Klik sini untuk kedai yang telah lengkap divaksinasi. Jumpa anda di sana!

Klik sini untuk kedai yang telah lengkap divaksinasi.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Klik untuk senarai penyelenggaraan rangkaian terancang.

Maxis sumbang desktop kepada komuniti di bawah inisiatif #MYBaikHati

  • Orang ramai digalakkan menyumbang peranti terpakai di bawah inisiatif #MyBaikHati
  • 420 peranti desktop dan komputer riba akan diagihkan kepada komuniti, termasuk 40 komputer riba daripada Astro Malaysia Holdings Berhad
  • Sumbangan untuk memudahkan akses ke peranti untuk keperluan pembelajaran

Maxis meneruskan komitmen untuk memberi akses Internet dan pembelajaran digital dengan menyumbang desktop yang telah dibaik pulih di bawah inisiatif #MyBaikHati. Desktop telah diagihkan kepada beberapa sekolah, serta pusat komuniti di seluruh negara.

Setakat ini, Maxis telah mengagihkan 100 desktop dengan adapter WiFi kepada 29 sekolah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, serta 10 desktop ke pusat komuniti PPR di Pulau Pinang. Maxis juga akan mengagihkan 310 desktop dan komputer riba lagi di lokasi lain dalam beberapa bulan akan datang, di mana Astro Malaysia Holdings Berhad telah menyumbang sejumlah 40 komputer riba dalam inisiatif tersebut.

Desktop dan komputer riba yang disumbangkan akan membolehkan lebih ramai pelajar mendaftar atau mengakses eKelas, program komuniti unggul Maxis. Maxis eKelas terus tersedia untuk pelajar yang belajar dari rumah, dengan peningkatan aktiviti digital, termasuk sesi YouTube Live tambahan dengan kuiz dan pembelajaran berasaskan permainan melalui portal eKelas.

Di samping itu, Maxis juga telah menyumbang 57 unit telefon pintar Vivo Y12 dan pek SIM Hotlink dengan top up bernilai RM90 kepada Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKVSTF) Kementerian Kesihatan Malaysia di MAEPS, Serdang untuk menyokong keperluan komunikasi mereka. Sumbangan tersebut akan membolehkan pasukan petugas khas termasuk doktor dan kaunselor, memantau pesakit positif COVID-19 yang berkuarantin di rumah, serta memberi sesi kaunseling maya kepada petugas barisan hadapan.

“Kami gembira dapat menyumbang kepada inisiatif #MYBaikHati dan membolehkan lebih ramai orang memanfaatkan teknologi untuk Terus Menerajui. Mereka hanya perlukan peranti di tangan atau di atas meja. Kami berharap untuk meneruskan usaha ini selepas mengenal pasti komuniti yang memerlukan, dan juga menggalakkan orang ramai untuk menderma peranti yang mereka tidak guna lagi di bawah inisiatif ini,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

“Sumbangan desktop sememangnya sangat membantu. Sebagai seorang guru, saya dapat lihat bahawa pelajar lebih seronok belajar dengan bantuan alat digital. Kami dapat memanfaatkan teknologi untuk melahirkan pelajar yang celik digital, jadi kami mengucapkan terima kasih kepada Maxis atas sumbangan mereka kepada sekolah kami,” kata Anne Soosay Selvam, guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau, Melaka.

“Kami mengalu-alukan sumbangan ini kerana desktop yang sedia ada tidak berfungsi lagi. Ini akan memberi manfaat kepada pelajar kami dan membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk menerokai bidang IT dengan lebih mendalam. Kami menghargai sumbangan Maxis dan usaha mereka yang membolehkan pembelajaran digital di sekolah kami,” kata Azmi bin Aziz, guru dari Sekolah Kebangsaan Keting, Kelantan.

Inisiatif #MYBaikHati yang diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini adalah program sumber awam yang dikendalikan oleh industri telekomunikasi untuk mengumpul dan membaik pulih peranti terpakai, termasuk komputer riba, tablet dan/atau telefon pintar 4G yang disumbangkan oleh orang ramai. Peranti tersebut akan diagihkan untuk membantu pelajar dari keluarga B40 untuk keperluan peranti mereka, serta sekolah yang memerlukan desktop tambahan untuk makmal komputer.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif #MYBaikHati
https://www.maxis.com.my/en/campaigns/mybaikhati/

Archives
Tags