Menang bersama Maxis: Tawaran peranti dan hadiah bernilai lebih RM1 juta untuk peminat bola sepak
Maxis membawakan kehangatan musim bola sepak buat para pelanggannya menerusi pelbagai promosi peranti mudah alih dan rumah, bagi meningkatkan pengalaman menonton sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan.
Para peminat boleh membuat persiapan untuk musim perlawanan dengan tawaran eksklusif seperti:
- TV Samsung UHD 55 inci percuma (bernilai RM2,899) dengan pembelian Samsung Galaxy S26 Ultra
- Telefon pintar 5G percuma (bernilai sehingga RM4,099) dari Samsung, OPPO, vivo atau HONOR apabila melanggan Maxis Postpaid
- Soundbar percuma (bernilai RM649) apabila melanggan Maxis Home Fibre bersama TV Samsung
Selain tawaran peranti, Maxis turut melancarkan satu kempen ganjaran hebat dari 18 Mei hingga 19 Julai 2026. Pelanggan baharu dan sedia ada Maxis Postpaid, Maxis Home Fibre dan Maxis Home WiFi berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM1 juta menerusi cabutan mingguan.
Senarai hadiah yang ditawarkan ialah:
- 50 unit telefon pintar Samsung Galaxy S26 Ultra (512GB) bernilai RM6,799 setiap satu
- 100 unit TV Pintar Samsung UHD 65 inci bernilai RM3,899 setiap satu
- 1,000 baucar tunai Al-Ikhsan bernilai RM350 setiap satu
“Kami teruja untuk membawa kemeriahan musim bola sepak ini terus kepada pelanggan kami. Kempen ini mencerminkan usaha kami untuk memberikan nilai tambahan serta penghargaan kepada mereka. Dengan hanya mendapatkan pelan atau peranti yang mereka perlukan, pelanggan secara automatik akan berpeluang memenangi hadiah menarik pada setiap minggu.” - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis
Pelanggan akan menerima satu (1) penyertaan automatik dalam cabutan mingguan apabila melanggan mana-mana perkhidmatan baharu pelan pascabayar atau internet rumah, membeli peranti baharu melalui perkhidmatan baharu atau sedia ada, atau menaik taraf pelan pascabayar atau internet rumah. Untuk layak menyertai cabutan ini, pelanggan perlu memastikan mereka mempunyai akaun berdaftar di aplikasi Maxis serta mengekalkan akaun yang aktif tanpa sebarang tunggakan bayaran.
Hadiah akan diberikan setiap minggu sepanjang tempoh kempen. Penyertaan yang dibuat dalam mana-mana minggu berkenaan akan layak untuk cabutan minggu tersebut, sekali gus memberi peserta lebih banyak peluang untuk menang sepanjang tempoh kempen dua bulan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran peranti dan ganjaran, sila layari https://www.maxis.com.my/en/campaigns/win-with-maxis/ atau semak aplikasi Maxis.