Maxis dan BHPetrol bekerjasama untuk ubah pengalaman runcit secara digital

  • BHPetrol memilih Maxis untuk menyertai pelaksanaan digitalisasi meluasnya.
  • SD-WAN terurus Maxis telah dilaksanakan di lebih daripada 240 lokasi, dengan pelaksanaan penuh dijangka selesai menjelang akhir tahun.
  • Kerjasama strategik ini selaras dengan komitmen BHPetrol untuk memanfaatkan kuasa digitalisasi bagi mempercepatkan pertumbuhan.

Maxis telah dipilih oleh Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) untuk menyertai pelaksanaan digitalisasi meluas BHPetrol untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di stesen runcit mereka.

Dalam kerjasama ini, Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN terurusnya (Software-Defined Wide Area Network) untuk menyokong terminal pembayaran di setiap pam minyak dan sistem kaunter bayaran (Point of Sale) di semua stesen runcit BHPetrol di Semenanjung Malaysia.

SD-WAN adalah teknologi rangkaian yang menawarkan solusi kesalinghubungan yang fleksibel, boleh dinaik taraf, dan berpatutan sambil menggabungkan langkah-langkah keselamatan yang tersedia untuk memastikan perlindungan komunikasi secara menyeluruh.

Hingga kini, SD-WAN Maxis telah dilaksanakan di lebih daripada 240 lokasi, dengan pelaksanaan di stesen-stesen lain dijangka selesai menjelang akhir tahun.

quote

Kerjasama penting ini membolehkan Maxis menawarkan keupayaan unik dan pengalaman kami dalam menyediakan teknologi rangkaian generasi seterusnya. Kami bersedia untuk bekerjasama serta menyokong usaha transformasi digital BHPetrol - Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

quote

Kerjasama strategik ini selaras dengan komitmen kami untuk memanfaatkan kuasa digitalisasi dalam mempercepatkan pertumbuhan kami. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan membolehkan kami memupuk lebih banyak inovasi, meningkatkan operasi, dan yang penting sekali, meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan di BHPetrol - Ir. Azizul Azily Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, BHPetrol.

BHPetrol membayangkan masa depan pengalaman runcit yang memerlukan rangkaian yang boleh dipercayai, berkelajuan ultra-tinggi yang boleh direlisasikan oleh SD-WAN Maxis. Kedua-dua syarikat juga sedang meneroka peluang masa depan untuk melaksanakan teknologi Runcit Pintar, termasuk analitik tingkah laku membeli-belah, pembayaran dekat, dompet mudah alih, dan penyelesaian pengesahan biometrik.

Sejajar dengan kerjasama ini, Maxis dan BHPetrol menawarkan rebat tunai eksklusif kepada pengguna Maxis dan Hotlink sehingga 30 Jun 2023. Pengguna hanya perlu memuat turun tawaran ini dari aplikasi Maxis atau Hotlink dan menebusnya di stesen BHPetrol yang menyertai program ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Maxis SD-WAN, lawati https://business.maxis.com.my/en/network/sd-wan

Archives
Tags