Maxis bekerjasama dengan KUSKOP untuk melatih 6,000 usahawan menerusi inisiatif pertumbuhan digital Perkasa Halal

Maxis partners with KUSKOP to train 6,000 entrepreneurs through Perkasa Halal digital growth initiative

(L-R) Mohamad Shiblie Abg Sapuan, Managing Director and Chief Executive Officer, National Entrepreneur Group Economic Fund, (TEKUN Nasional); Samad Majid Zain Abdul Majid, Chief Executive Officer, SME Bank; YBhg. Dato' Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Secretary General, Ministry of Entrepreneur and Cooperatives Development; YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Minister of Entrepreneur and Cooperatives Development; Azizul Abdul Rahman, Chief Corporate Affairs Officer, Maxis; YB Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican, Chairman of Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).

Maxis telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk melancarkan Perkasa Halal, sebuah inisiatif yang memacu pemerkasaan ekonomi dengan menyokong pertumbuhan perniagaan dan koperasi dalam ekonomi halal. Kolaborasi ini menggabungkan capaian program Halal Sukses KUSKOP dengan Maxis eKelas Usahawan (eKU), sebuah inisiatif peningkatan kemahiran digital untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Dirasmikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, pelancaran tersebut telah diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), bersempena dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026. YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, turut hadir.

Perkasa Halal menyediakan laluan berstruktur daripada latihan digital kepada pertumbuhan perniagaan. Melalui Maxis eKU, para peserta bermula dengan membina kemahiran pemasaran digital dan penjanaan pendapatan dalam talian yang praktikal. Usahawan yang berpotensi tinggi kemudiannya mara ke Program Pemecutan Maxis eKU (Maxis eKU Accelerator programme) selama tiga bulan, yang menggabungkan pembelajaran intensif dan bimbingan berkumpulan. Para usahawan akan belajar cara untuk mempercepatkan pendigitalan dan mengukuhkan kesediaan pemformalan perniagaan, bagi menyokong peralihan mereka daripada perusahaan mikro kepada perusahaan kecil.

Menjelang 2029, Perkasa Halal menyasarkan untuk melatih 6,000 usahawan dan menyokong 450 peserta berpotensi tinggi.

quote

“Perkasa Halal mengukuhkan komitmen KUSKOP untuk memajukan keusahawanan digital dan membantu usahawan halal Malaysia membina perniagaan yang berdaya saing dan berdaya tahan. Program ini menyokong tumpuan Rancangan Malaysia Ke-13 dalam memperkasakan PMKS dan memajukan ekonomi halal Malaysia. Dengan menggabungkan ekosistem KUSKOP bersama kepakaran digital Maxis, kita dapat melengkapkan usahawan dengan kemahiran dan peluang untuk meluaskan capaian pasaran mereka dan membawa produk halal Malaysia ke luar negara.” - YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

quote

“Melalui eKelas Usahawan, kami telah melihat bagaimana kemahiran digital yang praktikal mampu memberi keyakinan dan kelengkapan kepada usahawan untuk membuka peluang baharu dan berkembang. Menerusi Perkasa Halal, kami mahu memastikan sokongan ini berterusan dan bukan hanya terhad kepada satu sesi latihan, agar usahawan mendapat bimbingan yang diperlukan untuk berkembang pada setiap peringkat perjalanan mereka. Kami berharap inisiatif ini dapat membantu usahawan halal dan koperasi membina daya tahan serta kesediaan untuk bersaing bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di persada global, selaras dengan janji jenama kami, Esok Bermula Hari Ini, melalui impak yang bermakna.” - Azizul Abdul Rahman, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

Perjalanan ini berterusan melangkaui program, dengan para graduan berpeluang menyertai komuniti alumni Maxis eKU yang menyediakan akses kepada sesi pembangunan, jaringan industri dan sokongan susulan. Rangkaian ini membantu peserta mengekalkan perkembangan mereka serta membuka peluang baharu untuk mengembangkan perniagaan di Malaysia dan seterusnya ke pasaran global.

Archives
Tags