Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

MNO bakal bincang langkah seterusnya dalam perkongsian saham 5G SPV

Merujuk kepada pengumuman Kerajaan untuk mengekalkan Rangkaian Borong Tunggal (“SWN”) bagi modal 5G, Celcom Axiata Berhad, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Berhad dan U Mobile Sdn Bhd (“MNO”) secara rasmi telah mengumumkan minat mereka kepada Kementerian Kewangan (“MoF”) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk memahami dan mengetahui dengan lebih lanjut tawaran ekuiti DNB serta proses seterusnya.

Sebahagian dari minat ini, pihak MNO ingin berbincang dan mendapatkan pandangan Kerajaan mengenai tawaran ekuiti yang dicadangkan. Pihak MNO ingin bekerjasama dengan MoF/K-KOMM, dan berharap agar kaedah konvensional dimanfaatkan dalam proses Penggabungan dan Pengambilalihan. Pihak MNO juga mengesyorkan penubuhan pasukan projek untuk menyelaraskan proses seperti usaha wajar, garis masa transaksi dan hal pentadbiran lain.

MNO kekal komited untuk memainkan peranan penting dalam pelaksanaan 5G dan mencapai cita-cita digital negara. 5G bakal membawa faedah yang signifikan kepada perniagaan, pelanggan, dan juga Kerajaan dalam memperkukuh daya saing Malaysia di rantau ini.

Archives
Tags