Khidmat Pelanggan Maxis