Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis bakal lancar tawaran menarik pada rangkaian terluas peranti 5G untuk pelanggan

Maxis Postpaid 5G Device Sale

Maxis, melalui kempen 5G Device Sale, bakal melancarkan tawaran menarik pada rangkaian terluas peranti 5G dengan hanya RM49. Mulai 4 November, rakyat Malaysia akan dapat menikmati tawaran ini dengan pelan Maxis Postpaid 98 dan 128, serta 40GB internet percuma dengan melanggan pelan Hotlink Postpaid 60.  

“Kami teruja untuk membawa jualan peranti 5G kami kepada semua di Malaysia. Ini adalah peluang menarik bagi pelanggan mendapat peranti 5G terkini dengan harga berpatutan sebelum menikmati perkhidmatan terbaik Maxis 5G yang akan tersedia tidak lama lagi. Pelanggan baharu dan sedia ada boleh memilih daripada rangkaian telefon pintar dan peranti rumah terkini, yang disertakan dengan pelan pascabayar dan fiber kami. Matlamat kami sentiasa untuk membolehkan pemilikan mudah dan akses yang lebih besar untuk memenuhi gaya hidup pengguna yang semakin digital,” kata Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran Maxis.

Sementara itu, pelanggan sedia ada dan baharu yang mendaftar untuk pelan Maxis Home Fiber 300Mbps juga boleh menikmati tawaran hebat pada TV pintar Samsung 65’’.

Pelanggan boleh menantikan inisiatif yang lebih menarik dalam beberapa minggu akan datang, termasuk peluang yang menakjubkan untuk menikmati acara sukan global yang akan datang.

Nantikan maklumat lanjut mengenai 5G Device Sale dan pelan yang ditawarkan di www.maxis.com.my mulai 4 November.

Hotlink Postpaid 5G Device Sale
Archives
Tags