Soalan Lazim

Rangkaian 5G Standalone

  • Pilihan ini ditambah oleh Apple. Buat masa ini, perkhidmatan mudah alih anda di Maxis akan terus menggunakan 5G Non-Standalone (NSA), walaupun anda nampak paparan tersebut. 

    Nota: VoNR ialah teknologi yang membolehkan anda membuat dan menerima panggilan suara berdefinisi tinggi (HD) terus melalui rangkaian 5G Standalone (SA), tanpa perlu kembali ke rangkaian 4G.

  • Siri iPhone 15, 16, 17 dan iPhone Air (menurut Apple).

  • Talian mudah alih Maxis anda akan kekal menggunakan 5G (NSA). Fundgsi tersebut tidak akan mengubah perkhidmatan mudah alih anda pada masa ini.

    • Kami akan memperkenalkan 5G SA untuk Maxis Home WiFi (kegunaan modem)—maklumat lanjut akan menyusul.
    • Untuk perniagaan, anda boleh mempertimbangkan Maxis Business AirFibre untuk 5G SA (maklumat di sini).
  • Ya. 5G SA memerlukan SIM/eSIM yang menyokong SA dan pelan/profil yang diaktifkan untuk SA, serta liputan SA. Buat masa ini, pelan mudah alih 5G Maxis beroperasi di rangkaian NSA; SA akan diguna pakai untuk tawaran WiFi Kediaman/Perniagaan yang akan datang.

  • Caj untuk 5G SA adalah mengikut kelayakan pelan anda. Kami akan kongsikan butiran pelan SA untuk Kediaman/Perniagaan apabila ianya dilancarkan kelak.

  • Ya. SA memerlukan liputan 5G SA dan pelan/profil yang diaktifkan untuk SA. Jika tidak, perkhidmatan anda akan menggunakan 5G (NSA).

  • Buat masa ini, pelanggan kami boleh menikmati perayauan di rangkaian 4G/5G (NSA).

  • Tidak. Perkhidmatan adalah bergantung pada sokongan daripada Maxis, bukan negara di mana telefon itu dibeli.

  • Pergi ke Tetapan > Mudah Alih/Selular > Pilihan Data Mudah Alih > Suara & Data, kemudian hidupkan atau matikan fungsi “5G Standalone & VoNR”. Untuk talian mudah alih Maxis hari ini, perkhidmatan anda akan kekal pada 5G (NSA).

  • Ya. 5G (NSA) adalah tetapan lalai (default) untuk perkhidmatan mudah alih Maxis, dan anda akan terus menggunakannya.

  • Priority Pass adalah perkhidmatan langganan bulanan tambahan berharga RM29 yang melengkapi pelan Maxis Business sedia ada, memberikan anda akses eksklusif ke rangkaian Maxis 5G Pro.

    Pegawai Bertanggungjawab (PIC) syarikat anda boleh melanggan dan mengaktifkan kad SIM 5G baharu dengan mudah melalui Maxis Business Hub. Setelah kad SIM 5G dihantar, PIC boleh mengaktifkannya sendiri melalui Maxis Business Hub, dan kemudian anda hanya perlu menggantikannya di dalam telefon bimbit anda.

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Ingin bercakap dengan kami?

Hubungi Khidmat Pelanggan Maxis