Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis lancar pelan 5G dengan nilai menarik untuk semua

Maxis mengumumkan pelancaran rangkaian pelan baharunya dengan tawaran perkhidmatan 5G yang dinanti-nantikan, bermula esok, iaitu pada 15 Ogos 2023. Pelan yang dinaik taraf itu  menawarkan lebih daripada dua kali ganda data untuk 4G dan 5G serta data bonus untuk 5G. Pelan tersebut telah direka bentuk untuk memenuhi keperluan digital yang semakin meningkat bagi pengguna dan perniagaan, terutamanya untuk penggunaan kandungan video dan alatan produktiviti.

quote

Kami teruja untuk membawa pelan 5G kepada pelanggan kami setelah menerima persetujuan daripada pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa hari ini, serta menandatangani Perjanjian Akses bersama DNB. Pelan kami menekankan nilai yang menarik untuk semua segmen, dengan tumpuan pada kemampuan dan pengunaan agar semua individu dapat menikmati manfaat 5G - Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng

Individu dan perniagaan boleh nantikan pelan berikut:

Pascabayar Maxis dengan 5G

Pelan Pascabayar Maxis baharu bermula dari RM79 hingga RM199 sebulan, dengan data 4G/5G sehingga 200GB. Selain itu, pelanggan boleh menikmati data bonus 5G sehingga 100GB, panggilan dan SMS tanpa had. Untuk menjadikan 5G lebih mudah diakses, Maxis juga menawarkan rangkaian peranti 5G yang luas untuk individu dengan pilihan mudah dimiliki di bawah Maxis Zerolution, pelan ansuran selama 24 atau 36 bulan dengan faedah 0%.

Pascabayar Maxis Business dengan 5G

Pelanggan pascabayar Maxis Business akan menikmati semua faedah pelan pascabayar 5G tersebut di atas yang dinaik taraf, serta Data Produktiviti tambahan sehingga 100GB dan penyelesaian pemasaran digital untuk pelan langganan syarikat mereka. Di samping itu, Maxis Business menawarkan rebat RM10 sebulan sehingga 12 bulan pada mana-mana pelan pascabayar 5G untuk pelanggan baharu dan pelanggan sedia ada yang ingin menaik taraf.

Pascabayar Hotlink & Prabayar Hotlink dengan 5G

Pascabayar Hotlink baharu dengan 5G boleh didapati pada harga RM70 sebulan dengan 70GB data 4G/5G dan 35GB data 5G bonus. Pelanggan Prabayar Hotlink akan menikmati pas internet 5G di bawah Pas Hotlink Pantas daripada RM45 sebulan dengan 50GB data + 25GB data 5G bonus atau serendah RM15 seminggu dengan 15GB data + 10GB bonus data 5G. Selain itu, belia di bawah 24 tahun boleh menikmati pulangan tunai 20% untuk pembelian mana-mana pas internet bulanan.

Wifi Kediaman Maxis dengan 5G

Pelanggan sedia ada dan baharu Wifi Kediaman Maxis akan menikmati sambungan internet kediaman yang lebih baik di bawah pelan bulanan RM158, dengan kelajuan 4G/5G tanpa had. Pelan ini termasuk penghala 5G premium untuk kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk memenuhi keperluan berbilang pengguna dan peranti.

Untuk menikmati faedah pelan baharu dengan 5G, pelanggan Maxis dan Hotlink sedia ada boleh menaik taraf pelan mereka melalui laman web, aplikasi Maxis atau Hotlink, atau melawati pusat Maxis terdekat. Untuk maklumat lanjut pelanggan boleh melawati www.maxis.com.my pada 15 Ogos, dari 12 tengah hari.

Archives
Tags