Penghantaran PERCUMA untuk pembelian online. Beli sekarang.

Penghantaran PERCUMA bila beli online. Beli sekarang.

Berhubung dengan kami untuk pengendalian pertanyaan segera dengan kami sekarang.

Inginkan bantuan? Berhubung dengan kami sekarang.

Maxis jemput warga Pulau Pinang alami pengalaman digital interaktif unik Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia

  • Pengunjung dijemput untuk mencipta motif batik unik tersendiri secara digital  yang akan dipaparkan secara langsung pada dinding tayangan imersif
  • Alami teknologi AR masa nyata, sertai permainan dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan ketahui pelbagai promosi terkini Maxis
  • Pameran batik merupakan sebahagian daripada kempen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia, yang meraikan kepelbagaian dan keperluan unik semua lapisan rakyat Malaysia sertamemperkasakan mereka melalui Rangkaian Menyeluruh Maxis 

Maxis menjemput warga Pulau Pinang untuk meluangkan cuti panjang mereka dengan aktiviti menarik kempen Rangkaian Kita, Rangkaian Malaysia (RKRM). Bertapak di Queensbay Mall, kempen yang dilancarkan pada awal tahun ini meraikan kepelbagaian masyarakat Malaysia melalui pengalaman interaktif yang unik serta menerokai kreativiti dan potensi hebat teknologi. 

Para pengunjung dijemput untuk mencipta motif batik unik tersendiri secara digital yang akan dipaparkansecara langsung pada dinding tayangan imersif. Mereka juga boleh alami Realiti Tambahan (AR) di kiosk foto maya AR, sertai permainan dan berpeluang memenangi hadiah serta mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelbagai promosi menarik di kiosk Maxis. 

Pameran di Pulau Pinang yang diadakan dari 7 – 11 Julai adalah sebahagian daripada siri jelajah Batik Rangkaian Malaysia Maxis yang diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara.

“Pulau Pinang merupakan negeri yang amat penting bagi Maxis dan kami amat gembira untuk menjadikannya sebagai salah satu lokasi pameran kami. Kami komited untuk menyokong pengguna dan perniagaan di negeri ini menerusi penyelesaian digital dan Rangkaian Menyeluruh kami. Hab pencipataan batik dan pameran digital hanyalah satu cara untuk kami meraikan dan menghargai kepelbagaian dan keperluan unik rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat,” kata Leonard Chin, Ketua Wilayah Utara Maxis. 

Pameran Pulau Pinang merupakan lokasi keenam jelajah tersebut. Sebelum ini, pameran batik telahpun dipapar di Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching. 

Berikut merupakan jadual pameran batik yang bakal berlangsung: 

Lokasi Tarikh
Paradigm Shopping Mall (Johor Bharu)  15-17 Julai
Pasar Malam Ipoh   22-24 Julai
Publika: The Square (Kuala Lumpur) 29-31 Julai

Maxis telah melancarkan kempen jenama RKRM pada awal tahun ini bagi memperkuatkan komitmen untuk memperkasakan rakyat dan perniagaan di negara ini untuk bersalinghubung bila-bila masa, di mana jua. RKRM mewakili pengukuhan dan pendalaman tujuan jenama ‘Terus Menerajui’ Maxis. Kempen ini juga didorong oleh evolusinya daripada penyedia telekomunikasi mudah alih kepada pakar kesalinghubungan dan penyelesaian digital yang menawarkan penyelesaian untuk setiap segmen, dikuasakan oleh rangkaian 4G dan liputan fiber terkemuka Maxis serta inovasi 5G terbaik.

Untuk mengetahui lebih lanjut, tontoni filem RKRM yang mempamerkan pelbagai inisiatif Maxis dalam kesalinghubungan komuniti atau layari https://www.maxis.com.my/network

Archives
Tags