Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis tingkatkan salinghubungan suara dan awan Ranhill 

Maxis to boost Ranhill’s voice and cloud connectivity
  • Maxis dipilih untuk menyediakan perkhidmatan SD-WAN berasaskan Cisco Meraki untuk menghubung 77 tapak Ranhill SAJ dengan pengurusan jalur lebar yang optimum dan fleksibel di negeri Johor
  • Ranhill SAJ kini disediakan dengan sistem suara tetap di tapak luar bandar mereka untuk membolehkan komunikasi lancar di kalangan pekerja dan pejabatnya
  • Maxis komited untuk menyediakan teknologi terbaik untuk membolehkan perniagaan Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Maxis telah dipilih oleh syarikat bekalan air bersepadu Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill) sebagai penyedia salinghubungan suara dan awan. Syarikat telko itu akan memanfaatkan portfolio dan keupayaannya dalam penawaran penyelesaian konvergen yang luas untuk menyokong digitalisasi Ranhill yang menumpukan kepada kecekapan operasi dan kecemerlangan perkhidmatan pelanggan.

Dengan gred rangkaian perusahaan yang menerajui industri, Maxis akan menghubungkan 77 tapak Ranhill di negeri Johor termasuk ibu pejabat dan loji rawatan air melalui Rangkaian Software-Defined Wide Area Network (SD-WAN). Jalur lebar yang tinggi serta daya tahan rangkaian akan meningkatkan keupayaan pengurusan tenaga kerja Ranhill dengan aplikasi terkini. Mereka juga akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan 2,000 pekerja mereka dengan adanya keupayaan data masa nyata.

“Kami amat berbesar hati kerana dipilih oleh Ranhill sebagai penyedia penyelesaian salinghubungan, suara dan awan. Melalui keupayaan dan pengalaman unik, kami dapat menawarkan Ranhill portfolio perkhidmatan yang terurus sepenuhnya, bersama sokongan 24/7 yang cekap dan jimat dari segi kos. Sebagai rakan kongsi mereka, kami ingin memastikan keperluan salinghubungan mereka dipenuhi. Kami harap dapat bantu perjalanan transformasi digital agar mereka Terus Menerajui dalam dunia yang kian berubah,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis.

“Perlantikan Maxis sebagai penyedia perkhidmatan dan rakan kongsi kami mencorak Langkah untuk merealisasikan visi kami sebagi syarikat utility air bertaraf dunia. Dengan menghubungkan semua tapak dengan teknologi terkini Maxis, kami dapat menyokong rakyat Johor dengan bekalan air berkualiti menerusi pengurusan yang cekap. Kami kini mempunyai infrastruktur dan platform yang diperlukan untuk memanfaatkan pendigitalan sebagi usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan,” kata Nor Ifuan Md Nor, Ketua Pegawai Eksekutif, Ranhill SAJ.

 

Perkhidmatan Salinghubungan SD-WAN Terurus

Perkhidmatan SD-WAN Terurus Maxis menggunakan teknologi Csico Meraki, dan membolehkan tugas operasi seperti konfigurasi, pengurusan dan penyelenggaraan dipermudahkan. SD-WAN dapat menolong perusahaan dari segi ketangkasan melalui automasi dan kecerdasan. Mereka juga akan mempunyai akses kepada penyelesaian konvergen yang fleksibel, berskala serta efektif dari segi kos. SD-WAN juga selamat dari segi komunikasi dan rangkaian.

“Salinghubungan memainkan peranan penting, dan lebih ramai pelanggan kini memilih persekitaran awan. Bersama Maxis, Cisco turut teruja untuk menyediakan Ranhill akses yang selamat dan optimum, terutamanya bagi meringankan pekerja. Kami harap, melalui kerjasama ini, pelanggan dapat mengunakan perkhidmatan awan dengan selamat daripada Cisco Meraki,” kata Vicki Batka, Naib Presiden Jualan Perkongsian Asia Pasifik, Jepun & China, Cisco.

 

Peluang kerjasama di masa hadapan

Selain meningkatkan salinghubungan tetap dan wayarles Ranhill, Maxis juga dapat memenuhi keperluan komunikasi suara mereka. Sebelum ini, Ranhill menghadapi pelbagai cabaran dalam mendapatkan perkhidmatan suara berkualiti tinggi, terutamanya di tapak luar bandar mereka. Dengan penyelesaian suara Maxis yang unggul kini diperluaskan ke kawasan Ranhill yang kurang mendapat perkhidmatan, pelanggan dan pekerja mereka mendapat akses kepada perkhidmatan suara yang lancar.

Maxis dan Ranhill juga sedang meneroka kerjasama pada masa hadapan untuk inisiatif yang berkaitan dengan Internet of Things (IoT), perkhidmatan awan dan keselamatan siber. Ini akan menjadi sebahagian daripada fasa pendigitalan Ranhill yang seterusnya dalam organisasi mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang Maxis SD-WAN, lawati https://business.maxis.com.my/en/network/sd-wan


Archives
Tags