Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis dan Teladan Setia bekerjasama untuk membawa kesalinghubungan fiber ke lebih ramai penduduk Melaka

Maxis Teladan Setia
  • Perkongsian bakal membawa kesalinghubungan fiber ke lebih 2,100 penduduk di Taman Bertam Heights, Melaka
  • Memanfaatkan binaan fiber Maxis untuk membawa kesalinghubungan yang lancar melalui pelan Maxis Home Fibre setelah serahan milikan kosong
  • Pelan Maxis Home Fibre menawarkan kelajuan pantas sehingga 800Mbps dan pengalaman WiFi yang dipertingkatkan

Mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka negara, Maxis telah memeterai perjanjian bersama Teladan Setia Sdn Bhd, sebuah pemaju hartanah terbesar di Melaka, untuk membawa kesalinghubungan fiber kepada penduduk di salah sebuah perbandaran di Negeri ini. Perkongsian memanfaatkan binaan fiber Maxis untuk menyampaikan pengalaman internet rumah yang unggul kepada penduduk serta pilihan pelan fiber yang menarik.

Sebagai sebahagian dari perjanjian tersebut, Maxis akan mereka bentuk, membekal, memasang, menguji dan mentauliahkan infrastruktur perkhidmatan tetap kepada penduduk Taman Bertam Heights, Melaka. Maxis bakal menghubungkan lebih 2,100 rumah dalam pembangunan tersebut, dengan potensi sehingga 1,000 lagi premis di Melaka pada masa akan datang. Perkongsian ini juga adalah sebahagian daripada kerjasama beterusan Maxis dengan pemaju hartanah negara dalam menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi serta penyelesaian kesalinghubungan.

“Kerjasama strategik kami bersama Maxis adalah langkah penting dalam membangunkan kawasan perumahan dan perbandaran. Permintaan rumah yang dilengkapi kemudahan semakin tinggi sejak pandemik, dan kami ingin memastikan kediaman kami dilengkapi dengan penyelesaian kesalinghubungan terbaik. Rekod prestasi Maxis dalam infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan bakal menambah nilai kepada perbandaran dan gaya hidup digital pelanggan kami,” kata Francis Sia, Pengarah Eksekutif Teladan Setia Sdn. Bhd.

“Kami berbesar hati dilantik oleh Teladan Setia untuk menyediakan kesalinghubungan kepada penduduk mereka. Jalur lebar fiber berkelajuan tinggi mengubah cara kita berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan semasa dan juga masa hadapan seperti keselamatan, perbankan, hiburan dan banyak lagi. Melalui rangkaian fiber kami, keupayaan dan pilihan pelan fiber rumah yang menarik, kami dapat membuka kemungkinan untuk perkhidmatan digital ini, disokong oleh pengalaman kesalinghubungan yang hebat. Ini adalah contoh komitmen kami untuk berkhidmat demi rakyat Malaysia dengan Rangkaian Menyeluruh kami,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

Pelan Maxis Home Fiber menawarkan rangkaian Internet kediaman dengan kelajuan pantas sehingga 800Mbps. Pelanggan juga boleh menikmati pengalaman WiFi yang lebih baik dengan penghala WiFi 6 baharu dan WiFi mesh. Selain itu, mereka boleh memilih  pelbagai jenis peranti terkini untuk hiburan, pembelajaran, produktiviti dan keperluan permainan mereka melalui Maxis Zerolution, program pemilikan peranti rumah yang mudah. Pembeli rumah boleh melanggan Maxis Fiber setelah serahan milikan kosong.

Teladan Setia telah melancarkan Presint 1 Taman Bertam Heights – sebuah perbandaran kediaman Berpagar & Berkawal dengan GDV sebanyak RM 242.7 juta – di Melaka Tengah pada 3 Februari. Perbandaran itu menawarkan Rumah Berkembar 2 Tingkat dan Rumah Teres 2 Tingkat di Presint 1, dengan harga jualan seunit antara RM500,000 hingga RM750,000. Kawasan kejiranan memberi tumpuan kepada kehidupan berorientasikan komuniti dan mempunyai sistem keselamatan berperingkat, termasuk pagar perimeter elektrik, pengawasan CCTV 24 jam, sistem rondaan pengawal dan pagar penghalang dengan kawalan akses. Penduduk juga akan mendapat akses eksklusif ke Clubhouse, yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang dan gimnasium. Semua rumah di Taman Bertam Heights dilengkapi dengan infrastruktur fiber optik untuk sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi, manakala utiliti dan saliran terletak di bawah tanah untuk persekitaran yang lebih bersih dan kemas. Kira-kira 50% daripada unit telah dijual semasa pelancaran rasmi pada bulan Februari.

Maxis telah mendapat respon yang baik terhadap pelan fiber yang ditawarkan serta pertumbuhan kesalinghubungan yang konsisten suku demi suku. Pada Q4 2021,  lebih daripada 530k kesalinghubungan fiber telah dilanggan, dan telah berkembang ke kawasan pendalaman. Digabungkan dengan binaan awalnya, Maxis akan mempunyai jumlah premis sendiri yang diluluskan hampir 300k menjelang akhir 2022. Dengan jejak fiber yang diperluaskan, Maxis dapat terus menyokong pelanggannya dalam ekonomi digital yang berkembang pesat, serta agenda pendigitalan negara. Maxis juga membina rangkaian fiber untuk perusahaan dan menawarkan pelbagai penyelesaian sambungan gentian perniagaan untuk pengalaman konvergen.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Fibre, layari https://www.maxis.com.my/en/broadband/maxis-fibre/

Archives
Tags