Semak Solan Lazim kami
Dapatkan jawapan untuk soalan anda.
Adakah kawasan anda diliputi? Jom semak.
Gunakan alat semakan liputan internet kami untuk mengetahui sama ada rumah anda berada dalam liputan Maxis Home Fibre atau rangkaian 5G.
Dah jadi pelanggan Maxis Home Fibre? Naik taraf pelan anda untuk lebih pantas!
Dah jadi pelanggan Maxis Home Fibre? Naik taraf pelan anda untuk lebih pantas!
Pilih pelan terbaik untuk anda daripada pilihan rangkaian home fibre dan 5G kami yang stabil dan dipercayai.
Anda boleh mengetahui sama ada pelan Maxis Home Fibre atau 5G Home WiFi tersedia di lokasi anda dengan mudah menggunakan Internet Coverage Checker Maxis. Alat yang cepat dan mudah ini membantu anda mengesahkan liputan hanya dalam beberapa langkah agar anda boleh memilih pelan yang terbaik.
Berikut caranya:
Sebagai alternatif, anda juga boleh berhubung dengan kami di WhatsApp untuk bantuan lebih berperibadi dan sokongan lebih pantas.
Pelan Maxis Home Fibre ialah perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang menawarkan data tanpa had dengan kelajuan antara 100 Mbps hingga 2 Gbps. Setiap pelan dilengkapi dengan router WiFi 6 atau Premium WiFi 6E yang diperakui, memberikan liputan fiber yang kuat dan stabil di seluruh rumah anda. Terokai pelan Maxis Home Fibre yang tersedia di bawah untuk mencari kelajuan yang paling sesuai dengan keperluan anda.
| Maxis Home Fibre 100Mbps | RM89*/bulan untuk 24 bulan pertama | Pelan internet tanpa had | Router WiFi 6 | Sesuai untuk penguna ringan seperti melayari internet secara santai, membeli-belah dalam talian, dan penstriman pada 2–3 peranti |
|---|---|---|---|---|
| Maxis Home Fibre 300Mbps | RM129*/bulan untuk 24 bulan pertama | Pelan internet tanpa had | Router WiFi 6 | Sesuai untuk isi rumah kecil dan penstriman 4K pada 4–5 peranti |
| Maxis Home Fibre 500Mbps | RM149*/bulan untuk 24 bulan pertama | Pelan internet tanpa had | Router WiFi 6 | Sesuai untuk pengguna sederhana sehinggalah berat, permainan dalam talian, serta pembelajaran atau kerja dari rumah pada 6–8 peranti |
| Maxis Home Fibre 1Gbps | RM249/bulan | Pelan internet tanpa had | Router WiFi 6 | Sesuai untuk pengguna tegar, pencipta kandungan, atau keluarga dengan 8–10 peranti yang disambungkan |
| Maxis Home Fibre 2Gbps | RM319/bulan | Pelan internet tanpa had | Router Premium WiFi 6E | Sesuai untuk pengguna berat, gamer, atau rumah pintar besar dengan 10+ peranti dan penggunaan ultra tinggi |
Maxis Home WiFi adalah penyelesaian jalur lebar plug-and-play yang menggunakan rangkaian 5G, memberikan internet yang pantas dan stabil tanpa memerlukan pemasangan fiber tetap. Pilihan pelan utama termasuk:
| Nama Pelan | Yuran Bulanan | Data | Tambahan | Sesuai Untuk |
|---|---|---|---|---|
| Home WiFi 69 | RM69/bulan | 150GB 5G/4G | Akses sooka | Pelayaran internet ringan |
| Home WiFi 99 | RM79/bulan untuk 12 atau 24 bulan | 5G/4G tanpa had (sehingga 100 Mbps) | Pilihan router Premium 5G | Kerja dan hiburan pada 2–3 peranti |
| Home WiFi 139 | RM109/bulan untuk 12 atau 24 bulan | 5G/4G tanpa had | Pilihan router Premium 5G | Keluarga atau penstriman |
| Home WiFi 159 | RM129/bulan untuk 24 bulan pertama | 5G/4G tanpa had, kelajuan tanpa batas | Router Rangkaian 5G Premium + tambahan | Keluarga atau penstriman |
Untuk meningkatkan liputan internet anda, letakkan router di lokasi tengah rumah, kurangkan gangguan isyarat, dan naik taraf kepada pelan yang lebih baik jika perlu. Ketahui lebih banyak tip dalam panduan kami tentang bagaimana liputan WiFi mempengaruhi prestasi internet. Anda juga boleh menggunakan alat semakan liputan rangkaian Maxis untuk melihat sama ada kawasan anda berada dalam liputan kami.
Rangkaian 5G Maxis dibina untuk memberikan penyambungan yang lebih unggul. Rangkaian ini menggabungkan kelajuan, prestasi, dan kebolehan dipercayai yang dilindungi dengan keselamatan berlapis. Sama ada anda sedang strim dalam 4K, bermain game dalam masa nyata, bekerja dari jauh, atau menyambungkan pelbagai peranti pintar di rumah, Maxis 5G direka untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan selamat.
Untuk menikmati pengalaman rangkaian generasi baharu ini, pastikan anda memiliki:
Tak pasti tentang liputan di kawasan anda?