Makluman: Penamatan Pembayaran Cek untuk Pengguna.

Makluman: Penamatan Pembayaran Cek.

Ketahui info lanjut.

Hotlink perkenalkan SIM Pelancong baharu dengan internet tanpa had di 4 negara: Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia

Hotlink introduces new Travel SIM with unlimited internet across 4 countries: Malaysia, Singapore, Thailand and Indonesia
  • SIM Pelancong Hotlink menawarkan internet 5G tanpa had di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.
  • Harga RM35 dan RM60 untuk tempoh sah laku 15 dan 30 hari masing-masing.
  • Kini boleh dibeli di Pusat Maxis di lapangan terbang antarabangsa utama dan hab pelancongan terpilih di Malaysia.

Hotlink terus menawarkan nilai terbesar pada harga terendah dengan pelancaran SIM Pelancong Hotlink (Hotlink Travel SIM) baharu, yang memenuhi keperluan pelancong inbound di Malaysia dan pelancong outbound ke negara jiran. Tawaran terbaharu ini direka untuk memastikan pelancong kekal berhubung lancar dengan internet 5G tanpa had di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

SIM Pelancong Hotlink ditawarkan pada harga RM35 dan RM60 untuk tempoh sah laku 15 dan 30 hari masing-masing, memberikan fleksibiliti untuk memenuhi keperluan mudah alih pelancong. Ia kini boleh dibeli di Pusat Maxis di Terminal 1 & 2 KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, serta hab pelancongan terpilih.

Harga Ciri-ciri Tempoh Sah Laku
Hotlink Travel SIM RM35
  • Internet Tanpa Had 12Mbps
  • Penggunaan internet di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia
  • Panggilan Tanpa Had dalam Malaysia
  • 100GB FUP
15 Hari
Hotlink Travel SIM RM60
  • Internet Tanpa Had 12Mbps
  • Penggunaan internet di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia
  • Panggilan Tanpa Had dalam Malaysia
  • 100GB FUP
30 Hari

Selain perayauan internet tanpa had di Singapura, Indonesia dan Thailand, pelan tersebut juga termasuk panggilan tempatan tanpa had dalam Malaysia.

quote

"Kekal berhubung kini menjadi elemen penting dalam setiap pengalaman perjalanan. Sama ada mereka sedang meneroka Malaysia atau melawat negara jiran, kami memastikan para pelancong menikmati kesalinghubungan tanpa gangguan untuk berkongsi pengalaman mereka dan terus berhubung, di mana sahaja mereka berada," - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis

Untuk penggunaan lanjutan, pengguna boleh menambah nilai dengan pelbagai pas Hotlink, termasuk pilihan RM45, RM25, RM12 atau RM4. Selain itu, pengguna juga boleh membeli Pas Perayauan tambahan atau meneroka lebih 300 Ganjaran Hotlink melalui aplikasi Hotlink.

Untuk maklumat lanjut mengenai SIM Pelancong Hotlink, layari https://www.hotlink.com.my/en/products/travel-sim/.

Archives
Tags