Maxis pertingkat akses digital dan kekitaran melalui sumbangan komputer riba kepada pelajar UKM
(4th to 8th from left) Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman, Deputy Vice-Chancellor Students & Alumni Affairs, UKM; Prof. Dato' Dr. Sufian Jusoh, Vice-Chancellor, UKM; Azizul Abdul Rahman, Chief Corporate Affairs Officer, Maxis; Chan Chee Keong, Head, Governance, Risk & Compliance Partner KPMG; Dr. Roslan Ja’afar, Director, Alumni UKM with a few recipients of the contributions.
Maxis Berhad (Maxis) baru-baru ini menyumbangkan 15 buah komputer riba yang telah dibaik pulih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dalam pengajian tinggi mereka. Sumbangan ini menandakan satu pencapaian penting bagi Maxis, yang telah mengedarkan lebih daripada 1,000 buah komputer riba yang dibaik pulih, untuk tujuan pendidikan dan komuniti sepanjang tiga tahun yang lalu.
Di bawah inisiatif kekitarannya, syarikat menyelenggara dan membaik pulih komputer riba perusahaan yang tidak lagi digunakan, sebelum menyumbangkannya kepada rakan komuniti dan pelajar. Di UKM, peranti ini memberikan para pelajar prasiswazah akses yang boleh dipercayai kepada bahan kursus serta sumber akademik dalam talian.
Melangkaui pendidikan tinggi, Maxis turut menyumbangkan komputer riba yang dibaik pulih kepada sekolah-sekolah dan pusat-pusat komuniti di seluruh negara. Peranti juga disediakan untuk pelajar sekolah menengah di bawah Menuju Gemilang, sebuah inisiatif yang dibangunkan bersama Kementerian Pendidikan untuk membantu pelajar kurang berkemampuan cemerlang dalam SPM, di samping mempersiapkan mereka untuk pendidikan tinggi.
Memanjangkan jangka hayat peranti ini menggalakkan amalan kekitaran dan melambatkan penghasilan sisa elektronik (e-sisa). Memberikan aset-aset ini nafas baharu yang produktif menyokong keterangkuman digital di seluruh Malaysia dengan menyediakan alat keperluan asas kepada pelajar dan komuniti.
"Adalah penting bagi para pelajar untuk mempunyai akses kepada alat dan sumber pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai matlamat akademik mereka. Kami mengalu-alukan sokongan praktikal yang membantu meringankan beban kewangan pelajar kami. Kolaborasi aktif antara universiti dan rakan korporat memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang digital, dan sokongan berterusan daripada industri adalah amat penting untuk mempersiapkan bakat untuk masa hadapan." - Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM
"Berpandukan kepercayaan kami bahawa Esok Bermula Hari Ini (Tomorrow Begins Today), inisiatif ini mencerminkan komitmen kami terhadap keterangkuman digital dan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab. Pencapaian mengedarkan 1,000 buah komputer riba yang dibaik pulih ini membuktikan bagaimana kekitaran mampu mencipta impak komuniti yang bermakna. Dengan penyerahan terbaharu ini, kami berharap peranti tersebut akan meringankan cabaran pembelajaran harian pelajar UKM dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat akademik masing-masing." - Azizul Abdul Rahman, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis
Sumbangan komputer riba ini melengkapi inisiatif pendidikan komuniti Maxis yang lebih meluas, termasuk Menuju Gemilang dan program GenAI eKelas, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan akses digital di seluruh Malaysia.