Maxis dipilih oleh Ideal Property Group untuk bawa kesalinghubungan fiber kepada kediaman dan pembangunan komersial

  • Maxis akan membawa pengalaman internet yang unggul dan tawaran fiber yang menarik kepada 12,000 kediaman serta pembangunan komersial utama di Pulau Pinang
  • Di bawah perjanjian, Maxis merupakan salah satu penyedia kesalinghubungan utama untuk Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dan pembangunan komersial Penang International Exchange
  • Maxis terus menyaksikan pertumbuhan yang konsisten dalam sambungan fibernya dari suku ke suku

Maxis telah bekerjasama dengan Ideal Property Group, pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang, untuk membawa kesalinghubungan fiber ke kediaman dan perniagaan. Melalui perkongsian ini, Maxis memanfaatkan binaan fibernya sendiri untuk memberikan pengalaman internet yang unggul dan tawaran fiber yang menarik bagi pembangunan bercampur di Pulau Pinang serta Butterworth.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Maxis akan mereka bentuk, membekal dan memasang infrastruktur telekomunikasi untuk perkhidmatan tetap dalam 12 projek komersial serta kediaman yang terdiri daripada 12,000 premis perniagaan dan kediaman. Perkongsian ini mewakili kerjasama berterusan Maxis dengan pemaju hartanah di negara ini dalam menyediakan penyelesaian jalur lebar dan kesalinghubungan berkelajuan tinggi.

quote

“Sebagai penyedia kesalinghubungan konvergen yang terkemuka, Maxis berbesar hati untuk bekerjasama dengan Ideal Property Group. Melalui rangkaian, keupayaan dan tawaran fiber kami yang menarik, terdapat peluang besar untuk perkhidmatan digital bagi lebih banyak kediaman serta perniagaan,” - kata Claire Featherstone, Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan.

quote

“Kesalinghubungan hari ini telah menjadi aspek penting dalam kehidupan dan kerja kita, dan kami komited untuk membangunkan lebih banyak kediaman serta perbandaran yang terhubung untuk memenuhi gaya hidup digital pelanggan kami. Keupayaan Maxis dalam infrastruktur dan perkhidmatan rangkaian semestinya akan menambah nilai kepada perbandaran kami. Perkongsian ini merupakan langkah penting demi merialisasikan visi kami untuk menjadi pemaju hartanah bertaraf dunia,” - kata Tan Sri Datuk Alex Ooi Kee Liang, Pengerusi Eksekutif, Ideal Property Group.

Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dan Penang International Exchange 1 &2 adalah antara pembangunan komersial di mana Maxis akan menjadi salah satu penyedia kesalinghubungan utama di bawah perjanjian itu. Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dijangka membawa masuk pelabur yang berpotensi untuk industri seperti semikonduktor, peranti perubataan, aeroangkasa dan lain-lain.

Maxis terus menyaksikan tarikan yang tinggi terhadap tawaran fibernya, di samping pertumbuhan sambungan fiber yang konsisten dari suku ke suku. Setakat FY2022, ia mempunyai 669K sambungan rumah, dan telah memperluaskan sambungan akses fibernya melalui pelancaran ke kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan. Maxis juga membina rangkaian fiber untuk perusahaan dan menawarkan pelbagai penyelesaian kesalinghubungan fiber perniagaan bagi pengalaman yang konvergen. Melalui pelan fiberisasinya, Maxis juga akan membolehkan kemungkinan masa depan untuk aplikasi penyelesaian pintar merentasi pelbagai industri.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Fibre, layari https://www.maxis.com.my/en/broadband/maxis-fibre/

Archives
Tags