Karnival Maxis Home Fibre pamer pengalaman kesalinghubungan rumah terbaik untuk pelanggan

  • Karnival jelajah akan berlangsung di 1 Utama (9 hingga 12 Februari) dan Sunway Pyramid (16 hingga 19 Februari)
  • Pelanggan Maxis Postpaid yang mendaftar untuk Maxis Home Fibre semasa acara boleh menikmati fiber percuma selama 6 bulan, manakala pelanggan Maxis Home Fibre baharu boleh menikmati Wifi Max oleh Maxperts secara percuma selama 6 bulan
  • Hadiah menarik untuk direbut termasuk TV QLED Samsung 65”, TV LG UHD 50”, Sony PS 5 dan bar bunyi Samsung

Maxis melancarkan jelajah Maxis Home Fibre yang pertama dengan menjemput orang ramai ke karnival mesra keluarga. Siri jelajah ini akan berlangsung di dua pusat beli-belah utama di Lembah Klang, iaitu 1 Utama (Main Concourse, Old Wing) dari 9 hingga 12 Februari 2023 dan Sunway Pyramid (Orange Concourse) dari 16 hingga 19 Februari 2023.

Pelanggan Maxis Postpaid yang mendaftar untuk Maxis Home Fibre semasa acara boleh menikmati fiber percuma selama 6 bulan, manakala pelanggan baharu Maxis Home Fibre boleh menikmati WiFi Max oleh Maxperts selama 6 bulan secara percuma. Ini merupakan perkhidmatan tambahan untuk liputan WiFi menyeluruh di seluruh rumah pelanggan (tertakluk kepada terma dan syarat). Selain itu, pelanggan yang mendaftar semasa jelajah juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk TV QLED Samsung 65”, TV LG UHD 50”, Sony PS 5 dan bar bunyi Samsung.

“Dengan penggunaan peranti pintar dan perkhidmatan digital yang semakin meningkat, kami memahami kepentingan mempunyai sambungan yang pantas dan boleh dipercayai. Kami menggalakkan semua orang untuk menyertai kami di jelajah untuk mengalami bagimana mereka boleh mengoptimumkan pengalaman kesalinghubungan mereka dengan Maxis Home Fibre. Pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga, dan peranti rumah terkini boleh dinanti-nantikan,” kata Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis.

Orang ramai boleh menantikan pelbagai aktiviti di jelajah yang akan menghiburkan serta melibatkan keluarga, termasuk:

  • Zon Permainan: Uji kemahiran anda di PlayStation®5 dan alami WiFi pantas dengan penghala WiFi 6
  • Mesin Cakar Manusia: Cuba mesin cakar dengan anak anda dan menangi hadiah
  • Studio Tarian Keluarga: Ketahui cara menari dan mengambil video seperti pro
  • Sudut Maxperts: Libatkan Maxperts Maxis untuk memahami cara memaksimumkan liputan WiFi rumah anda dari setiap sudut, dengan lebih baik
  • Meet and Greet: Penampilan khas oleh Dinocorn, rakan ceria Maxis Home Fibre

Maxis Home Fibre memenuhi keperluan internet setiap rumah dengan pelbagai plan dari RM89 sebulan. Pengguna boleh mengalami tawaran rumah yang lengkap dengan WiFi yang lebih pantas dengan penghala WiFi 6, dan memilih daripada pelbagai peranti rumah terkini untuk masa lapang, belajar atau kerja. Untuk pengalaman optimum, tambahkan WiFi Max oleh Maxperts untuk menikmati liputan WiFi menyeluruh dan sokongan teknikal untuk peranti pintar yang tersedia pada RM19 sebulan sebagai tawaran masa terhad.

Untuk ketahui lebih lanjut, lawati jelajah ini atau rujuk kepada maxis.com.my/fibre.

Archives
Tags