Penghantaran PERCUMA untuk pembelian online. Beli sekarang.

Penghantaran PERCUMA bila beli online. Beli sekarang.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia: Maxis komited untuk berkhidmat demi seluruh rakyat Malaysia kekal berhubung

  • Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia mengukuhkan tujuan jenama Maxis, membantu rakyat Malaysia bersalinghubung bila-bila masa, di mana jua untuk semua komuniti
  • Kempen menggariskan komitmen Maxis melabur untuk negara, termasuk pelaburan untuk rangkaian, rakyat dan komuniti sepanjang 25 tahun yang lalu
  • Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia meraikan kepelbagaian dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk setiap keperluan unik mereka

Maxis hari ini meneruskan komitmen untuk memperkasakan rakyat dan perniagaan Malaysia dengan salinghubungan dengan pelbagai cara, pada setiap masa, untuk semua komuniti, dengan pelancaran kempen jenama terbaru, Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia (RKRM).

RKRM mewakili pengukuan tujuan jenama Maxis, Terus Menerajui yang dilancarkan pada 2020. Kempen ini dipacu oleh evolusi Maxis daripada penyedia telekomunikasi mudah alih, kepada pakar kesalinghubungan dan penyelesaian digital yang menawarkan pelbagai penyelesaian untuk setiap segmen, dikuasi oleh rangkaian 4G terkemuka, liputan fiber serta inovasi 5G terbaik.

"Maxis adalah jenama tempatan yang dikenali selama lebih dari dua dekad. Pelaburan dan kerjasama berterusan kami telah menghasilkan rangkaian komuniti yang kukuh dan rangkaian tertumpu yang paling meluas di negara ini. Semangat RKRM adalah tentang meraikan kepelbagaian dan Maxis akan terus berkhidmat kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat berdasarkan setiap keperluan unik mereka. Apabila semua rakyat Malaysia disambungkan dalam semua aspek, maka inovasi digital tercipta, dan kami mahu meningkatkan peranan kami dalam memperkasakan inovasi ini,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Ketika negara menerima reality digital, Maxis terus menjadi penyedia salinghubungan dan penyelesaian tertumpu yang dipercayai. Kempen RKRM akan didorong oleh tiga bidang teras:

  • KESALINGHUBUNGAN BILA-BILA MASA, DI MANA JUA: Sama ada di dalam bangunan, atu di luar, untuk masa lapang, bekerja, belajar atau perniagaan, pelanggan boleh menikmati salinghubungan 4G, 5G, satelit dan fiber terbaik dengan Maxis.
  • KEUPAYAAN DAN PENYELESAIAN DIGITAL YANG MELUAS: Untuk perniagaan memenuhi cita-cita mereka dengan penyelesaian ICT menyeluruh, Bagi pengguna, mereka boleh memperkasakan gaya hidup digital mereka dengan rangkaian terluas serta peranti yang mudah dimiliki.
  • TERUS BERHUBUNG TANPA RISAU DENGAN BANTUAN PAKAR 24/7: Pelanggan boleh menikmati bantuan tanpa risau untuk bekerja dan bermain melalui saluran khidmat pelanggan, Maxpert, dan juga saluran dalam talian. Perniagaan juga boleh memastikan operasi mereka berjalan lancar dengan kumpulan pakai penyelesaian ICT bertauliah.

“Kami teruja dengan perjalanan yang dilalui Maxis ini, dan ini merupakan titik permulaan. Kami telah melihat perubahan dalam tingkah laku hasil daripada dunia fizikal dan digital yang berkembang menjadi hibrid sebenar. Kesalinghubungan tertumpu bukan lagi "senang untuk dimiliki" tetapi kini menjadi satu keperluan, dan pembekal dijangka menawarkan lebih daripada sekadar sambungan mudah alih atau tetap agar kerja, pengajian dan kehidupan tidak terganggu. RKRM ialah perwakilan penting realiti baharu ini dan mengukuhkan lagi komitmen kami kepada semua orang di Malaysia,” kata Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis.

Di luar produk dan penyelesaian, Rangkaian Maxis menghubungkan rakyat Malaysia yang pelbagai melalui inisiatif komunitinya – dari pembelajaran digital selepas sekolah, membina kehadiran digital yang lebih besar untuk usahawan wanita, usaha kemanusiaan, serta melabur dalam generasi lelaki dan wanita akan datang, pendidikan STEM, dan bakat kepimpinan dan inovasi.

Untuk memahami Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia Maxis dengan lebih lanjut, Maxis juga melancarkan filem untuk mempamerkan inisiatif syarikat dalam menghubungkan rangkaian komuniti. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila lawati: https://www.maxis.com.my/network


Archives
Tags