Maxis mempamerkan teknologi sedia masa depan untuk pembuatan mampan di SEMICON SEA

  • Maxis penaja SEMICON SEA 2022, selaras dengan komitmen untuk menyokong industri pembuatan yang mampan dan berdaya tahan
  • Memacu penggunaan penyelesaian perusahaan dan inovasi merentas sektor ekonomi untuk mempercepatkan cita-cita digital negara
  • Mempamerkan Autonomous Mobile Robots, yang dikuasakan oleh rangkaian Maxis generasi seterusnya untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi

Komited untuk mempercepatkan transformasi digital rentas industri, Maxis terus memacu penggunaan penyelesaian perusahaan transformative dan inovasi merentas sektor ekonomi. Sebagai penaja SEMICON Asia Tenggara 2022, Maxis Business menunjukkan sokongannya ke arah membina industri pembuatan yang mampan dan berdaya tahan.

“Perniagaan harus berkembang, dan lebih tangkas dan digital untuk menjadi ‘perusahaan masa hadapan’. Di Maxis, kami memainkan peranan penting dalam transformasi digital, melalui penyelesaian ICT kami, rangkaian konvergen generasi baru dan perkhidmatan menyeluruh untuk membantu mereka mencapai hasil perniagaan yang diinginkan. Kami amat berbesar hati untuk menjadi penaja SEMICON SEA, sambil menunjukkan industri peluang bagi Terus Menerajui dalam era IR4.0,” kata Selvakumar Rajasekaran, Ketua Produk Perusahaan Maxis.

Maxis bersama Omron, ahli Perikatan 5G Maxis yang baru dilancarkan, akan mempamerkan Autonomous Mobile Robots di pameran Pengembaraan Pembuatan Pintar dan Kelestarian, yang dikuasakan oleh rangkaian generasi seterusnya Maxis Business. Kilang yang dipasangkan robot ini didayakan LIVE 4G 24/7 untuk beroperasi tanpa henti. Hasilnya, para pengeluar dapat mengurangkan kos operasi sambil meningkatkan keselamatan dan produktiviti. Ini merupakan kerjasama pertama kedua belah pihak untuk membangunkan penyelesaian dan kes penggunaan yang dijalankan atas salinghubungan Maxis.

Setelah bekerjasama dengan Perusahaan dan PKS dalam perjalanan pendigitalan mereka, Maxis memberikan pengalaman yang berbeza dengan Maxis Programmable Network, rangkaian perisian 3.0 yang diperakui MEF (Metro Ethernet Forum), sokongan tiada tandingan dengan perkhidmatan keselamatan terurus, dan terbaik dalam kelas penyelesaian daripada pemimpin teknologi global. Maxis Programmable Network membolehkan perniagaan mengukur permintaan kapasiti dengan tepat untuk memenuhi keperluan persekitaran IT yang berubah pantas sambil beroperasi pada prestasi tinggi yang konsisten.

Maxis Business menyediakan pelbagai penyelesaian digital bagi industri – antaranya pembuatan, runcit, logistic kepada F&B, perkhidmatan kewangan dan sektor awam. Contohnya, penyelesaian Maxis memacu automasi, kecekapan dan produktiviti bagi para pengeluar. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Maxis membantu perniagaan untuk sedia IR4.0 dengan IoT, Awan, tenaga kerja mudah alih, penyelesaian e-Dagang, bersama-sama dengan idea dan pandangan kami, layari https://business.maxis.com.my/en/industries/manufacturing.

Archives
Tags