Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis raikan pemimpin wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa

#HebatDalamExam SPM Clinic!
  • Perbincangan panel pada 2 April bertajuk ‘Kepimpinan Teknologi Wanita’ menampilkan panel wanita terkemuka dari Grab, Maxis, Microsoft dan Women Who Code
  • Kepelbagaian penting bagi membolehkan syarikat teknologi membangunkan penyelesaian yang baik dan selamat
  • Maxis komited untuk memberi teknologi terbaik bagi membolehkan wanita Terus Menerajui dalam dunia yang kian berubah

Sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka Malaysia, Maxis sentiasa mengiktiraf kepelbagaian sebagai pemacu kritikal bagi syarikat teknologi mencipta penyelesaian yang lebih baik dan selamat untuk komuniti, pada setiap masa. Sempena dengan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) yang diraikan baru-baru ini, Maxis bakal bekerjasama dengan Women Who Code KL, Grab dan Microsoft dalam Panel Eksklusif IWD untuk membincangkan ‘Wanita Dalam Kepemimpinan Teknologi’.

Panel perbincangan selama 90 minit itu bakal diadakan secara maya pada 2 April 2022, menampilkan Kimberly Xavier, Ketua Keselamatan dan Kualiti Serantau Grab, Annie Mathew, Pengarah Perhubungan Pembangunan Microsoft APAC dan Ann Lee, Ketua Penyampaian dan Inovasi Maxis. Panel akan dikendalikan oleh ahli Women Who Code, Lisa Chan yang juga merupakan Ketua Perisian dan DevOps Petronas. Panel bakal membincangkan pengalaman dan cabaran peribadi dalam kerjaya teknologi mereka.

Sesi ini adalah percuma dan terbuka kepada peserta yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kerjaya wanita dalam bidang teknologi: https://women-tech-lead.peatix.com

“Maxis sentiasa menggalakkan semua pekerja kami untuk #breakthebias dengan memperkasakan mereka dengan persekitaran yang kondusif untuk berkembang maju dalam era digital ini. Sebagai jenama tempatan Malaysia, kami tahu kepentingan perwakilan yang sama rata dalam tenaga kerja demi memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami. Kami teruja untuk menganjurkan perbincangan yang ini bersama rakan kongsi, yang meraikan kepelbagaian dan minda berfikiran ke hadapan melalui cara yang bermakna,” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Maxis.

Sebagai syarikat yang telah menandatangani Prinsip Pemerkasaan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN WEP), Maxis kekal komited untuk memperkasakan wanita, sebahagian daripada usaha holistiknya untuk menyokong rakyat Malaysia melalui kempen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia. Syarikat sedia untuk membantu pelanggan dengan pelbagai inisiatif untuk menyokong komuniti, termasuk wanita, pelajar dan juga keluarga B40. Antaranya termasuk program eKelas Usahawan, di mana Maxis telah melatih lebih 1,000 usahawan wanita, untuk membangunkan kehadiran digital yang lebih kukuh, dan juga program biasiswa tahunnya yang juga menyokong wanita cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dan bidang teknologi.

Archives
Tags