Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Maxis memacu inisiatif hijau menerusi pengembangan solar dan kecekapan pengurusan pelepasan

Maxis Media Statement on Mobile Phone Data Initiative
  • Maxis memperluaskan akses kepada tenaga hijau dengan penyelesaian Home Solar membolehkan pelanggan untuk mengurangkan jejak karbon dan perbelanjaan elektrik.
  • Selaras dengan ISO 14001, Maxis mengoptimumkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau melalui kenderaan elektrik (EVs) teknologi mesra alam.
  • Dengan inisiatif solar untuk pelanggan dan operasi syarikat, Maxis mampu menyumbang ke arah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara untuk mencapai 70% kapasiti tenaga boleh diperbaharui terpasang menjelang tahun 2050.

Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, Maxis mengukuhkan semula komitmennya terhadap kelestarian dan masa hadapan yang lebih hijau. Syarikat menampilkan perkembangan dalam pengurangan pelepasan, dan inisiatif dalam memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di seluruh negara. Matlamat Maxis adalah untuk menyepadukan faedah alam sekitar melalui peningkatan infrastruktur rangkaian dan operasi, sambil memudahkan akses kepada tenaga hijau untuk pengguna.

Dengan asas pelanggan sebanyak 10.4 juta pengguna dan 780,000 rumah kediaman, Maxis mempunyai kelebihan strategik dalam memudahkan akses kepada tenaga hijau untuk pengguna di seluruh Semenanjung Malaysia melalui penyelesaian Maxis Home Solar. Dengan menawarkan sokongan pelanggan yang komprehensif dan bayaran pendahuluan yang rendah, Maxis memudahkan usaha pengguna untuk mengurangkan jejak karbon, menyokong pembangunan mampan dan sekali gus menikmati penjimatan kos tenaga.

Selaras dengan ISO 14001, Maxis mengoptimumkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) melalui strategi pengurangan tahunan. Sejak 2023, Maxis telah mengintegrasikan kenderaan elektrik (EVs) dalam operasi lapangan untuk menyokong penggunaan tenaga bersih dan pengurangan pelepasan karbon. Tambahan pula, Maxis juga meningkatkan penggunaan tenaga solar, termasuk pemasangan stesen pengecasan EV di tujuh Pusat Operasi Teknikal (TOCs). Dengan pelaksanaan sistem solar luar grid di stesen pangkalan luar bandar di Semenanjung dan Malaysia Timur, kebergantungan kepada penjana diesel telah dikurangkan.

quote

“Menguruskan jejak alam sekitar dan meningkatkan kecekapan operasi adalah penting dalam kelestarian jangka panjang Maxis. Selain mitigasi risiko, langkah ini turut menambah nilai kepada pelanggan dan pihak berkepentingan. Dengan inisiatif solar untuk pelanggan dan operasi syarikat, kami menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara untuk mencapai 70% kapasiti tenaga boleh diperbaharui terpasang menjelang tahun 2050,” - Patrick Er, Pengarah Maxis Green Solutions dan Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Transformasi Maxis.

Seterusnya, Maxis telah mempertingkatkan kecekapan tenaga di stesen pangkalan dan TOC menerusi penggantian peralatan dan sistem lama dengan peralatan yang telah dikemaskini dan diperbaharui. Dengan pelaksanaan teknologi Rangkaian Kendiri Berpusat (C-SON) yang berupaya dalam pengurusan pintar dan pengoptimuman automatik rangkaian, peralatan tidak digunakan boleh dimatikan, manakala penyearah berkecekapan tinggi boleh mengurangkan pembaziran tenaga dan haba. Penyahaktifan peralatan lama dan penyatuan rangkaian teras boleh menjimatkan ruang serta mengurangkan penggunaan tenaga di pusat data dan loji kuasa. Hasilnya, penggunaan tenaga di tapak rangkaian hanya meningkat 0.25% walaupun dengan tapak rangkaian berkembang, sekali gus mengurangkan intensiti pelepasan.

Maxis terus menaik taraf kemudahan pejabat bagi mengurangkan pelepasan. Usaha penambahbaikan seperti pemasangan lampu LED dan peningkatan kabel membolehkan syarikat untuk mengurangkan pelepasan pejabat sebanyak 8% tahun ke tahun (YoY) pada tahun 2024. Maxis juga telah memperkenalkan beberapa subsidi pengangkutan awam untuk pekerja, menggalakkan mereka untuk mengurangkan jejak karbon.

Inisiatif kelestarian Maxis mencerminkan komitmennya yang berterusan dalam mencipta nilai mampan. Melihat ke hadapan, Maxis kekal berdedikasi untuk menangani perubahan iklim melalui inisiatif berterusan dalam membina masa hadapan yang lestari dan kukuh untuk semua.

Archives
Tags