Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Hab Internet Serantau Maxis langkah tepat untuk penuhi peningkatan permintaan data di Malaysia Timur

Maxis’ Regional Internet Hub a timely move to meet growing data demand in East Malaysia
  • Hab Internet Serantau di Kota Kinabalu dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
  • Trafik data disetempatkan di hab serantau meningkatkan prestasi rangkaian dengan kelajuan dan kependaman yang lebih baik.
  • Hab ini merupakan pelaburan rangkaian yang penting untuk meningkatkan pengalaman Internet pelanggan dan memenuhi keperluan data yang tinggi dan pertumbuhan yang dijangkakan.

Hab Internet Serantau Maxis dirasmikan hari ini oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Bin Datuk Haji Mohd. Arif. JP.

Hab Internet Serantau baharu yang terletak di Pusat Operasi Teknikal Maxis di Kota Kinabalu, merupakan pelaburan rangkaian penting untuk meningkatkan pengalaman Internet pelanggan dan memenuhi keperluan data yang tinggi serta pertumbuhan yang dijangkakan.

Maxis’ Regional Internet Hub a timely move to meet growing data demand in East Malaysia
quote

“Infrastruktur telekomunikasi yang kukuh merupakan tulang belakang dan pemacu utama kepada ekonomi digital dan pembangunan sosial. Saya teruja dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh syarikat seperti Maxis untuk mendepani keperluan digital rakyat Sabah serta menggalakkan lebih banyak inovasi dan penggunaan teknologi canggih untuk manfaat pendidikan, perniagaan, hiburan dan banyak lagi,” - Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin.

Maxis sebelum ini mengumumkan bahawa ia adalah syarikat telekomunikasi pertama yang membina Hab Internet Serantau di Kota Kinabalu dan Kuching dengan sambungan kandungan antarabangsa secara langsung. Sejak ia dibina, 58% daripada trafik mudah alih di Malaysia Timur telah berjaya disetempatkan di hab serantau, ini disumbang oleh rangkaian penyampaian kandungan teratas seperti Facebook, Google, Akamai dan Netflix.

Maxis’ Regional Internet Hub a timely move to meet growing data demand in East Malaysia
quote

“Hab Internet Serantau kami menyediakan pelanggan Maxis di Sabah dengan pengalaman pengguna yang unggul, membolehkan mereka boleh menikmati kelajuan yang lebih tinggi dan kependaman yang lebih rendah. Kebanyakan halaman web dan video mereka akan dimuat dengan lebih pantas, dan video menjadi lebih jelas dari segi kualiti imej. Perniagaan di Sabah yang menggunakan teknologi seperti perkhidmatan berasaskan awan, aplikasi IoT dan analitik data juga menikmati peningkatan yang ketara dalam kelajuan dan kependaman," - Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng.

Archives
Tags