Soalan Lazim

đź”’Pertukaran ID Pengirim SMS Maxis & Hotlink

  • Bermula 21 Jan 2026:

    • 🔢 SMS dengan Pengirim ID "Maxis" akan dipaparkan sebagai "80XXX MAXIS" (cth., 80100 MAXIS).
    • 🔢 SMS dengan Pengirim ID "Hotlink" atau "Hotlink Gift" akan dipaparkan sebagai "80XXX HLINK" (cth., 80100 HLINK).
    • 🔢 Mesej daripada kod pendek yang lain (cth., 6XXXX, 2XXXX) kekal seperti asal.

     

    Mesej anda tidak berubah – hanya cara ia dipaparkan dalam peti masuk anda. Anda masih akan menerima pemberitahuan dan tawaran yang sama.

  • Langkah kerajaan (MCMC) ini bertujuan untuk:

    • âś… Menghalang mesej palsu yang menyamar sebagai Maxis/Hotlink
    • âś… Memudahkan pengecaman mesej sebenar
    • âś… Melindungi anda daripada penipuan SMS
  • Hanya nama pengirim yang berubah:

    • 📬 Pemberitahuan akaun yang sama (bil, penggunaan data)
    • đź’Ś Promosi dan tawaran yang sama
    • ⏱️ Kekerapan mesej yang sama


    Kandungan mesej tidak berubah.

  • Untuk mesej daripada pengirim "80XXX MAXIS" atau "80XXX HLINK":

    • Sahkan nama pengirim termasuk nombor + "MAXIS" (cth., 80200 MAXIS) or nombor + "HLINK" (cth., 80300 HLINK).


    Untuk mesej daripada kod pendek yang lain (cth., 6XXXX, 2XXXX):

    • Sahkan pengirim sepadan dengan ID angka yang sepatutnya untuk perhidmatan rasmi Maxis/Hotlink.


    Mesej sebenar TIDAK AKAN:

    • ❌ Meminta kata laluan atau nombor kad pengenalan penuh anda
    • ❌ Menuntut bayaran segera melalui pautan tidak rasmi
    • ❌ Mengugut untuk memutuskan sambungan dengan segera
  • Jika anda menerima mesej yang mendakwa sebagai kami tetapi dengan nama pengirim yang berbeza:

    1. 🛑 JANGAN klik pautan atau membalas mesej
    2. 📲 Hantarkan ke hotline penipuan MCMC: 15888
    3. 📞 Laporkan kepada Maxis

Sedang mencari pelan Maxis Postpaid yang sesuai?

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Ingin bercakap dengan kami?

Hubungi Khidmat Pelanggan Maxis