Maxis menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang memperkenalkan Komunikasi Misi Kritikal untuk memperkukuh daya tahan operasi

Maxis becomes Malaysia’s first telco to introduce Mission-Critical Communications to strengthen operational resilience

(L-R) Nadzeem Abdul Rahman, Executive Director, Aerosea Exhibitions; Mohd Syafique Affendi Che Fauzi, Head of Strategic Government Sales, Maxis; Fasliza Rosli, Director of Government & GLC, Maxis; YB Datuk Wilson Ugak Kumbong​, Deputy Minister of Digital; Prateek Pashine, Chief Enterprise Business Officer, Maxis; YDH CP Dato' Sri Noor Hisam Bin Nordin, Director of Crime Prevention and Community Safety Department, Bukit Aman; Tan Sri Asmat Kamaludin, Chairman of Aerosea Exhibitions; Lee Han Kheng, Director of Enterprise Solutions, Maxis; Azizul Abdul Rahman, Chief Corporate Affairs Officer, Maxis; Mohd Saifudin Bahrudin, Account Manager - Govt & GLC, Maxis; Marvin Liong Siang Soon, Head of IoT and Mobile Solutions, Maxis

Maxis Berhad (Maxis) telah mempamerkan penyelesaian Komunikasi Misi Kritikal (MCC) di Cyber Digital Services, Defence & Security Asia (CyberDSA) 2026, menjadikan Maxis syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan suara, video secara langsung, dan data dengan keutamaan rangkaian merentasi rangkaian mudah alih seluruh negaranya.

Di CyberDSA 2026 yang dikuasakan oleh Maxis Business, penyelesaian tersebut telah dipamerkan kepada pegawai-pegawai daripada Kementerian Digital, Kementerian Pertahanan, angkatan tentera, dan pelbagai agensi keselamatan serta penguatkuasaan. Ditawarkan melalui Maxis Business, penyelesaian ini menghubungkan anggota barisan hadapan dan pasukan respons pertama secara terus ke pusat arahan utama, memberikan pasukan saluran komunikasi khusus yang dibina untuk persekitaran lapangan yang mencabar.

Pameran tersebut telah diadakan di bawah tema pameran Maxis Business, iaitu 'Membina Infrastruktur Digital untuk Dunia AI'. Dalam ucapan industri di acara tersebut, Maxis Business menyatakan bahawa kecerdasan buatan (AI) hanya sehebat dan seselamat infrastruktur yang menyokongnya, sambil menekankan bahawa kedaulatan digital memerlukan pengekalan kawalan ke atas kebergantungan kritikal yang memastikan kelangsungan operasi tanpa gangguan.

quote

"Dalam era AI, infrastruktur digital mestilah selamat, boleh diskalakan, dan berdaulat bagi memastikan kesinambungan misi. Bagi mereka yang berkhidmat di barisan hadapan dan melindungi negara, kesalinghubungan yang diyakini adalah amat penting. Kami bersedia untuk menyokong angkatan tentera, agensi penguatkuasaan, dan pasukan respons pertama dengan keutamaan rangkaian, memberikan pasukan kesedaran situasi masa nyata untuk menyelaras usaha dengan berkesan dan memperkukuh daya tahan operasi.” - Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

Semasa insiden kecemasan dan bencana alam, rangkaian komersial boleh mengalami kesesakan. Penyelesaian ini menangani cabaran tersebut dengan menyediakan keutamaan rangkaian, membantu memastikan komunikasi suara, video dan data yang kritikal untuk misi kekal bersambung ketika berlaku lonjakan trafik yang tinggi.

Melangkaui radio komunikasi berasaskan suara sahaja, penyelesaian ini menghubungkan unit lapangan dengan pusat arahan untuk mewujudkan gambaran operasi bersama. Pasukan boleh menggabungkan komunikasi segera melalui fungsi tekan untuk bercakap (push-to-talk) dengan video secara langsung dan suapan sensor, sekali gus menyokong kesiapsiagaan operasi merentasi sektor keselamatan awam dan industri penting.

Pameran ini merupakan kesinambungan kepada rekod prestasi Maxis Business dalam mempamerkan penyelesaian yang selamat dan berdaya tahan di CyberDSA, susulan pengenalan Rangkaian Selamat Kuantum (Quantum Safe Networking) pada tahun lalu. Berteraskan kepercayaannya dalam Membina Perniagaan Esok Hari Ini, Maxis Business mengukuhkan peranannya dalam memperkasa infrastruktur digital kritikal, dengan menyediakan kesalinghubungan yang selamat dan boleh diskalakan bagi menyokong pusat data, sektor-sektor utama, dan perniagaan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.maxis.com.my/business.

Archives
Tags