Maxis perluas penyelesaian Home Solar ke seluruh Semenanjung Malaysia, memudahkan akses kepada tenaga hijau untuk lebih banyak isi rumah

- Maxis Home Solar sedang diperluaskan ke isi rumah di seluruh Semenanjung Malaysia, susulan fasa pengenalan awal di Lembah Klang
- Perkhidmatan solar langganan yang kos efektif dengan bayaran pendahuluan rendah serta penjimatan sehingga 25% ke atas bil elektrik dari hari pertama
- Mengukuhkan penawaran kediaman bersepadu Maxis sambil menjadikan tenaga boleh diperbaharui lebih mudah diperoleh oleh pemilik rumah
Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka Malaysia, kini menjadikan tenaga hijau lebih mudah diperoleh dengan peluasan penyelesaian Maxis Home Solar ke isi rumah di seluruh Semenanjung Malaysia. Perluasan ini menyusuli kejayaan fasa pengenalan awal yang melibatkan pelanggan Maxis di Lembah Klang pada akhir 2024.
Maxis Home Solar menawarkan pengalaman lengkap dan bebas kerisauan kepada pemilik rumah, membolehkan mereka melanggan kepada sistem tenaga solar dengan bayaran pendahuluan serendah RM1,000. Langganan bulanan merangkumi panel solar, inverter termasuk pemasangan, penyelenggaraan dan pemantauan proaktif. Pelanggan akan menikmati bantuan pelanggan 24/7 daripada Maxis, dengan sistem yang disokong oleh waranti komprehensif serta insurans solar bagi ketenangan minda.
Berikutan maklum balas positif daripada pengguna awal di Lembah Klang, penyelesaian ini akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia bermula Mei 2025. Menjelang akhir 2025, penyelesaian ini akan ditawarkan kepada pelanggan Maxis dan juga bukan Maxis.
"Kami sukacita kerana dapat membolehkan lebih ramai isi rumah di Malaysia mengakses tenaga solar melalui perkhidmatan langganan bebas kerisauan ini. Matlamat kami adalah untuk membawa penggunaan tenaga hijau ke arus perdana, disokong oleh pengalaman kami yang terbukti dalam perkhidmatan, jualan, dan kepuasan pelanggan selama 30 tahun dalam bidang perniagaan langganan. Dengan Maxis Home Solar, kami yakin dapat memberikan pelanggan kami pengalaman yang lancar, mampan dan bermanfaat." - Patrick Er, Pengarah Maxis Green Solutions Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Transformasi Maxis
Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 25% pada bil elektrik mereka dari hari pertama, dengan perlindungan jangka panjang terhadap kenaikan kos tenaga. Penyelesaian solar yang disesuaikan akan dicadangkan berdasarkan saiz rumah dan penggunaan elektrik. Pilihan pembayaran yang fleksibel juga tersedia, sama ada melalui yuran bulanan tetap atau pembayaran berdasarkan tenaga yang dihasilkan.

Direka untuk meningkatkan kebolehcapaian tenaga boleh diperbaharui untuk pemilik rumah di Malaysia, penyelesaian ini memanfaatkan jumlah besar kediaman bertanah dan minat yang semakin meningkat terhadap tenaga hijau di negara ini. Penyelesaian ini turut memperluaskan tawaran konvergen rumah Maxis, memanfaatkan kehadiran dan kepakarannya yang meluas dalam melayani pangkalan pelanggan sebanyak 10.4 juta dan 780,000 rumah.
Selain penjimatan kos, Maxis Home Solar adalah sesuai untuk pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar dan ingin mengurangkan jejak karbon mereka. Dengan melengkapkan isi rumah dengan tenaga hijau, penyelesaian ini juga dapat menangani peningkatan dalam permintaan dan pelepasan tenaga, menyokong agenda kemampanan negara ke arah mencapai pelepasan karbon Sifar Bersih menjelang 2050.
Perkhidmatan langganan Maxis Home Solar termasuk::
- Penyediaan dan Pemasangan Komprehensif: Perkhidmatan menyeluruh, daripada reka bentuk dan pemasangan sistem hingga pengurusan permohonan Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).
- Sokongan Pelanggan 24/7: Bantuan sepanjang masa untuk memberikan ketenangan minda kepada pemilik rumah.
- Pembaikan dan Penyelenggaraan: Servis yang berterusan tanpa kos tambahan, disokong oleh perkhidmatan pelanggan Maxis yang diiktiraf.
- Pemantauan dan Penyelesaian Masalah Secara Proaktif: Memastikan prestasi sistem berada pada tahap optimum untuk penjimatan tenaga maksimum.
- Pengurusan Insurans dan Waranti: Perlindungan komprehensif selama 10 tahun dengan perlindungan insurans dan pengurusan waranti untuk kebolehpercayaan jangka panjang.
Untuk maklumat lanjut tentang Maxis Home Solar dan untuk mendaftar minat anda, layari https://www.maxis.com.my/solar.