Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Dapatkan ganjaran Raya dengan aplikasi Hotlink baharu

photo 2
  • Pelanggan prabayar dan pascabayar Hotlink boleh mendapatkan pengalaman menyeluruh dalam aplikasi semua-dalam-satu
  • Log masuk setiap hari Raya ini untuk menebus tawaran hebat, termasuk F&B dan baucar beli-belah menarik
  • Peluang memenangi hadiah sehingga RM100,000 termasuk Samsung TV atau Apple iPad Pro

Maxis, menerusi komitmen untuk membolehkan pelanggan mendapatkan pengelaman menyeluruh, telah melancarkan aplikasi Hotlink baharu untuk pelanggan prabayar dan pascabayar mendapatkan servis yang diperlukan melalui platform semua-dalam-satu.

Pelanggan yang memuat turun aplikasi semasa musim perayaan dan log masuk setiap hari hingga 7 Mei dijamin akses tawaran Raya PERCUMA. Mereka juga berpeluang memenangi ganjaran eksklusif dan hadiah menarik bernilai RM100,000, termasuk Samsung TV 65” Ultra HD 4K, Apple iPad Pro 12.9” Wi-Fi + Cellular 256GB, dan baucar tunai Grab, Petronas, Shopee dan Zalora.

“Keperluan pelanggan sentiasa berkembang dan ia amat penting untuk kami menyokong gaya hidup digital mereka. Dengan perayaan Raya yang kian menjelang, kami teruja untuk pelanggan Hotlink bersama-sama meraikan musim perayaan dengan ganjaran dan hadiah menarik,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis.

photo 1

Pengguna Prabayar Hotlink hanya perlu 'Berbelanja & Menang': Beli e-Baucar Ganjaran Hotlink melalui aplikasi Hotlink baharu untuk peluang memenangi hadiah menarik. Lebih banyak baucar yang mereka beli, lebih tinggi peluang mereka. Dari 3 - 17 Mei, pengguna juga akan dapat menerima tambahan 30GB data percuma dengan setiap pembelian HotlinkMU yang mereka buat.

Bagi pengguna Hotlink Postpaid, mereka perlu 'Tuntut & Menang': Log masuk setiap hari, pilih tab 'Ganjaran' dan klik pada 'Menang Hadiah' untuk menuntut Hadiah yang mereka inginkan untuk peluang memenanginya.

Tawaran Raya PERCUMA, serta kempen Belanja & Menang dan Tuntut & Menang akan berlangsung sehingga 7 Mei. Lawati https://www.hotlink.com.my/en/lifestyle/rewards/ untuk mengetahui cara menikmati tawaran yang tersedia.

Aplikasi Hotlink serba baharu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari: https://www.hotlink.com.my/en/services/mobile-app/#download-sekarang.

Archives
Tags