Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Pascabayar tawarkan pengalaman 5G sebenar dengan kelajuan tanpa had dan sehingga 1,000GB data bonus 5G

Maxis Postpaid plans offer truly 5G experience with uncapped speed and up to 1,000GB in bonus 5G data
  • Kelajuan tanpa had untuk pengalaman 5G sebenar pada mana-mana pelan Maxis Pascabayar 5G
  • Daripada 80GB sehingga 1,000GB data bonus 5G
  • Lebih banyak peranti 5G disediakan bersama tawaran akhir tahun dan pelan ansuran 0% Maxis Zerolution

Maxis telah mempertingkatkan pelan-pelan Maxis Pascabayar 5G, yang kini menawarkan sehingga 1,000GB dalam data bonus 5G. Dilengkapi dengan kelajuan tanpa had yang kini sudah dinikmati oleh pelanggan, Maxis Pascabayar memberikan pelanggan pengalaman 5G yang sebenar merentasi semua pelan-pelannya.

Pelan-pelan Maxis Pascabayar 79, 109, 139, 169 dan 199 kini menyediakan data 5G bonus tambahan pada gandaan kuota 4G/5G bagi setiap pelan. Data 5G tambahan bermula daripada 80GB untuk Maxis Pascabayar 79, satu kali kuota teras 80GB 4G/5G pelan tersebut, sehingga 1000GB untuk Maxis Pascabayar 199, iaitu lima kali ganda kuota 200GB 4G/5G pelan tersebut.

Tanpa sekatan kelajuan, para pelanggan bagi mana-mana pelan boleh menikmati pengalaman lancar tanpa kerisauan pada rangkaian 5G Maxis yang pantas dan boleh dipercayai, merentasi keperluan penstriman, gaming, pelayaran, video dan produktiviti mereka.

Data bonus 5G juga akan memastikan mereka mempunyai data yang mencukupi untuk semua aktiviti mudah alih dan penggunaan data mereka, termasuk untuk peranti yang disambung melalui hotspot tanpa sebarang had sehingga kuota data mereka. Semua pelan juga menyediakan panggilan dan SMS tanpa had.

Pada masa yang sama, Maxis membolehkan pelanggan memiliki peranti 5G terbaru dengan menambahkan pilihan peranti yang boleh didapati melalui kontrak dengan pelan Maxis Pascabayar 79 dan 109, serta menyediakan tawaran akhir tahun yang menarik untuk memberi nilai yang lebih.

Pelanggan juga mempunyai pelbagai pilihan peranti yang mudah dimiliki di bawah Maxis Zerolution, pelan ansuran dengan faedah 0% selama 24 atau 36 bulan.

quote

"Kami berbesar hati untuk memperkenalkan pelan-pelan kami yang dipertingkatkan bagi menawarkan pelanggan pengalaman 5G yang unggul, serta pilihan pemilikan peranti yang diperluaskan untuk memberikan mereka lebih nilai dan fleksibiliti. Memandangkan penerimagunaan awal yang menggalakkan bagi pelan-pelan 5G kami, kami akan meneruskan usaha memacu penggunaan 5G melalui rangkaian 5G kami yang pantas dan boleh dipercayai, serta penawaran yang menumpukan pelanggan supaya para pengguna boleh bergantung kepada kami untuk semua keperluan mudah alih mereka," - Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis

Pelanggan-pelanggan Maxis boleh menikmati data bonus 5G melalui pelan-pelan baharu berikut yang kini disediakan:

Pelan Kadar Harga/Bulan (RM) Kuota Data Baharu
Maxis Pascabayar 79 79 80GB (4G/5G) + Bonus 80GB (5G)
Maxis Pascabayar 109 109 100GB (4G/5G) + Bonus 200GB (5G)
Maxis Pascabayar 139 139 120GB (4G/5G) + Bonus 360GB (5G)
Maxis Pascabayar 169 169 150GB (4G/5G) + Bonus 600GB (5G)
Maxis Pascabayar 199 199 200GB (4G/5G) + Bonus 1000GB (5G)
Maxis Postpaid plans offer truly 5G experience with uncapped speed and up to 1,000GB in bonus 5G data

Pelanggan boleh menaik taraf pelan mereka kepada pelan-pelan Maxis Pascabayar 5G baharu secara mudah melalui aplikasi Maxis dengan hanya satu klik.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan-pelan Maxis Pascabayar 5G yang dipertingkatkan, layari laman Soalan Lazim Maxis Postpaid.