Penghantaran PERCUMA untuk pembelian online. Beli sekarang.

Penghantaran PERCUMA bila beli online. Beli sekarang.

Berhubung dengan kami untuk pengendalian pertanyaan segera dengan kami sekarang.

Inginkan bantuan? Berhubung dengan kami sekarang.

Maxis terus labur kepada negara, catat prestasi kukuh dengan Rangkaian Menyeluruh

  • Meningkatkan hasil perkhidmatan suku kepada RM2,008 juta, meningkat 1.9% YoY
  • Mengekalkan EBITDA normal yang kukuh untuk suka pada RM939 juta
  • Melabur RM597 juta dalam pelaburan modal, jumlah tertinggi dalam suku tunggal untuk tahun tersebut
  • Aliran Tunai Bebas Operasi bertambah baik untuk suku dengan ketara pada RM1,278 juta, meningkat sebanyak 12.2% YoY
  • Mengisytiharkan dividen interim sebanyak 4 sen, ditambah dengan dividen interim khas sebanyak 1 sen bersih sesaham

Maxis Berhad (Maxis) menutup tahun 2021 dengan prestasi suku keempat berdaya tahan berdasarkan pertumbuhan sihat dalam hasil perkhidmatan dan Aliran Tunai Bebas Operasi (OFCF) yang kukuh. Dengan progres strategi konvergen yang baik, prestasididorong oleh perniagaan mudah alih teras serta pertumbuhan kukuh dalam jalur lebar fiber dan wayarles. Maxis mencatatkan Untung Selepas Cukai yang sihat, disokong oleh EBITDA yang dinormalisasikan yang stabil, walaupun dengan pelaburan berterusan dalam negara untuk rangkaian mudah alih 4G, liputan fiber dan penyelesaian perusahaan. Sukuini juga menumpukan kepada program modal kerja Maxis dan pengurusan aliran tunai yang berhemah , yang memberikan pertumbuhan dua angka dalam OFCF.

Mengutamakan pengalaman pelanggan terbaik, Maxis melabur RM1.2 bilion dalam pelaburan modal tahun 2021, sebanyak RM597juta pada suku keempat, jumlah tertinggi dalam satu suku. Pelaburan itu termasuklah untuk memastikan prestasi tinggi Rangkaian Menyeluruh, penyelesaian Perusahan serta komitmennya untuk Jalinan Digital Negara (JENDELA) termasuk 50k Fiber-ke-Rumah pada tahun 2021.

Maxis terus menumpukan pada penyampaian pengalaman peribadi yang tidak dapat ditandingi, terutamanya dalam persekitaran yang semakin digital di mana penggunaan data pelanggan meneruskan aliran menaik dengan purata 24GB sebulan secara bercampur. Syarikat merekodkan tahap kepuasan pelanggan yang lebih tinggi iaitu +63 mata untuk suku tersebut.

Maxis ambil maklum kepentingan dividen kepada pemegang saham ekuitinya dan dividen yang berhemat mengekalkan struktur modal optimum yang melindungi perniagaan teras pada norma baharu ini. Maxis mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak 4 sen sesaham, ditambah interim khas 1 sen sesaham, menjadikan peningkatan dividen tahunan kepada 17 sen sesaham.

Komen oleh Gökhan Ogut, CEO, Maxis:

“Strategi konvergen dan ketangkasan kami dalam persekitaran yang berubah pantas ini membolehkan kami berdaya tahan, manakala kakitangan kami telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyokong keperluan pelanggan dan komuniti. Melalui pelaburan berterusan kami dalam Rangkaian Kita dan sokongan untuk Rangkaian Malaysia, kami komited untuk membawa teknologi terbaik dan Rangkaian Menyeluruh untuk memastikan semua individu, keluarga dan perniagaan di Malaysia bersalinghubung.”

Sorotan Kewangan Q4 Tahun-ke-Tahun – Q4 2021 vs Q4 2020

  • Hasil perkhidmatan meningkat kepada RM2,008 juta, naik 1.9% tahun-ke-tahun dipacu oleh perniagaan mudah alih teras yang memberikan pertumbuhan mantap dalam Pascabayar, di samping mencatatkan pertumbuhan pesat dalam Jalur Lebar Fiber dan Wayarles.
  • EBITDA yang dinormalisasi kekal stabil pada RM939 juta tahun-ke-tahun walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar.
  • Keuntungan selepas cukai (PAT) merosot sedikit sebanyak 9.4% tahun-ke-tahun kepada RM289 juta, terutamanya disebabkan oleh pelaburan besar yang berterusan untuk mengukuhkan rangkaian Maxis, penyelesaian perusahaan dan liputan fiber, serta penggunaan berhemah bagi mengurangkan hayat spektrum, yang mengakibatkan kos susut nilai dan pelunasan yang tinggi.
  • Aliran tunai bebas operasi yang teguh (OFCF) pada RM1,278 juta, meningkat 12.2% tahun-ke-tahun disebabkan oleh pengurusan aliran tunai yang berhemah dan kecekapan yang lebih baik daripada program modal kerja serta pembayaran USP dan cukai yang lebih rendah.
  • Hasil pascabayar meningkat kepada RM1,019 juta, naik 4.5% tahun-ke-tahun disebabkan pertumbuhan dalam pangkalan pelanggan Pascabayar Maxis dan Hotlink Postpaid. ARPU turun sedikit pada RM79 sebulan terutamanya disebabkan oleh kesan pencairan daripada peningkatan pelanggan yang mengguna pakai pelan Hotlink Postpaid dengan nilai pertambahan.
  • Hasil prabayar berkurangan sedikit sebanyak 5.9% kepada RM655 juta, namun asas pelanggan Prabayar meningkat kepada 5.96 juta walaupun pasaran sangat kompetitif dan saiz pasaran yang semakin berkurangan. Maxis mendahului bahagian pasaran prabayar dari segi pelanggan dan hasil, dikaitkan dengan pelan Hotlink Prepaid Unlimited yang menarik. ARPU berkurangan kepada RM37 sebulan berikutan penghijrahan pelanggan prabayar bernilai tinggi kepada pascabayar dan juga rangkaian 3G yang terhenti.
  • Pelanggan Fiber dan Jalur Lebar Wayarles meneruskan aliran menaiknya, merekodkan 178k jumlah kesalinghubungan tambahan untuk suku tersebut, meningkat 31.2% tahun-ke-tahun
    • Jumlah pelanggan Fiber berada pada 536k menjelang akhir suku tersebut, hasil daripada penggunaan kukuh pakej tkonvergen. Hasil Fiber bagi suku tersebut ialah RM177 juta, meningkat 22.9% tahun-ke-tahun. ARPU fiber meningkat kepada RM110 sebulan, dengan penggunaan pakej bernilai lebih tinggi dan kelajuan lebih tinggi.
    • Jumlah pelanggan Jalur Lebar Wayarles dicatatkan pada 212k, meningkat sebanyak 68.3% tahun-ke-tahun. Hasil bagi suku tersebut ialah RM56 juta, meningkat 60% tahun-ke-tahun. Momentum kukuh dalam segmen ini disumbangkan oleh pelanggan di kawasan liputan bukan fiber yang memilih untuk memanfaatkan rangkaian 4G/LTE Maxis. ARPU berada pada RM130 sebulan.

Sorotan Utama Q42021

Menggembirakan pelanggan dengan pengalaman yang bermanfaat dan penyelesaian inovatif

  • Syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perayauan antarabangsa 5G kepada pelanggan Singapura, Thailand dan Indonesia. Perkhidmatan perayauan 5G akan diaktifkan secara automatik pada peranti yang didayakan 5G.
  • Menawarkan iPhone 13 terbaharu di bawah program Zerolution 36 baharu yang menyediakan kebolehcapaian yang lebih besar kepada peranti dan inovasi untuk pelanggan melengkapkan gaya hidup digital mereka.
  • Melancarkan Jualan Terbesar Maxis dengan tawaran menarik dengan diskaun sehingga 70% dan peranti yang dikontrak, membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada peranti mudah alih dan alat digital mampu milik untuk menyesuaikan diri dengan realiti digital.
  • Melancarkan himpunan keselamatan Internet untuk membantu keluarga dan individu kekal dilindungi dalam talian dengan penyelesaian keselamatan terbaik melalui satu pusat dan pada harga yang berpatutan

Memperkukuh kedudukan sebagai rakan kongsi teknologi pilihan Perusahaan

  • Memperluas rangkaian penyelesaian rangkaian dan keupayaan teknikal dengan pemerolehan terbesar MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), meningkatkan keupayaan rangkaian Terurus dan perkhidmatan keselamatan melalui Maxis Programmable Network dan mewakili asas untuk kesediaan 5G masa hadapan daripada Rangkaian Private kepada Akses Wayarles Tetap 5G.
  • Dipilih oleh PROTON sebagai rakan kongsi untuk kes penggunaan 5G yang terdiri daripada pelbagai penyelesaian tertumpu untuk memperkasakan kilang Tanjung Malim dan membangunkan Proton City sebagai bandar pintar model melalui alatan dan sistem terkini.

Menyumbang kepada perubahan hidup rakyat berbilang masyarakat

  • Melebihi semua sasaran komersial 2021 JENDELA dalam mempercepatkan kapasiti bagi mudah alih dan tetap, dengan 54 tapak baharu, 2,471 dinaik taraf dan 21k premis.
  • Terus menyokong komunti yang terjejas dengan pandemik dan bencana banjir melalui bantuan makanan kepada individu, keluarga dan petugas barisan hadapan, termasuk menyokong inisiatif OPS Bantu Hingga Selesai (BAHIS) KKMM dengan bantuan keperluan dan tenaga bagi usaha pembersihan.
  • Menyokong aspirasi Kerajaan dalam menjadikan kesalinghubungan sebagai utiliti asas melalui Pakej Remaja dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kesalinghubungan dan peranti mampu milik untuk produktiviti dan pendidikan.
  • Sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi di bawah Geran Pendigitalan PKS MDEC, membantu mendigitalkan 20,000 PKS pada S4 2021.
  • Melancarkan aplikasi mudah alih pertama untuk eKelas, program komuniti unggul Maxis, dengan lebih 3,000 kandungan pembelajaran, membolehkan pelajar, guru dan ibu bapa lebih fleksibiliti dan kemudahan mengakses kandungan di luar portal eKelas.
  • 21 individu cemerlang dianugerahkan biasiswa wanita, STEM, kepimpinan dan inovasi di bawah Program Biasiswa Maxis 2021.
  • Menyediakan akses teknologi yang luas melalui sumbangan 392 peranti kepada sekolah di seluruh negara.
  • Memperkasakan lebih 1,000 usahawan wanita melalui eKelas Usahawan untuk menerapkan digital dan mengembangkan peluang pendapatan.
Archives
Tags