Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis perkenal pelan fiber baharu termasuk 1 dan 2Gbps dan naik taraf kelajuan percuma untuk pelanggan

Maxis announces all new fibre plans including 1 and 2Gbps and free speed upgrades for existing customers
  • Maxis Home Fibre kini menawarkan pelan kadar dari 100Mbps sehingga 2Gbps
  • Maxis Business Fibre kini menawarkan pelan kadar bermula dari 100Mbps ke 1Gbps
  • Dengan pelan-pelan baharu, pelanggan boleh menikmati kelajuan yang lebih pantas pada harga yang lebih berpatutan

Maxis telah memperkenalkan pelan-pelan Maxis Home Fibre dan Maxis Business Fibre baharu untuk menyediakan pengalaman WiFi yang lebih baik serta lebih nilai kepada pelanggan. Pelanggan Home Fibre jalur lebar Maxis juga boleh menikmati kelajuan yang lebih pantas sehingga 1 dan 2Gbps, manakala pelanggan Business Fibre boleh menikmati kelajuan sehingga 1Gbps.

Sempena pelancaran ini, pelanggan Maxis Home Fibre baharu akan menikmati harga promosi untuk 24 bulan yang pertama. Ini termasuk penghala WiFi 6 generasi baharu, pemasangan, dan pemilikan peranti rumah yang lebih mudah melalui Home Zerolution untuk pengalaman WiFi yang terbaik. Tambahan lagi, pelan Maxis Home Fibre 1Gbps baharu akan disertakan dengan langganan WiFi Max percuma yang memastikan liputan WiFi dinding ke dinding di dalam rumah anda.

Maxis Home Fibre juga menawarkan pelan 2Gbps baharu dengan kelajuan sebenar 2Gbps, supaya semua peranti boleh mengekalkan sambungan pada lebar jalur yang lebih tinggi. Tambahan lagi, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi yang pertama di Malaysia untuk melancarkan pelan 2Gbps dengan penghala WiFi 6E untuk memberikan pengalaman WiFi yang lebih pantas.

Maxis Business Fibre kini tersedia di seluruh negara pada kelajuan sehingga 1Gbps. Pelanggan Maxis Business Fibre baharu juga akan menikmati harga promosi untuk 24 bulan yang pertama.

Maxis ialah satu-satunya perkhidmatan jalur lebar di Malaysia yang menawarkan sandaran wayarles 4G percuma supaya perniagaan-perniagaan sentiasa mengekalkan ketersambungan tanpa gangguan. Pelan serba baharu Maxis Business Fibre juga disertakan dengan penghala WiFi 6 generasi baharu percuma dan talian suara dengan panggilan domestik tanpa had. Di samping itu, pelan 300Mbps dan ke atas juga menyediakan jaringan WiFi percuma, untuk liputan lebih meluas di dalam premis perniagaan.

Pelan-pelan baharu telah direka untuk memenuhi keperluan digital yang kian meningkat antara kalangan pengguna serta perniagaan. Selain penggunaan kandungan video dan alat produktiviti, kelajuan yang lebih pantas juga diperlukan memandangkan peningkatan dalam bilangan peranti dalam setiap isi rumah.

Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kemampumilikan dan penggunaan fiber jalur lebar dalam negara, turut mempercepatkan aspirasi digitalnya.

Pelanggan boleh menikmati pelan-pelan yang berikut bermula hari ini:

Maxis Home Fibre:

Pelan Kadar Harga Baharu / Bulan (RM) Tawaran Promosi / Bulan untuk Pelanggan Baharu (RM)*
2Gbps (BAHARU) 319 N/A
1Gbps (BAHARU) 249 Langganan Max WiFi percuma
500Mbps 159 149
300Mbps 139 129
100Mbps 99 89

*Harga promosi yang ditawarkan kepada pelanggan baharu, terpakai kepada 24 bulan yang pertama

Maxis Business Fibre:

Pelan Kadar Harga Baharu / Bulan (RM) Tawaran Promosi / Bulan untuk Pelanggan Baharu (RM)*
1Gbps (BAHARU) 299 N/A
500Mbps 219 199
300Mbps 179 139
100Mbps 119 99

*Harga promosi yang ditawarkan kepada pelanggan baharu sehingga 30 November 2023, terpakai kepada 24 bulan pertama kontrak

Pelanggan Maxis Home Fibre yang sedia ada pada pelan dari 100Mbps ke atas akan layak menerima naik taraf kelajuan percuma. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh merujuk Soalan Lazim Maxis Fibre.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan Maxis Home Fibre dan Maxis Business Fibre baharu, layari www.maxis.com.my.

Archives
Tags