Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Pertandingan Maxis eKelas HIP tingkat kemahiran menulis and bercerita dalam Bahasa Inggeris

Maxis’ eKelas HIP English Storyfest Competition
  • Pemenang Pertandingan Maxis eKelas HIP English Storyfest meningkatkan penguasaan serta keyakinan menggunakan Bahasa Inggeris, selain memenangi hadiah
  • Pelajar mempunyai akses kepada bimbingan maya melalui bahan kandungan, bengkel dan latihan serta bantuan dan bimbingan Abang Portal untuk menjawab soalan
  • Peningkatan penyertaan setiap tahun, daripada 1,800 pada tahun 2019 hingga 3,500 pada tahun 2021

Pemenang pertandingan Maxis eKelas HIP (Program Imersif Tinggi) English Storyfest membawa pulang hadiah, serta peningkatan penguasaan dan keyakinan dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Mereka juga memenangi hadiah hebat sepert telefon pintar, tablet, headphone dan barangan eksklusif eKelas. Seramai 30 pelajar telah memenangi pertandingan yang menguji kemahiran berbahasa Inggeris melalui penceritaan dan penulisan.

“Pertandingan eKelas HIP Storyfest adalah salah satu daripada banyak inisiatif yang ditawarkan oleh eKelas untuk mencabar pelajar untuk belajar dengan cara yang menarik dan menyeronokkan. Kami amat gembira dengan peningkatan penyertaan pelajar daripada 1,800 penyertaan semasa kami mula-mula melancarkannya pada 2019 kepada lebih daripada 3,500 pada tahun lepas. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang menunjukkan keinginan untuk belajar dan berkembang. Kami akan terus membawa kandungan digital terbaik kepada lebih ramai pelajar melalui program eKelas kami, dan membolehkan mereka Terus Menerajui,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Maxis.

Dilancarkan untuk semua pelajar Tahun 4 hingga Tingkatan 5 di sekolah seluruh negara, Pertandingan Bahasa Inggeris eKelas HIP tahunan menawarkan pelajar akses kepada bimbingan maya melalui bahan kandungan, bengkel dan latihan yang bertujuan meningkatkan keyakinan mereka, manakala Abang Portal (Pengurus Komuniti) membantu pelajar dengan soalan dan panduan bahan kandungan. Pertandingan ini mendedahkan pelajar kepada pengalaman interaktif pada masa yang sama membantu mereka menyesuaikan diri dengan norma baharu pembelajaran maya.

HIP telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2016 untuk pelajar meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Sejak 2019, eKelas telah diiktiraf oleh KPM di bawah HIP. Pelajar yang menyertai pertandingan tersebut boleh mengutip markah kokurikulum peringkat kebangsaan yang dimasukkan dalam sijil persekolahan mereka.

eKelas ialah program komuniti utama Maxis yang menyediakan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia. Menawarkan subject Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar didedahkan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman melalui gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan serta akses kepada kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas. eKelas hari ini menyediakan pengalaman pembelajaran digital yang lengkap, termasuk peluang untuk pelajar mengambil bahagian dalam kempen seperti pertandingan STEM untuk pengekodan, kemahiran berfikir kreatif dan mereka bentuk, pertandingan menulis esei dan Anugerah Gemilang tahunan.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKelas, sila layari www.ekelas.com.my

Maxis’ eKelas HIP English Storyfest Competition
Maxis’ eKelas HIP English Storyfest Competition
Maxis’ eKelas HIP English Storyfest Competition

Petikan daripada guru dan juga pemenang Pertandingan eKelas HIP Storyfest

“Sesi secara langsung eKelas di YouTube sangat berguna kerana ia banyak membantu dengan perbendaharaan kata dan tatabahasa saya. Saya telah mengambil banyak petua penulisan esei dan telah meningkatkan kemahiran saya dalam Bahasa Inggeris.” – Vaishnavi A/P Karuna Garan, pemenang pertandingan dan pelajar dari SMK (P) Methodist Klang.

“Kuiz interaktif eKelas pada penghujung kandungan video amat berguna untuk ulangkaji saya. Selain itu, saya juga boleh menggunakan aplikasi eKelas untuk belajar pada bila-bila masa, di mana sahaja.” – Cheran Zheh Hong, pemenang pertandingan dan pelajar SMK Tiara Permai, KL.

“Saya mendapati portal dan aplikasi eKelas mempunyai banyak maklumat untuk menolong saya dalam pembelajaran, termasuk juga maklumat pengetahuan am.” – Nurul Hanna Binti Mohd Saleh, pemenang pertandingan dan pelajar SMK Sungai Besar, Selangor.

“Pertandingan HIP Storyfest amat menarik dan telah menjadikan penceritaan Bahasa Inggeris dan penulisan esei lebih menyeronokkan. Kami berharap isi kandungan boleh diperluaskan untuk memasukkan subjek lain seperti Sains Komputer dan Sains Tulen pada masa akan datang.” Cikgu Chew Ann Phin, Guru SMK Sungai Besar, Selangor.

Archives
Tags