Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis mulakan tahun 2023 dengan prestasi suku pertama yang kukuh

Maxis Logo
  • Catat Hasil Perkhidmatan RM2,112 juta, meningkat 4.0% tahun ke tahun
  • EBIT meningkat 3.4% tahun ke tahun kepada kepada RM541 juta,
  • Keuntungan Selepas Cukai meningkat 7.4% tahun ke tahun kepada RM320 juta
  • Mengisytiharkan dividen interim sebanyak 4 sen bersih sesaham untuk suku pertama

Maxis Berhad (Maxis) memulakan 2023 dengan prestasi suku pertama yang kukuh, dengan hasil perkhidmatan meningkat 4.0% tahun ke tahun (YoY) kepada RM2.1 bilion dan Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) meningkat 3.4% YoY kepada RM541 juta, walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar. Didorong oleh pelaksanaan strategi telco bersepadunya yang kukuh, Syarikat menyampaikan pertumbuhan dalam perkhidmatan teras sambungan mudah alih dan talian tetap merentas Perniagaan Pengguna dan Perusahaannya, dan peningkatan margin keuntungan berikutan kos operasi yang lebih rendah. Keuntungan Selepas Cukai meningkat 7.4% YoY kepada RM320 juta. Maxis mengisytiharkan dividen interim sebanyak 4 sen bersih sesaham untuk suku pertama.

Memandangkan rakyat Malaysia semakin bergantung pada kesalinghubungan yang sentiasa aktif dan pengalaman digital yang lancar di rumah, ataupun di tempat kerja dan semasa dalam perjalanan, tawaran mudah alih dan talian tetap Maxis terus menarik pelanggan, mengakibatkan pertumbuhan hasil bagi segmen ini. Inisiatif untuk mengoptimumkan pengalaman kesalinghubungan kediaman pelanggan menyumbang kepada pertumbuhan dua angka dalam hasil fiber mudah alih.

Perniagaan Perusahaan Maxis terus memberikan pertumbuhan hasil yang stabil, ia dipertingkatkan lagi dengan penawaran penyelesaian ICTnya. Dengan perniagaan-perniagaan mengekalkan minat untuk melabur dalam pelbagai tahap transformasi digital, Maxis berhasrat untuk mengembangkan dan menuai potensi penuh portfolio penawaran perusahaannya, dengan memanfaatkan kekuatan kesalinghubungan terasnya.

Dengan lebih ramai pengguna dan perniagaan yang berhubung dibawah rangkaiannya, Maxis kekal komited untuk menyediakan pengalaman kesalinghubungan yang terbaik. Pada suku pertama, Maxis melabur RM130 juta dalam perbelanjaan modal (capex) untuk mengekalkan kualiti rangkaian bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya dan untuk memenuhi permintaan jalur lebar yang semakin meningkat dalam persekitaran yang semakin digital.

Maxis mengakui faedah ekonomi yang Malaysia bakal nikmati dengan pelaksanaan 5G dan akan memanfaatkan sepenuhnya sumber, kemahiran dan infrastrukturnya untuk membina rangkaian 5G dengan kualiti dan kebolehpercayaan yang tertinggi. Maxis berharap untuk melancarkan produk dan perkhidmatan berkaitan 5G secara komersial untuk pelanggan-pelanggannya pada masa yang terdekat, dengan tumpuan pada penggunaan dan harga yang berpatutan.

Goh Seow Eng, Maxis CEO
quote

Kami gembira dengan permulaan tahun ini yang kukuh. Di samping menguatkan kedudukan kami sebagai pemain bersepadu, kami akan menumpukan pada pertumbuhan yang mampan dan boleh dijangka serta pelaksanaan menyeluruh yang kukuh untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami. - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Sorotan kewangan suku pertama 2023 – Suku1 2023 vs Suku1 2022
  • Hasil Perkhidmatan meningkat 4.0% kepada RM2,112 juta didorong oleh pertumbuhan kukuh daripada perniagaan Pengguna dan Perusahaan.
    • Hasil Pascabayar meningkat 10.1% kepada RM864 juta didorong oleh pertumbuhan dalam Pascabayar Maxis dan Pascabayar Hotlink. Strategi migrasi pra-ke-pos yang berkesan dalam meningkakan keseluruhan langganan Pascabayar sebanyak 6.5%, menjadikan jumlah langganan pascabayar kepada 3.4 juta dengan ARPU yang stabil pada RM78.
    • Prabayar mencatatkan pertumbuhan hasil yang berdaya tahan sebanyak 0.6% kepada RM661 juta walaupun berada dalam persekitaran yang sangat kompetitif. Manakala penggunaan berterusan pelan Prabayar Hotlink membantu mengekalkan asas pelanggan yang sihat pada 5.7 juta dan ARPU yang kukuh pada RM38 walaupun pasaran prabayar keseluruhannya menguncup.
    • Hasil Kesalinghubungan Kediaman meningkat sebanyak 11.0% kepada RM222 juta, memberikan pertumbuhan pelanggan yang sihat berikutan penawaran perkhidmatan konvergen yang kompetitif. Jumlah sambungan kediaman mencapai 688k dirangsang oleh penukaran aktif pelanggan Jalur Lebar Tanpa Wayar kepada Fiber.
    • Hasil Perniagaan Perusahaan (Tidak termasuk wholesale voice) meningkat sebanyak 5.5% kepada RM365 juta.
  • EBIT meningkat sebanyak 3.4% kepada RM541 juta disebabkan oleh hasil perkhidmatan yang lebih tinggi dan kos sumber berulang yang stabil, tidak termasuk kos satu kali dalam Suku1 22.
  • Keuntungan selepas cukai meningkat sebanyak 7.4% kepada RM320 juta hasil daripada EBIT yang lebih tinggi dan pemberhentian caj Cukai Makmur pada tahun 2023.
  • Aliran tunai bebas operasi sebanyak RM181 juta dengan baki tunai stabil RM340 juta pada S1 23.
Inisiatif utama dalam suku pertama 2023:
  • Bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk kolaborasi dan membangunkan penyelesaian pertanian pintar dan berasaskan makanan.
  • Bekerjasama dengan Ideal Property Group, sebuah pemaju hartanah yang menerajui pasaran di Pulau Pinang, untuk membawa pengalaman internet yang unggul dan penawaran fiber yang menarik kepada 12,000 kediaman dan pembangunan komersial utama di Pulau Pinang.
  • Pelan Hotlink Prabayar dan Hotlink Postpaid dipertingkatkan dengan lebih banyak kuota internet pada nilai yang lebih tinggi. Hotlink juga memperkenalkan ganjaran yang lebih menarik dan faedah eksklusif dengan tawaran rakan kongsi baharu.
  • Menyokong inisiatif kerajaan untuk menyediakan kesalinghubungan internet dan sambungan mudah alih yang berpatutan kepada segmen sasaran dengan menawarkan Pakej Perpaduan Hotlink dan Pakej Perpaduan Maxis Home Fibre.
  • eKelas, program komuniti utama Maxis, melancarkan portal eKelas dan aplikasi mudah alih yang dipertingkatkan untuk pengalaman pengguna yang lebih baik. Program itu turut memperkenalkan dua mata pelajaran baharu – Bahasa Malaysia dan Sejarah – untuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Archives
Tags