Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis akhiri tahun kewangan 2022 dengan pertumbuhan mantap merentasi semua segmen

Maxis Logo
  • Hasil perkhidmatan RM8,336 juta, naik 4.0%
  • EBITDA meningkat 1.6% kepada RM3,938 juta
  • Melabur RM1.1 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) untuk tahun 2022
  • Aliran Tunai Bebas Operasi yang kukuh pada RM3,303 juta bagi 2022
  • Isytiharkan dividen interim sebanyak 5 sen bersih sesaham bagi suku keempat

Maxis menutup tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dengan mencatatkan pertumbuhan merentasi perniagaan pengguna dan perusahaannya, kekal di landasan dengan strategi konvergennya. Berbanding dengan tahun kewangan 2021, Syarikat mencatatkan hasil perkhidmatan yang lebih tinggi dengan EBITDA dan Aliran Tunai Bebas Operasi yang stabil. Keuntungan Selepas Cukai berkurangan disebabkan Cukai Makmur pada tahun 2022. Maxis mengisytiharkan dividen interim sebanyak 5 sen bersih sesaham bagi suku tersebut, menjadikan dividen tahun penuh ke 20 sen sesaham.

Maxis mencatatkan hasil yang lebih tinggi dalam kesalinghubungan fiber mudah alih dan kediaman. Bagi fiber kediaman, Syarikat mencapai pertumbuhan dua digit yang memberangsangkan dalam hasil dan kediaman yang dihubungkan selama 14 suku berturut-turut, menjadikan Maxis peruncit fiber kedua terbesar dan pencabar yang kukuh di pasaran. Termasuk binaan fibernya sendiri, Syarikat kini mempunyai akses untuk menawarkan perkhidmatan kepada kira-kira 7 juta premis.

Pada tahun 2022, Maxis melabur sebanyak RM1.1 bilion dalam capex, dengan tumpuan untuk menaik taraf dan membina tapak mudah alih baharu untuk pengembangan 4G dan meningkatkan jejak fibernya ke lebih banyak rumah dan perniagaan. Sepanjang tahun ini, Maxis terus mengutamakan pengalaman pelanggan dalam persekitaran yang semakin digital. Usaha berterusannya untuk meningkatkan saluran digital layan diri menyumbang kepada skor NPS yang tertinggi untuk suku keempat, iaitu +68 mata.

Mengenai 5G, Maxis berharap dapat melancarkan produk dan perkhidmatan berkaitan 5G secara komersial tidak lama lagi. Sementara itu, Syarikat terus membangunkan kes penggunaan 5G pelbagai industri dengan pemain utama untuk kegunaan komersial melalui 5G Alliance yang semakin berkembang. Ia juga telah memperluaskan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G ke lebih banyak negara dan telah melancarkan pelbagai peranti 5G kepada pelanggannya.

quote

"Kami tangkas dalam menyesuaikan diri dengan landskap telco yang berubah-ubah. Kekuatan kami dalam mudah alih, rangkaian, tawaran konvergen dan jejak gentian yang meluaskan meletakkan kami pada kedudukan kukuh untuk terus maju sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia. Banyak yang perlu dilakukan tahun ini kerana kami menjangkakan persekitaran yang semakin mencabar dan kompetitif pada masa hadapan." - Komen oleh Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Goh Seow Eng, Maxis CEO

Sorotan kewangan tahun kewangan 2022 – tahun kewangan 2022 vs tahun kewangan 2021 

  • Hasil Perkhidmatan meningkat kepada RM8,336 juta, naik 4.0%, berikutan pertumbuhan dalam semua segmen dalam perniagaan Pengguna dan Perusahaan.
  • Perniagaan Pengguna mencatatkan hasil sebanyak RM6,811 juta, meningkat 4.8%:
    • Pascabayar terus menyaksikan pertumbuhan pelanggan yang kukuh, meningkat 6.5%, menjadikan jumlah langganan pascabayar kepada 3.34 juta. Ini menyumbang kepada hasil sebanyak RM3,275 juta, meningkat 6.9%.  
    • Prabayar mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 2.9% dalam langganan, disebabkan migrasi prabayar kepada pascabayar yang berterusan. Segmen ini kekal berdaya tahan, dengan pelanggan keseluruhan stabil pada 5.79 juta dan memberikan hasil sebanyak RM2,693 juta.
    • Kesalinghubungan Kediaman menyampaikan pertumbuhan hasil dua digit, menyumbang RM843 juta, meningkat 16.9%. Walaupun secara aktif menukar Pelanggan Jalur Lebar Tanpa Wayar kepada Fiber, terdapat pertumbuhan keseluruhan, iaitu lebih daripada 78k sambungan baharu disebabkan oleh permintaan untuk perkhidmatan konvergen.
  • Hasil Perniagaan Perusahaan berjumlah RM1,525 juta. Tidak termasuk wholesale voice, hasil teras untuk perniagaan meningkat 8.8%. Segmen ini terus menunjukkan potensi peningkatan hasil pada masa hadapan.
  • EBITDA meningkat sebanyak 1.6% kepada RM3,938 juta, didorong oleh hasil yang lebih tinggi.
  • Keuntungan selepas cukai adalah sebanyak RM1,181 juta, menurun sebanyak 9.7% disebabkan Cukai Makmur yang dikenakan pada tahun tersebut. (33% ke atas pendapatan bercukai melebihi RM100 juta)
  • Capex bernilai RM1,114 juta untuk memberikan prestasi dan pengalaman rangkaian konvergen terbaik.
  • Mengekalkan aliran tunai bebas operasi yang kukuh sebanyak RM3,303 juta.

 

Sorotan utama untuk suku keempat 2022 

  • Menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang membina seni bina rangkaian teras di Malaysia Timur untuk meningkatkan pengalaman Internet pelanggan dan memenuhikeperluan data yang tinggi. 
  • Membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati pengalaman 5G terbaik dengan pengembangan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G ke 29 negara.
  • Menawarkan satu juta pas perlawanan langsung sooka Piala Dunia Qatar 2022™ percuma untuk ditebus oleh semua pelanggannya, termasuk untuk menstrim secara percuma mana-mana 64 perlawanan secara langsung, sebagai sebahagian daripada kempen #SebolaSuara.
  • Melancarkan Kedai Telco Maya pertama di Malaysia di Metaverse, Maxis Centre Decentraland, untuk memberikan gambaran yang mendalam tentang masa depan dari pelbagai perspektif, termasuk perkhidmatan penting dan penglibatan pelanggan.
  • eKelas Usahawan, program komuniti Maxis, telah menarik minat yang tinggi daripada PKS mikro, khususnya usahawan wanita, dalam menggunakan pendigitalan untuk perniagaan mereka. Sehingga kini, lebih 2,500 usahawan telah dilatih melalui bengkel fizikal dan webinar.
Archives
Tags