Hotlink Prepaid Pantas kini beri nilai terbaik kepada pelanggan dengan internet berkelajuan tinggi berpatutan untuk semua aplikasi dengan tempoh sah lebih lama

  • Tempoh sah sepanjang tahun dan banyak pas berpatutan untuk dipilih
  • Pilihan bijak pelanggan dengan lebih kawalan, fleksibiliti dan internet berkualiti, untuk sentiasa bersalinghubung di mana jua
  • Membolehkan pengguna #BikinSampaiJadi dalam dunia yang berubah

Hotlink kini memperkenalkan pelan prabayar Hotlink Pantas, dengan internet berkelajuan tinggi. Pelan tersebut kini menawarkan pas internet mudah alih yang berpatutan untuk semua aplikasi dengan tempoh sah yang lebih lama.

“Dari pandemik ke banjir, hidup dalam persekitaran yang tidak menentu ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin mementingkan kawalan, fleksibiliti dan internet berkualiti, untuk memastikan mereka sentiasa bersalinghubung. Kami sedar, pelanggan mempunyai pelbagai keperluan dan mereka juga mahukan nilai yang lebih. Pelan prabayar terkini dari kami ini adalah mudah dan berpatutan. Pelan ini adalah pilihan bijak bagi mereka yang ingin #BikinSampaiJadi dalam dunia yang berubah,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink Maxis.

Prabayar Hotlink Pantas menawarkan internet berkelajuan tinggi tanpa batas untuk semua aplikasi, memberikan pelanggan kebebasan untuk melayari internet di mana jua, untuk kerja, laman sosial, kandungan, atau permainan. Tempoh sah sepanjang tahun juga menjimatkan pelanggan memandangkan mereka tidak perlu risau untuk membeli pas harian, mingguan atau bulanan lagi. Dengan pelbagai pilihan pas internet, pelanggan dapat menikmati fleksibiliti serta mengawal pengunaan dan perbelanjaan internet bersama rangkaian terbaik.

Pelancaran Prabayar Hotlink Pantas mengukuhkan penawaran Hotlink di pasaran dan dengan pelbagai pilihan bijak dan berkualiti tinggi supaya rakyat Malaysia boleh Terus Menerajui.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://youtu.be/aZFIpAmXrjQ atau https://www.hotlink.com.my/ms/products/prepaid/. Bagi pembelian pelan Prabayar Hotlink Pantas sila layari https://store.hotlink.com.my/#prepaidPlans atau kedai Maxis berhampiran anda.

Archives
Tags