Maxis Business Innovation Centre untuk manfaatkan potensi teknologi maju

  • Ruangan imersif digital yang mempamerkan penyelesaian perniagaan dan kes penggunaan generasi seterusnya untuk menggalakkan inovasi dan memacu transformasi digital
  • Satu platform kolaboratif untuk pencetusan idea dan penyelesaian inovatif, dan transformasi di kalangan perniagaan pelbagai saiz 
  • Maxis komited untuk menyokong agenda kebangsaan dengan membawa gabungan teknologi terbaik bagi membolehkan perniagaan Terus Menerajui 

Maxis hari ini secara rasminya telah membuka Maxis Business Innovation Centre (pusat inovasi Maxis Business), sebuah ruang imersif digital yang direka khas untuk menggalakkan inovasi dan mendorong transformasi digital untuk perniagaan. Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, hadir untuk merasmikan pembukaan Maxis Business Innovation Centre. Beliau diiringi oleh Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital. 

Terletak di tingkat bawah Menara Maxis, Maxis Business Innovation Centre merangkumi ruang lebih 9,000 kaki persegi di mana pelanggan boleh akses sebuah makmal IoT, auditorium mini dengan teknologi terkini, ruang kerja bersama untuk berkolaborasi dan berinovasi, dan kes penggunaan pelbagai industri yang didayakan oleh teknologi awan, AI, IoT, Pembelajaran Mesin, dan lebih lagi. Pusat ini akan memberi peluang kepada perniagaan pelbagai saiz dan merentas industri untuk memanfaatkan kuasa teknologi digital. 

quote

“Kementerian saya telah diberikan tugas untuk memacu ekonomi digital ke hadapan di Malaysia sebagai sebahagian daripada teras strategik kami. Ini memerlukan semua pihak memainkan peranan masing-masing melalui kolaborasi, inovasi dan perkongsian pengetahuan,” - YB Tuan Ahmad Fahmi.

quote

“Maxis Business Innovation Centre mempunyai potensi besar untuk menggabungkan kuasa teknologi dan inovasi untuk memanfaatkan pelanggan kami dalam perjalanan transformasi digital mereka. Kami komited menyokong agenda digital kebangsaan dan berharap dapat memanfaatkan persekitaran imersif ini untuk secara kolektif untuk menghasilkan idea inovatif, penyelesaian serta membawa kejayaan untuk perniagaan-perniagaan di Malaysia,” - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Semasa upacara tersebut, YB Tuan Fahmi bersama dengan pasukan beliau dari Kementerian telah melawat dan menerima taklimat mengenai pelbagai kes penggunaan dalam industri pembuatan, logistik, pertanian, keselamatan awam, dan peruncitan.

Ini termasuk kes penggunaan pengawasan pintar 5G untuk tindakbalas kecemasan, penyelesaian Pertanian Pintar untuk meningkatkan kecekapan pertanian, Pemenuhan Pintar untuk kecekapan gudang, serta penyelesaian e-dagang.

Maxis Business Innovation Centre juga berfungsi sebagai hab penjanaan dan teknologi, mendorong usaha kolaborasi dan co-creation di antara rakan kongsi dan pakar Maxis untuk menjana idea inovatif.

Dengan kepakaran tepat yang disokong oleh modal insan , kemahiran dan pengalaman yang mantap , Maxis Business menawarkan pelanggannya penyelesaian generasi seterusnya melalui portfolio yang diperluaskan – daripada fiber, IoT, awan, perkhidmatan kendalian dan penyelesaian tempat kerja moden, kepada perkhidmatan gred Enterprise, yang disokong oleh Maxis Programmable Network iaitu rangkaian yang ditetapkan perisian bertaraf tinggi, dan bersijil MEF 3.0.

Untuk menjadualkan lawatan dan mempelajari bagaimana Maxis Business dapat menyokong objektif transformasi digital, sila klik  https://www.business.maxis.com.my/en/digital-solutions/maxis-business-innovation-centre/

Archives
Tags