Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis bolehkan wira tempatan bantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk Terus Menerajui

  • Anugerah Maxis Awards dilancarkan buat julung kalinya untuk mengiktiraf dan memperkasakan usahawan inovatif Malaysia yang membantu kemajuan negara dengan memacu perubahan positif 
  • Maxis komited sumbang sokongan bernilai RM5 juta untuk memaju dan mempromosi projek para pemenang sepanjang tempoh 12 bulan.
  • Beberapa projek di Malaysia bakal dipilih menerima anugerah pada tahun hadapan, dengan dua pemenang pertama yang akan diumumkan pada akhir bulan ini

Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Maxis melancarkan anugerah Maxis Awards secara julung kalinya untuk mengiktiraf usahawan unggul Malaysia yang menyumbang kepada kemajuan negara dan memberi impak positif kepada semua rakyat. Sebagai program usahawan sosial (social enterprise), anugerah tersebut bertujuan mencungkil idea berwawasan dari wira-wira terpilih dan membantu menghidupkan projek tersebut. 

“Anugerah Maxis Awards  tepat pada masanya kerana ianya merangkumi semangat bangsa Malaysia yang sentiasa bersatu mendukung harapan walaupun dalam keadaan yang mencabar. Mencari idea terbaik dan menukarkannya sebagai peluang menginspirasikan kami, dan kami juga percaya bahawa dengan bersama berganding bahu, kita boleh jadi yang terbaik --  it takes all of us to be the best of us.  Dengan sokongan dan kepakaran yang sesuai , kami boleh memperkasakan para wira supaya dapat memulakan kesan positif berpanjangan untuk kemajuan negara. Lebih penting lagi, kempen ini mencerminkan keikhlasan kami dalam menghidupkan tujuan jenama Maxis iaitu untuk ‘Terus Menerajui’,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis.

Pelaksanaan Anugerah Maxis Awards 

Pada bulan yang lalu, Maxis telah mengundang beberapa perusahaan tempatan untuk mengemukakan cadangan projek yang berpotensi yang memberikan kesan ketara ke atas komuniti dan memacu perubahan positif. Cadangan tersebut kemudiannya dinilai ketat oleh panel hakim Maxis. Syarikat yang terpilih kemudian akan menyampaikan cadangan mereka kepada panel hakim, dan pemenang akan dipilih berdasarkan tiga kriteria utama - inovatif, berkemampuan teknologi, dan dengan jelasnya mempamerkan sumbangan positif kepada masyarakat, baik dari segi ekonomi, sosial, dan/atau persekitaran. Beberapa projek di Malaysia akan dipilih pada tahun mendatang, di mana dua projek pemenang pertama bakal diumumkan pada akhir bulan ini.

Maxis akan memberi sumbangan bernilai RM5 juta kepada usaha memaju dan mempromosi projek pemenang anugerah sepanjang tempoh tahun yang akan datang—dari peringkat idea inovasi (ideation) sehingga sampai ke peringkat pelaksanaan cadangan. Antara sokongan yang diberikan termasuk: 

  • Penyelesaian Maxis Business yang diperlukan untuk tujuan kolaborasi, IoT, Awan, Suara, Rangkaian, dan/atau Sekuriti bersama dengan kepakaran teknikal dari Maxis untuk  membimbing mereka dalam proses perlaksanaan penyelesaian;
  • Pembiayaan tunai untuk membantu memenuhi keperluan operasi inisiatif;
  • Komitmen Maxis dalam memaksimumkan visibiliti projek teladan dan pelaburan dalam pemasaran dan publisiti melalui media dan salu

Untuk mewujudkan program yang berkesan lagi berkesinambungan, anugerah Maxis Awards diusahakan dengan kerjasama program anugerah kebangsaan lain yang berkredibiliti. Maxis juga telah melancarkan video yang memberikan gambaran ringkas tentang sistem sokongan dan kisah sebalik tiga anak bangsa Malaysia pemberi inspirasi yang telah  berjaya menggunakan teknologi dalam menangani keperluan pasaran sambil menyumbang kepada masyarakat dan negara - Francesca Chia, Pengasas Bersama GoGet;  Vinesh Sinha , Pengasas FatHopes Energy, dan Nadhir Ashafiq, Pengasas Bersama The Lorry. Ketiga-tiga usahawan ini dan organisasi masing-masing telah mempamerkan semangat yang ingin diperjuangkan, disokong dan dimajukan oleh anugerah ini, dan juga menampilkan teladan yang selaras dengan tujuan jenama Maxis.

 

Untuk maklumat lanjutan mengenai anugerah Maxis Awards, sila kunjungi https://www.maxis.com.my/ms/maxis-awards/

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE
Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis delivers strong Q3, driven by steady growth in fibre and mobile broadband

Maxis delivers strong Q3, driven by steady growth in fibre and mobile broadband

Maxis Berhad (Maxis) maintained its growth momentum for the third quarter ended 30 September 2021, building on its convergence strategy and drawing strength from its core mobile and growing fibre broadband in a continued challenging environment.

TELL ME MORE