Mesh WiFi untuk Liputan Lebih Luas

Apa jua saiz kediaman anda, setiap penjuru tersedia liputan

Nikmati isyarat Wi-Fi kuat dan stabil di setiap bilik.

Introducing Max WiFi by Maxperts

Maxis Maxperts kami akan mengesyorkan jumlah unit mesh yang sesuai untuk bentuk rumah anda—tak lebih, tak kurang.

Tambah Max WiFi by Maxperts untuk mantapkan pengalaman
Maxis Home Fibre anda

Add Max WiFi by Maxperts for an upgraded home experience

Hubungi Kami

Pasukan penjagaan berdedikasi kami sentiasa bersama anda

PERIBADI & KELUARGA

Dalam Malaysia

123
dari talian mudah alih Maxis anda

1 800 82 1123
dari talian tetap dan mudah alih lain-lain di Malaysia

Dari luar Malaysia

*123#
dari talian mudah alih Maxis anda

+603 7492 2123
(caj panggilan biasa dikenakan)

Daftar Maxis MaxWiFi

Ingin berhubung?

Daftar Maxis MaxWiFi

Ingin berhubung?

Tinggalkan maklumat anda dan kami akan hubungi anda.

Ruangan ini wajib diisi.
Ruangan ini wajib diisi.
60
Ruangan ini wajib diisi.

Saya mengisytiharkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat dan Notis Privasi Kumpulan Maxis (MGPN), dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadi saya termasuk data peribadi sensitif mengikut MGPN.

Soalan Lazim

  • WiFi mesh membantu meluaskan liputan WiFi di rumah besar atau bertingkat. Unit mesh tambahan boleh diletakkan di kawasan yang menerima isyarat lemah daripada router utama. Ini membantu memberikan sambungan yang lebih kuat dan stabil di lebih banyak bilik, serta mengurangkan kawasan tanpa liputan WiFi.

    Dengan Maxis MaxWiFi, Maxperts akan menilai susun atur rumah anda dan mencadangkan bilangan unit mesh yang sesuai untuk liputan lebih luas mengikut keperluan rumah anda.

  • Bilangan unit mesh yang anda perlukan bergantung pada saiz dan susun atur rumah anda. Untuk rumah dua tingkat biasa, anda mungkin memerlukan router utama di satu tingkat dan satu unit mesh tambahan di tingkat yang lain untuk meluaskan liputan. Rumah yang lebih besar atau mempunyai susun atur lebih rumit mungkin memerlukan lebih banyak unit mesh.

    Dengan Maxis MaxWiFi, anda tidak perlu menganggarkan bilangan unit sendiri. Sebelum pemasangan, seorang Maxis Maxpert akan menilai susun atur rumah anda dan mencadangkan bilangan unit mesh yang sesuai untuk liputan lebih baik.

  • Letakkan router utama di tempat terbuka berhampiran titik sambungan gentian. Elakkan meletakkannya di dalam kabinet atau sudut yang terlindung. Untuk rumah dua tingkat, unit mesh tambahan boleh diletakkan di tingkat atas, terutama di kawasan dengan liputan lemah seperti koridor tengah atau ruang berhampiran tangga. Jangan letakkan unit di belakang objek besar atau berdekatan peralatan yang boleh mengganggu isyarat kerana ini boleh menjejaskan prestasi WiFi.

    Untuk Maxis MaxWiFi, seorang Maxis Maxpert akan menilai susun atur rumah anda dan mencadangkan lokasi serta bilangan unit mesh yang sesuai supaya liputan WiFi lebih luas dan menyeluruh.

  • Untuk mendapatkan liputan di seluruh rumah, WiFi mesh boleh jadi pilihan yang lebih baik untuk rumah besar atau bertingkat. Ia direka untuk memberi liputan lebih luas dan sambungan yang lebih lancar di seluruh rumah.

    Pemanjang WiFi boleh meluaskan liputan ke kawasan tertentu, manakala sistem mesh menggunakan beberapa unit untuk meliputi lebih banyak ruang. WiFi mesh lebih berguna jika anda mahu meningkatkan liputan di beberapa bilik atau tingkat, bukan hanya di satu kawasan dengan isyarat lemah.

  • WiFi mesh tidak menambah kelajuan pelan internet anda. Sebaliknya, ia membantu meluaskan liputan WiFi dan memberikan sambungan yang lebih baik di lebih banyak kawasan rumah.

    Contohnya, anda melanggan pelan 300Mbps tetapi sambungan di bilik tidur tingkat atas lebih lemah kerana lokasinya jauh daripada router utama. Menambah unit mesh boleh membantu meningkatkan prestasi WiFi di kawasan tersebut.

    Namun, kelajuan maksimum pelan anda tetap sama. Jika liputan WiFi sudah kuat di seluruh rumah tetapi anda masih mahukan internet yang lebih pantas, pelan gentian dengan kelajuan lebih tinggi mungkin lebih sesuai.