Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis dan Huawei perluaskan kerjasama 5.5G bagi menerajui penerimagunaan teknologi terkini di Malaysia

Maxis and Huawei expand 5.5G collaboration to accelerate frontier technology adoption in Malaysia
  • Kolaborasi ini bertujuan untuk memacu inovasi dan pengkomersialan 5G-Advanced (5.5G) 
  • Kerjasama antara Maxis dan Huawei juga akan membuka peluang perniagaan dalam kalangan pengguna dan perniagaan, termasuk PKS
  • Pakatan tersebut dimeterai di Mobile World Congress 2024

Maxis Berhad (Maxis), penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam program bagi mempercepatkan penerimagunaan 5G-Advanced (5.5G). Kerjasama ini merangkumi pelbagai bidang untuk memacu pengkomersialan dan penggunaan 5.5G, termasuk kes penggunaan, teknologi-teknologi utama, evolusi teknologi, dan ekosistem.

MoU tersebut telah dimeterai di Mobile World Congress 2024 baru-baru ini, disaksikan oleh Yang Berhormat Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia, dan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Maxis dan Huawei akan bekerja dengan penyedia-penyedia penyelesaian untuk mendorong aplikasi dan inovasi ekosistem 5.5G. Kedua-dua syarikat juga akan meneroka inisiatif bagi menggalakkan penggunaan serta pemindahan ke 5.5G. Selain itu, Maxis dan Huawei akan turut menampilkan kelebihan 5.5G hujung ke hujung melalui percubaan dan pengujian teknologi, termasuk kebolehsesuaian, keselamatan dan keteguhan.

Pada masa yang sama, kedua-dua syarikat akan memanfaatkan cerapan rangkaian 5.5G untuk mengenal pasti peluang-peluang dalam penyelesaian dan pengoptimuman bisnes dibolehkan oleh 5G dan 5.5G untuk para pengguna serta perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Ini juga termasuk peluang untuk penggunaan teknologi-teknologi utama berkenaan dengan operasi digital, penghirisan rangkaian dan kemampuan network yang diprogram.

quote

“Sebagai penyedia penyelesaian bersepadu terkemuka di Malaysia, kami mengalu-alukan peluang untuk membangunkan penyelesaian yang memberi impak yang bermakna dengan memanfaatkan teknologi 5.5G. Ini termasuk peningkatan dalam kelajuan, kapasiti sambungan besar-besaran dan penambahbaikan dalam kependaman yang ditawarkan oleh 5.5G untuk menyediakan penyelesaian yang membawa faedah dan pengalaman pelanggan yang lebih baik,” - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

quote

“Dengan kepakaran tersohor kami pada peringkat antarabangsa dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta teknologi inovatif kami, Huawei teruja untuk bekerjasama dengan pihak Maxis untuk memperluaskan peluang komersial 5.5G. Kerjasama ini akan memastikan Malaysia dikenali di persada global sebagai peneraju infrastruktur digital serantau, dan turut membuktikan bahawa kemudahan digital dan persekitaran kondusif Malaysia adalah antara yang terbaik untuk menarik dan mengekalkan minat pelabur asing,” - Simon Sun, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia

Sebagai peserta ekosistem utama, Maxis dan Huawei juga akan mengkaji evolusi spektrum dan teknologi masa depan berkenaan 5.5G, dan memberi cadangan sejajar dengan kes bisnes dan kesediaan ekosistem. Langkah ini akan diselaraskan dengan polisi Kerajaan Malaysia agar dapat memupuk perkembangan 5.5G di dalam negara.

MoU antara Maxis dan Huawei ini ialah hasil daripada kerjasama berkait teknologi antara kedua-dua syarikat sebelum ini. Baru-baru ini, kedua-dua syarikat telah memperlihatkan pameran percubaan teknologi 5.5G atau 5G-Advanced yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Percubaan tersebut termasuk ujian kelajuan langsung pengguna tunggal untuk menunjukkan keupayaan 5.5G untuk mencapai kelajuan puncak ultra pantas sehingga 8Gbps, menepati janji teknologi 5G-Advanced.

Archives
Tags