Soalan Lazim

Umum

  • Maxis secara rasmi melancarkan rangkaian 5G pada 15 Ogos 2023, memberikan pelanggan akses kepada sambungan ultra-pantas.

  • 5G menawarkan kelajuan yang lebih pantas (sehingga 10x lebih cepat daripada 4G) dan masa tindak balas yang hampir serta-merta (latensi lebih rendah). Ini bermakna penstriman yang lebih lancar, permainan tanpa lag, dan muat turun yang lebih pantas. Ketahui lebih lanjut tentang faedah 5G di sini: Rangkaian 5G Maxis.

  • Untuk menikmati 5G, pastikan anda mempunyai:

    1. Pelan Maxis yang didayakan 5G.
    2. Peranti yang serasi dengan 5G (semak spesifikasi telefon anda).
    3. Kad SIM 4G LTE (sahkan dengan mendail *100*8*5#).
    4. Tetapan 5G dihidupkan pada peranti anda.

Liputan

  • Semak liputan 5G masa nyata di kawasan anda menggunakan peta liputan interaktif kami 5G di sini.

  • Kami sedang mengembangkan rangkaian 5G kami setiap hari! Untuk kemas kini mengenai rancangan pelaksanaan, lawati peta liputan 5G kami di sini.

  • Isyarat dalam bangunan boleh menjadi lemah disebabkan oleh:

    1. Dinding tebal atau bahan binaan (cth: konkrit, logam).
    2. Jarak dari menara 5G terdekat.
    3. Susun atur bangunan (cth., ruang bawah tanah, struktur berbilang tingkat).

     

    Kami sedang mengoptimumkan liputan secara aktif dengan menambah tapak baharu dan memperhalusi tapak sedia ada. Nantikan penambahbaikan!

  • Untuk melihat sama ada perayauan dengan 5G di negara yang anda lawati, sila klik DI SINI. Ya! Nikmati perayauan 5G di negara-negara di mana:

    • 5G tersedia (semak destinasi yang disokong DI SINI).
    • Peranti anda serasi dengan rangkaian 5G tempatan.
    • Rakan kongsi perayauan anda menyokong 5G.

Peranti dan Pelan yang Disokong

  • Untuk iOS: Pergi ke Tetapan > Selular > Pilihan Data Selular > Suara & Data. Pilih tetapan yang dingini

    Untuk Android: Pergi ke Tetapan > Sambungan > Rangkaian Mudah Alih > Mod Rangkaian. Pilih tetapan yang diingini. (Nota: Langkah-langkah mungkin sedikit berbeza mengikut model peranti.)

  • Ya! Semua siri iPhone 12 dan model yang lebih baharu menyokong 5G. Pastikan peranti anda menjalankan iOS 16.4 atau lebih baharu dan 5G didayakan dalam tetapan.

  • Jangan risau! Anda akan disambungkan secara automatik ke rangkaian 4G kami, yang masih menyediakan perkhidmatan yang pantas dan boleh dipercayai.

SIM

  • Tidak. Anda boleh menyambung ke rangkaian 5G jika anda menggunakan SIM 4G LTE.

  • Untuk menyemak, dail sahaja *100*8*5# dari telefon anda.

  • Anda boleh meminta kad SIM baharu di kedai Maxis terdekat. Caj penggantian kad SIM yang berlaku mungkin dikenakan.

  • Ya, anda boleh mengaktifkan 5G pada eSIM anda dan menikmati sambungan 5G.

Pertanyaan Berkaitan Rangkaian 5G Maxis

  • Tidak, 5G tidak meningkatkan penggunaan data anda. Walau bagaimanapun, ia membolehkan anda menikmati kelajuan muat turun dan muat naik yang jauh lebih pantas.

  • Apabila anda berada dalam kawasan liputan 5G, anda sepatutnya dapat menyambung ke 5G, sila pastikan anda mempunyai:

    1. Pelan yang didayakan 5G;
    2. Peranti yang layak 5G;
    3. SIM 4G LTE. Untuk menyemak, dail sahaja *100*8*5# dari telefon anda;
    4. Tetapan 5G didayakan pada peranti anda;
    5. Bateri TIDAK dalam mod penjimatan kuasa atau cas bateri rendah. Sesetengah model telefon mungkin mematikan mod rangkaian 5G secara automatik untuk menjimatkan bateri.
  • Tiada had kelajuan, 5G dijangka jauh lebih pantas daripada 4G sambil menawarkan latensi yang lebih rendah dan lebar jalur yang lebih baik. Had data adalah mengikut peruntukan data berdasarkan pelan kadar anda.

  • Panggilan pada masa ini menggunakan rangkaian 4G LTE kami untuk kelancaran. Selepas menamatkan panggilan, telefon anda akan menyambung semula secara automatik ke 5G untuk data.

  • Walaupun peralihan biasanya lancar, liputan 5G masih diperkembang. Kami sedang:

    1. Menambah tapak 5G baharu setiap bulan.
    2. Mengoptimumkan penyerahan antara rangkaian.
    3. Bekerja dengan pengeluar peranti untuk meningkatkan keserasian.
  • 5G SA (Standalone) menyediakan pengalaman 5G yang paling lengkap dan dibina khas pengendalian trafik 5G. Ini membolehkannya menjadi sangat pantas, sangat boleh dipercayai, dan mampu menyokong teknologi canggih seperti peranti pintar dan aplikasi AI.

    Manakala, 5G yang dilancarkan oleh Maxis pada 15 Ogos 2023, adalah 5G NSA (Non-Standalone). Berfungsi sebagai peningkatan 5G yang sangat pantas tetapi masih menggunakan sebahagian daripada jaluran 4G sedia ada. Ia sememangnya lebih pantas daripada 4G, tetapi kerana ia masih bergantung pada sistem 4G yang lebih lama, ia tidak dapat memberikan semua ciri canggih dan tindak balas sepantas kilat yang boleh ditawarkan oleh 5G SA yang "penuh".

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Ingin bercakap dengan kami?

Hubungi Khidmat Pelanggan Maxis